Home » , , , , , , , » Entri Ke-2 Tentang Logo "Keep Calm" | Hati-Hati Jika Anda Memilih Untuk Memaparkan Logo "Keep Calm" di Media Sosial...

Entri Ke-2 Tentang Logo "Keep Calm" | Hati-Hati Jika Anda Memilih Untuk Memaparkan Logo "Keep Calm" di Media Sosial...

Tiba-tiba hati terpanggil untuk menaip entri ini buat kali yang keduanya di Bubblynotes.Com... biarlah pada sesetengah orang nak mengatakan bahawasanya Farah dah tak ada perkara nak cerita ke, nak kongsi ke, apa ke, tetapi bagi Farah perkara ini penting sebenarnya untuk diperingatkan sesama kita dan perkara ini juga penting kepada kita sebagai seorang Muslim.

Entri yang Farah maksudkan itu adalah entri bertarikh 5 September 2014, Logo "Keep Calm" | Berhati-Hati & Perhatikan Betul-Betul.

Sumber dari Google
Memang ramai yang menggunakan logo "keep calm" ni di media sosial. Memang berleluasa sangat. Bukanlah Farah nak jadi Ustazah Alam Maya ataupun apa ke... Diri sendiri ini pun masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dan diperbetulkan. Saya tidak sempurna dan saya juga mempunyai dosa-dosa saya yang saya tanggung sendiri. Ya, begitulah kita manusia. Cumanya, di atas kesedaran merasakan kepentingan untuk Farah kongsikan perkara ini supaya yang menggunakan secara semberono berhenti menggunakan dan yang tidak sedar menjadi sedar. Farah cuma berniat untuk berkongsi. Selebihnya terpulang kepada anda untuk membuat keputusan, Jika masih ingin menggunakan logo "keep calm" yang tidak ditapis secara semborono ataupun anda merasakan tiada salahnya di mana-mana... terpulanglah... 

Cumanya persoalan yang timbul pada Farah... adakah anda yang menggunakan logo "keep calm" inti tidak memperhatikan terlebih dahulu setiap inci gambar yang dipilih untuk dipaparkan di media sosial ataupun anda perasan tetapi memilih untuk tidak mengendahkannya. Farah lihat sejak kebelakangan ini di media sosial semakin ramai yang dengan gembiranya memaparkan logo "keep calm" yang sebegini... 


Contoh gambar logo "keep calm" yang Farah maksudkan bagi entri ini yer... Dahulunya di dalam entri yang terdahulu tidak ada contoh... kali ini Farah sertakan contoh sekali supaya terang dan jelas. Cuba perhatikan betul-betul setiap inci secara terperinci...perhatikan pada mahkota di dalam logo "keep calm"...

Mahkota itu tidaklah sebesar mana pun, kadang-kadang saiznya terlalu kecil tetapi kalau anda tenung-tenung, renung-renung, belek-belek lama-lama, lama kelamaan anda akan nampak lambang sesuatu di situ kan? Dan Farah akui, adakalanya kita ni tak adalah se-"detail" itu, seronok jer nak gunakan gambar tersebut dan paparkan gambar tersebut di media sosial...Dengan bangganya, dengan gembiranya tanpa kita perasan disebabkan kita tidak memerhatikan betul-betul, kita telah paparkan dan kongsi di media sosial. Pandangan mata adakalanya tak akan terperasan...dan secara psikologinya bila kita nampak gambar itu adalah gambar mahkota, kita mungkin tidak sedar yang ada sesuatu di sebalik mahkota itu... "Got what I mean???"

Salah ke??? Tak perlu Farah pula nak jatuhkan kesalahan atau nyatakan betul atau salahnya gambar ini digunakan, tetapi sebagai Muslim kita tahu apakah ia... seorang Muslim paparkan gambar yang menggunakan lambang agama lain... Hurmm..Tepuk dada tanyalah iman, tepuk dada tanyalah selera...kadang-kadang Farah terfikir juga, kenapalah begitu mudah sekali kita ni dan lalainya kita dalam memperhatikan betul-betul perkara yang dianggap remeh... Perkara yang dianggap remeh itulah yang besar...Dan begitu mudah "mereka" mempengaruhi kita di dalam pelbagai medium dan cara kann??? Kita terpengaruh dengan "trend" dan arus peredaran dan mereka mengambil kesempatan di situ... 

Yang menggunakan logo "keep calm" selama ini tetapi memang betul-betul tak perasan... tidaklah pula Farah berniat nak salahkan anda... Tak ada pun, Farah bukan siapa-siapa nak nilai orang lain dan menjatuhkan hukuman pada orang lain, dosa pahala orang lain...Farah adalah manusia biasa... Kekuasaan itu segalanya terletak di tangan Allah SWT... Apa yang Farah lakukan dengan menaip entri ini, cuma sekadar ingin bantu menyedarkan sekiranya ada yang tidak sedar tentang perkara ini... Anggaplah ianya sebagai teguran sesama Muslim dan ingat-mengingati sesama kita termasuk diri Farah sendiri kerana Farah sayangkan saudara sesama Muslim Farah. Dan Farah tidak menganggap apa yang Farah lakukan dengan menerbitkan entri ini untuk menunjukkan diri Farah ini bagus ataupun terlalu pandai agama. Jangan salah faham... 

Diharapkan selepas ini, jika ada yang membaca entri ini akan lebih berhati-hati ketika menggunakan logo "keep calm" jika selama ini tidak terperasan yer... Sama-sama kita ingat mengingati sesama kita...Dan Farah susun sepuluh jari memohon maaf andai ada di antara anda yang terasa dengan entri Farah pada kali ini, tetapi macam mana pun dalam hati Farah, Farah kuat ingin berkongsi juga buat kesekian kalinya tentang perkara ini... 

*Farah pun manusia biasa yang tidak lari dari khilaf...dan tiba-tiba rasa nak semak semula semua gambar-gambar di seantero tempat dan padamkan mana-mana yang perlu sekiranya ada...manalah tau kalau-kalau Farah ada terlepas pandang kan? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Entri Ke-2 Tentang Logo "Keep Calm" | Hati-Hati Jika Anda Memilih Untuk Memaparkan Logo "Keep Calm" di Media Sosial... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, March 17, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. Saya ada jugak guna gambar keep calm semua tu tapi selalunya saya cari gambar yang ada logo lain selain logo tu. Macam bunga ka apa kan hehe.

    ReplyDelete
  2. Isk boleh pula ada benda tu..
    Syukur farah alert awal2...
    Tak pernah tahu pun sebelum.nie...

    ReplyDelete
  3. lama perasan.. kena hati2 laa before nak post tu.. hehehe..btw cantik header baru Farah,...

    ReplyDelete
  4. Salam sehat cik Farah, nice post and information...

    ReplyDelete
  5. Sebab tu saya tak pernah pun share keep calm nie..sebab nampak mahkota tu...pape pun thankz atas perkongsian nie agar ramai yg lebih terbuka hatinya

    ReplyDelete
  6. Baru perasan la. Pernah jugak guna logo ni.

    ReplyDelete
  7. Thanks for the share..
    nasib baek la tak prnh post 'keep calm' ni kat mana2..

    ReplyDelete
  8. dah lama perasan benda ni farah...sebab tu tak pernah share gambar ada logo ni..

    ReplyDelete
  9. saya mula perasan bila suami tegur... sejak tu dh x guna dh logo keep calm ni...

    ReplyDelete
  10. alamak... husband ayu ada satu baju keep calm tu... kena check balik logo dia sebab takut di pakai masa solat.

    ReplyDelete
  11. baru perasan.. apapun thanks sharing semua nih..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY