Gemar Demam Malam...


Semalaman kami berdua beranak tidak tidur 1 malam, dan sudah bermalam-malam juga semenjak kejadian Ash terkena sawan demam selama 2 minit pada 12.30 pagi,  23 Februari 2015 Farah tidak tidur. Jika tidur pun tidur-tidur ayam. Dari saat pertama kali terkena sawan demam sehingga masuk ke hospital, keluar hospital, Farah tetap tidak dapat melelapkan mata. Sekejap-sekejap akan bangun dari pembaringan dan memeriksa suhu badan Ash. Sekejap-sekejap memastikan keselesaan dia. 

Tapi sejak 2 malam yang lepas dia gemar demam malam. Malam pertama cuma dedar bermula dari 2.00 pagi sehingga 4.00 pagi. Suhu berjaya dikawal. Semalam, bermula dari 12.30 pagi suhu badan mulai panas sehingga termometer mencecah 37.1 darjah celcius. Risau Farah dibuatnya jika dah mula cecah 37 darjah celcius sekali pun. Seriau Farah bila gelisahnya lain macam. Kalau setakat berkalih sekali dua ke kiri kanan itu dia biasa. Tetapi ini pusing kiri, pusing kanan berkali-kali. Merenung ke tangga rumah, merenung ke pintu, merenung ke atas siling dan menonggeng. Huh... maunya tidak risau??? 

Paracetamol dengan dos 3 ml sudah diberikan dengan arahan serta preskripsi doktor. Tetapi seakan-akan tiada tanda demam akan turun. Bibir dah mulai merah. Bahang badan dah mula terasa. Pipi pun dah nampak macam pakai "blusher". Oh anak. 

Ambil tuala basah dan "dap" di badan Ash. Ambil air pili biasa dan lumurkan kepala Ash dengan air. Bila Farah rasakan dah naik sedikit lagi, terus bukakan baju, gantikan dengan baju tidak berlengan yang berlubang-lubang dan cuma biarkan keadaan dia begitu tanpa sebarang seluar cuma berlampin pakai buang sahaja. Dan pada waktu dan ketika itu, terus masukkan ubat punggung Voltaren Suppository. Tidak mahu ambil sebarang risiko sawan demam melanda sekali lagi. 

Farah memang kena tangkas, Farah memang kena "alert" dan ambil tindakan yang tepat dan betul pada masanya jika Ash pernah ada sejarah sawan demam sekali walaupun cuma 2 minit. Sepanjang 1 tahun 3 bulan, Ash tak pernah macam ini. Hurmm... 

Farah dakap Ash, berzikir, berzikir dan berdoa semoga suhu badan Ash turun dengan segera dan tidak semakin naik. Tiba-tiba emosi keibuan melanda... air mata yang susah nak turun untuk perkara remeh temeh semenjak kebelakangan ini, laju jer menitis. Iya memang sekarang ni payah susah pun nak menangis berkaitan perkara-perkara lain yang remeh temeh yang tak perlu nangis pun sebenarnya. Ahaksss... Dah "imune" dan dah lali. Tapi tentang Ash, Farah kalah. Dalam hati, apalah kenanya anak aku ni? Kalau nak demam ke sakit ke apa ke, biarlah kena pada Mummy jangan Ash... Untuk tidak sakit langsung tu mustahil lah kan? Ash juga manusia biasa... Mana ada manusia yang akan sihat sentiasa yer tak? 

Alhamdulillah, suhu terkawal dan menjelang 4.30 pagi, suhu dah normal seperti biasa. Dan barulah dia boleh tidur dengan lena sedikit. Tapi itu pun tak tidur juga Farah. Sampai entri ni ditaip pun dia tidur lagi ni. Ash oh Ash... anak manja Mummy... 

Semasa di hospital hari tu, dah buat ujian darah dah pun. "Blood count and blood platelet is normal so definitely not denggue"... Ash ada demam viral sahaja sedikit pada hari tu. Dan Farah sedar dari pembacaan Farah di sana sinj sinun, bila aktifnya seorang kanak-kanak di siang hari dan demamnya di malam hari itu tandanya demam viral. Sihatlah Ash, janganlah demam lagi... Mummy sangat sangat susah hati tau sayang? Allahuakbar... 

Beri dia minum air cap kaki tiga gambar badak sumbu tu, beri dia minum air Anugerah juga. Moga-moga semua apa yang Mummy usahakan berhasil dan selepas ini Ash betul-betul sihat yer sayang. Kesian Ash... tidur tak lena sejak beberapa malam ni. Mummy tak cukup tidur tak apa, tak cukup makan tak apa, tak cukup pakai tak apa, susah tak apa... jangan Ash... 

Semoga cepat sembuh yer sayang manja Mummy? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Gemar Demam Malam..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, March 8, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

  1. semoga cepat sembuh anak mommy ni.. sebak juga bila baca :)

    ReplyDelete
  2. Sedih pulak baca cerita Farah ni..menitis airmata walaupun tak pernah jumpa dgn Farah...terasa sungguh naluri keibuan....Ya Allah berilah kekuatan pada saudara ku ini dalam menempuh ujian yang Kau berikan...sembuhkanlah Ash.

    ReplyDelete
  3. sesungguhnya setiap yang menjadi ibu itu beruntung, kerana doa mereka cepat makbul.

    erm...demam masa malam yer ???
    cuba try hantar ke pusat rawatan yang lain, tgk hasil dan sebab sebenarnya.
    juga, selalu pantau suhu si anak dan rajin2 buat tapping spongging.
    kaedah tu yang terbaik. jangan dilap, nanti akan menyakitkan kulit si anak, juz 'dap' kan jer kainnyer seperti yang diajar.
    juga, jangan lupa letak kain basahan di 5 tempat :-
    2x ketiak,
    2x celah kangkang,
    1x di dahi.
    -tukar kain basahan bila perlu.
    -jangan biar terkena kipas secara direct, biarkan ia juz flow jer...
    #blogspot:rawatankanser2013

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY