Home » , , , , , , , , , , » Hobi Baru Ash... Menjerit!!! - Bagaimana Mengawal Anak-Anak Suka Menjerit

Hobi Baru Ash... Menjerit!!! - Bagaimana Mengawal Anak-Anak Suka Menjerit


Hu hu hu, sampai dah naik serak dah suara dia dah... Asyik menjerit jer kerja dia... Nyaring pula tu... Dulu pun menjerit tetapi tidaklah se-"extreme" ini... Desibel sangat-sangat nyaring... Rasa macam gegendang telinga tu lain macam pula seketika... Ha ha ha.... Tetapi dia menjerit bukan sebab dia "tantrum"... Dia suka suki hati menjerit saja-saja... lepas menjerit dia pandang kita dan dia akan gelak-gelak.. Aduhhh makkk... Kena siang hari ada ampun juga, kalau kena malam hari? Terperanjat jiran kiri kanan... Ha ha ha... Sungguh memang nyaring... kalau nak cuba dengar boleh juga... tak ada masalah dan selepas itu "uolss" akan akui apa yang Farah katakan... Ash cuba suara soprano ke Ash? La la la la... 

Di dalam tempoh dan proses mengurangkan jeritan-jeritan Ash itu... Dan di dalam proses ini apa yang Farah lakukan adalah.. 
  • Bila Ash mula menjerit... Farah pergi kepada Ash dan cakap berbisik-bisik dengan dia. Ambil permainan kucing yang menjadi kesayangan dia, lepas tu berlakon seperti "puppet" dan suruh "puppet" itu minta kepada Ash supaya tidak menjerit.
  • Farah ni capai jer apa yang ada di sekeliling, dan salah satunya buku bahagian anggota tubuh badan... ambil buku tu dan tunjukkan dia gambar telinga dan mulut... lepas tu konon-konon psiko Ash tu, apa akan jadi kepada telinga dan tekak dia kalau terlalu suka menjerit. (dengan harapan dia faham...hew hew hew)
  • Letakkan jari telunjuk di bibir dan bunyikan shhhh... Adehhh...yang ini tak menahan... sebab bila Farah buat pada dia macam tu, dia buat balik pada Farah...Mummy suruh dia senyap, dia pula suruh Mummy senyap...
Faham juga sebab musabab Ash menjerit tu, biasalah kanak-kanak yang masih lagi di dalam proses pertuturan, baru-baru nak belajar bercakap... penguasaan bahasa dan cara berkomunikasi yang masih terhad mendorong mereka  yang masih kecil untuk mempamerkan perbuatan yang cepat menarik perhatian ibu bapa seperti menangis dan menjerit. Ia sememangnya perbuatan normal di dalam kalangan usia mereka. 

Tapi kalau dah berumur 6 tahun lepas tu masih menjerit juga, tu macam dianggap keterlaluan juga, sebab kanak-kanak di usia 6 tahun sudah mencapai tahap perkembangan bahasa yang jauh lebih baik berbanding kanak-kanak kecil. Bila berumur 6 tahun, mereka sudah boleh meminta dan memberitahu keinginan mereka selain mendengar dan memahami apa yang diterangkan oleh ibu bapa. 

Tapi bila anak-anak menjerit janganlah kita pula menjerit kembali kepada mereka, sebab itu bukanlah jalan penyelesaiannya. Kalau kita pun sama-sama jerit...adehhh... memang sama naik jer lah nanti...lagi dia suka menjerit... Ha ha ha... "common sense"...

Tapi kannn...Mummy rasa daripada Ash menjerit, eloklah Ash berzanji ke, marhaban ke, menyanyi ke... Sedap juga halwa telinga Mummy ni dengar...ihikss... Ash jerit pun sedap juga suara tu...tapi bingit sikitlah... La la la la... *_^ 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Hobi Baru Ash... Menjerit!!! - Bagaimana Mengawal Anak-Anak Suka Menjerit, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, March 11, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

14 comments:

  1. Dia praktis vokal tu..sam la dgn anak buah akak...x puas hati je menjerit..hehe

    ReplyDelete
  2. sama lah farrah.. irine pon suka jerit..lagi laa time kite tengah drive.. hadooii.. terpaksa laa buat bunyik meoowwww pastu tunjuk kat luar kereta..padahal xde pon.. ^_^

    ReplyDelete
  3. amboi...pndai Ash ajuk mummy shhh blk ye

    ReplyDelete
  4. Wah Ash..dapat suara nyaring tu pratice ye.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum farah...yer la betul tu Awisy pun kekadang menjerit juga bila tengok tv yg ada cerita menjerit...terikut sekali dia...

    ReplyDelete
  6. budak tgah membesar kan! kemain ler dia bila dpt suara hah apalagi on je la hehehe..

    ReplyDelete
  7. Salam...
    Biasalah tu perangai setiap bayi tak sama...normal lah tu...asalkan tak ada bende yang memudaratkan ...tak da jadi hal lah kot...

    ReplyDelete
  8. hehehe habis laaa habis laaa dia dah start jerit, tp kan biasalah kan budak2 jerit sbb dorang baru nk belajar...cuma telinga jer la xtahan.tp ada beza sikit dgn budak2 yg hyper aktif...yg tu jenuh laaa dok kejar hehehe

    ReplyDelete
  9. heehe...normal tu budak baya ash memang suka menjerit, smpai 1 masa dia akan tukar tabiat lain lak, percayalah..hehe

    ReplyDelete
  10. Biasa je bab jerit menjerit tu.. Normal bdk kecik menjerit..

    ReplyDelete
  11. Mesti ada sebab dia menjerit kan...mungkin dia rasa suara dia best ka bila menjerit...hihihihi

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia