Dah "Draw" Sila Pandai Kemas Yer Sayang???

Farah Waheda Wahid
8

Awal anak teruna ni bangun hari ni... Dia pun nak pergi "school" ke? Mommy nak pergi "work" dan dia pula sibuklah nak mewarna nak menconteng segala bagai pagi-pagi... Huwaaa dahlah hari ni hari Isnin sayang oiii... Jalan mesti "congested" ya ampunnn... Mommy nak cepatlah sayang... Ha ha ha... Tapi biasalah tu... ada anak kecil memang macam ni kan? Kadang-kadang yang cepat pun boleh jadi lambat... Nasib Mommy sampai pejabat "on time". 

Macam tulah aksi dan gelagat dia sebangun dari tidur pagi ni... siap sepah penyangkut langsir, siap dengan buku nota kecil dia buat conteng-conteng yang entah apa-apa tu, siap sepah warna pensil... seronok pula dia pagi-pagi kan? Itulah hasil tangan Ash pagi-pagi subuh tadi... Dah mula menunjukkan minat untuk menulis dan dah mula menunjukkan minat kepada warna pensil.

Farah tidak pernah memaksa Ash untuk belajar menulis dan Farah percaya kepada perkembangan semulajadi dan berdasarkan kehendak Ash sendiri. Farah cuma mencipta ruang, memperuntukkan masa dan memberi peluang kepada Ash sahaja. Di antara langkah-langkah yang Farah lakukan bagi membawa Ash ke arah minat yang satu ini adalah:

1. Mengenalkan dia dengan apa itu buku, apa itu buku warna, apa itu warna dan apa itu pensil, pembaris dan  pemadam.

2. Tunjukkan pada Ash apakah fungsi kesemua benda-benda yang Farah nyatakan di dalam "item" 1 di atas dengan melakonkan bukan secara olok-olok tetapi betul-betul kerana Farah percaya kanak-kanak yang sedang ber-eksplorasi dengan persekitaran ini akan jadi lebih teruja untuk mencuba sesuatu yang baru dan mudah tertarik kepada sesuatu yang baru. Ternyata telahan Farah benar... bila Farah menconteng dan melukis, Ash datang sangat hampir kepada Farah dan ambil warna pensil dari jari Farah dan dia juga cuba untuk melakarkan sesuatu walaupun pada mula-mulanya terbalik pegangan warna pensil tu... Ahaksss... Biasalah tu kannn??? Mula-mula memang begitu... Lama-lama nanti In Shaa Allah mahirlah dia. Semua kanak-kanak bermula di peringkat yang begini di permulaan. 

Bukan setakat itu... Farah lengkapkan sekali pakej belajar mengemas setelah melakukan aktiviti...Muahahahaha...Bagi memudahkan tugas Mommy... Macam di dalam video di bawah ini... Alhamdulillah, tahu pun Ash kemas yer bila tengok Mommy dah siap bertudung dan nak angkat beg tangan nak pergi "work"... 


Bukanlah mengatakan Farah ni bagus sangat di dalam mendidik anak ataupun pakar di dalam mendidik anak... Farah ni baru jer jadi Mommy, tak ada pengalaman pun... tetapi Farah cuba yang terbaik... Niat Farah sekadar berkongsi sahaja apa yang Farah lakukan untuk Ash... ^_^... Setiap ibu bapa ada cara yang tersendiri dan ada cara masing-masing di dalam mendidik anak... Tetapi tipulah kalau Farah nyatakan yang Farah tidak gembira... Sudah semestinya gembira bila di usia 1 tahun 4 bulan Ash sudah mula berjinak-jinak dengan alat tulis... Boleh dikira awal juga... Dan pasti ada di antara anak-anak anda semua pun ada yang seawal ini juga berjinak-jinak dengan alat tulis kan??? 

Oh ya... jika berminat untuk membaca tentang mengajar anak menulis ini... bolehlah kiranya membaca entri Farah yang terdahulu yang bertajuk Bila Dan Bagaimana Untuk Melatih Anak Belajar Menulis... ^_^... 

Ada segelintir ibu bapa yang membataskan anak yang sudah mula memegang pensil, kertas dan warna pensil...ada segelintir yer bukan semua...Ini semua kerana mereka mempunyai alasan yang tersendiri seperti tidak mahu anak menconteng dinding segala bagai... Tentang menconteng dinding ni Farah pernah kongsikan juga entri yang bertajuk Cara Mengelak Anak-Anak Dari Conteng Dinding???. Sebenarnya macam mana nak cakap ek? Memanglah mata tu sakit bila tengok dinding rumah tu berconteng dan ada mural dari si anak...tetapi masih ada cara mengelakkannya...kalau dah lakukan segala masih tak boleh elak... dinding tu boleh dicat semula oiiii...anak tak ada ganti oiiii... uhuksss.... Ash belum lagi sampai fasa berniat nak menconteng dinding... ahaksss...tetapi andai itu berlaku... "I is" pilih Ash dari dinding... Tak apa nanti boleh cat kembali... Tapi In Shaa Allah, Farah akan cuba didik Ash untuk tidak menconteng dinding dan bawa dia ke arah yang betul... Nak conteng kalu... sila conteng buku yer... In Shaa Allah... 

Kalau anak menunjukkan minat jangan kita sekat... jika kita sekat kita dengan jayanya sebagai ibu bapa telah membantutkan perkembangan anak... ^_* 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. betul tue jgn sekat minat anak

    ReplyDelete
  2. pagi pagi dah melukis mewarna bagai. bagusnyaaa ash. hihihi :D

    ReplyDelete
  3. Pandai Ash melukis, kemas dan simpan balik. Good job mama pandai ajar anak.

    Anak sue yg no 3 ni, 11 bln dah main dgn colors abg dia punya..conteng atas kertas dah pandai.

    Kene awasi jgn masuk mulut je color tu..

    ReplyDelete
  4. comelnye ash ni kemas kotak pensil tu....bijak2..geram tgk..

    ReplyDelete
  5. kalau bab anak kak farah sellu kongsikan tips menarik
    nanti mesti byk belaja dr blog akk nie
    kasi korek semuanya
    semua mommy nak yang trbaik untuk anak kan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !