Home » , , , , , » E-Filing Oh E-Filing...

E-Filing Oh E-Filing...

Sumber dari Google
Kepada pembayar-pembayar cukai...ho ho ho... berikut adalah KENYATAAN MEDIA e-Filing BAGI TAHUN TAKSIRAN 2014...

1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2014 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, BT, P, M dan MT boleh dilakukan mulai 1 Mac 2015. - haaaa, dah boleh sangat dah ni...muahahahaha... sila jalankan tanggungjawab kita bersama-sama yer? 

2. e-Filing adalah aplikasi PERCUMA yang disediakan oleh LHDNM untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.

3. Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui laman web zHASiL di pautan https://ex.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi LHDNM http://www.hasil.gov.my.

4. LHDNM menyeru semua pembayar cukai agar mengemukakan BNCP mereka dengan segera dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

5. Tarikh akhir pengemukaan BNCP Tahun Taksiran 2014 bagi Borang E, BE, B, BT, P, M dan MT secara Borang Kertas (manual) adalah seperti berikut:


6. Pembayar cukai boleh merujuk pautan berikut untuk sebarang maklumat tambahan masa untuk mengemukakan BNCP secara e-Filing: 


7. Pembayar Cukai yang belum pernah menggunakan aplikasi e-Filing sebelum ini perlu memohon nombor pin e-Filing terlebih dahulu melalui Borang Maklum Balas Pelanggan LHDNM di www.hasil.gov.my (pautan http://maklumbalas.hasil.gov.my/) atau hadir sendiri di mana-mana kaunter khidmat pelanggan LHDNM.

8. Manakala bagi pembayar cukai yang terlupa kata laluan e-Filing pula, mereka boleh set semula (reset) kata laluan tersebut melalu kaedah-kaedah berikut:

i. Melalu e-mel
  • Sila ke https://ez.hasil.gov.my
  • Klik 'Terlupa Kata Laluan'
  • Masukkan No. Pengenalan, klik butang 'Hantar' dan masukkan alamat e-mel yang telah didaftarkan dengan LHDNM
  • Sekiranya e-mel yang dimasukkan tidak sama dengan rekod LHDNM, sistem akan memberikan bayangan e-mel sebagai panduan.
  • Jika berjaya sila semak e-mel tuan/puan untuk mewujudkan kata laluan baru.
ii. Jika ingat petunjuk kata laluan
  • Sila ke https://ez.hasil.gov.my/
  • Klik 'Terlupa Kata Laluan'
  • Pilih Petunjuk Kata Laluan dan masukkan jawapan
  • Klik butang "Hantar" untuk masukkan kata laluan baru dan pengesahan kata laluan (minimum 8 aksara dan maksimum 12 aksara).
iii. Hadir di kaunter-kaunter khidmat pelanggan LHDNM dengan membawa Kad Pengenalan / Passport untuk pengesahan.

9. Adalah diingatkan bahawa permohonan untuk reset kata laluan e-Filign menggunakan selain daripada kaedah-kaedah tersebut tidak akan dilayan.

10. Maklumat lanjut sila layari www.hasil.gov.my atau hubungi 1-800-88-5436.

Kenyataan Media LHDNM, 24 Februari 2015 

Tu diaaaa... lengkap "I is" kongsi ok kenyataan media tu, mana-mana yang dah baca tu baguslah... mana-mana yang belum baca tu, silalah baca yer... hik hik hik... Yang dah baca tu dah isi borang ke? #ehhh tanya orang pula... sendiri sudah isi belum? La la la la... 

"It's cukai time!"... Pembayar cukai sila jangan buat tak tahu yer? Termasuklah diri ini...Ha ha ha... Tanggungjawab ni tanggungjawab... Yang agak macam memang belum menempuhi atau tak pernah menempuhi atau tak faham... Jangan kalut, jangan bimbang, satu hari nanti In Shaa Allah akan kena dan merasa juga ni... Yang pembayar cukai tapi tak faham e-Filing tu apa... atau saja-sajalah "uolss" nak ambil ilmu pengetahuan... Haaa...ni dia... 

Apa Itu e-Filing?
e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet.

Apakah Perbezaan e-Filing dengan e-Filling? 
e-Filling adalah pembayar cukai perlu mengisi borang dengan lengkap, cetak, tandatangan dan menghantar secara manual ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Adakah Semua Orang Perlu e-Filing?
Adalah digalakkan pembayar cukai menggunakan e-Filing kerana mudah, cepat dan selamat. 

Apa Yang Perlu Saya Ada Untuk e-Filing?
  • No. PIN (dihantar melalui POS pada penyata cukai pendapatan atau pada Kaunter LHDN berdekatan).
  • Sijil Digital (diberi percuma)
  • Nombor rujukan cukai pendapatan
  • Komputer dan talian internet.
  • Perisian Internet Explorer 5.0 dan ke atas.
  • Perisian Adobe Reader 7.0.5 dan ke atas.
  • MyKad dengan cip 64K (pengguna MyKad)
  • Pembaca Kad Pintar (pengguna MyKad)
Bagaimanakah Proses e-Filing?
  • Lawati laman web e-Hasil (https://e.hasil.org.my) atau klik ikon e-Hasil di laman web utama LHDNM (http://www.hasil.org.my)
  • Muat turun (download) Borang Nyata Cukai Pendapatan
  • Isi borang dengan lengkap
  • Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara "online".
  • Cetak pengesahan penerimaan
Bagaimanakah Saya Boleh Mendapat Bantuan Semasa Proses e-Filing?

Untuk pertanyaan dan bantuan:
  • Telefon Pusat Khidmat Pelanggan: 1-300-88-3010
  • Faks ke nombor : 03-4289 3400
  • E-mel: callcentre@hasil.org.my
  • Kunjungi cawangan HASiL/Pusat Khidmat HASiL yang berdekatan.
Apakah Yang Perlu Saya Lakukan Selepas Saya Sudah Menghantar Borang e-Filing?
Cetak dan simpan pengesahan penerimaan borang.

Sumber: SINI

Pheww...tu dia... panjang lebar ko... Yang belum pernah mendaftar atau membayar cukai tu, bolehlah cuba-cuba curi masa untuk buka fail di LHDNM yer... Kena buka fail dulu baru boleh "proceed" dengan yang lain-lain... Kalau masih ada yang rasa kurang pasti tentang cukai ni...boleh rajin-rajinkan diri melawat dan membaca laman web rasmi LHDNM yer? 

Alaaa...mula-mula mungkin pening dan serabut gak menengokknya...biasalah tu, Farah dulu lagi...boleh tak macam pening dan 'blur'...ahakss... Tapi "as time goes by" semuanya akan ok ok sahaja... *_^ 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel E-Filing Oh E-Filing..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, March 4, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. alamak tak penah buat lg e-filling ni. dah 2 tahun xbuat, rasanya kene apa2 tak? tak berapa paham prosedur nak buat.

    ReplyDelete
  2. Kakak belum lagi. Tunggu abang punya EA form dia tak dpt lagi.
    Biasa kakak buat serentak dgn abang punya senang - lagi pula online malam pun boleh buat di rumah.

    ReplyDelete
  3. sudah terima EA form.. tunggu ape lagiii.. haha

    ReplyDelete
  4. untung dibrunei tkyah bayar cukai hehee

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak kena bayar cukai....hihi

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas info yang bagus ni, dieyana baru nak isi maklumat, hihi..masih blur2 lagi ni..aduyai...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY