Cara Menggeluarkan Kahak Bayi & Anak Kecil...

Sumber dari Google
Bayi dan anak-anak kecil ni kalau batuk memang kita sebagai ibu bapa akan susah hati... Kalau batuk berkahak tu lagilah... Jerih ajer nafasnya yang kita dengar... Lengkap pula dengan selesema... Perghhh... Dalam hati tuuuu...risau ajer tentang masalah kesukaran anak-anak tu nak bernafas... Kesian sangattt bila tengok anak tu batuk. Sedangkan kita yang dewasa ni pun kalau batuk boleh jadi sakit abdomen kalau tak betul-betul, inikan pula lagi bayi dan anak-anak kecil kan? 

"Kroh krah kroh krah" bunyi nafas menandakan kahak berkumpul di dalam tubuh si kecil... selepas tu, ada juga keadaan atau situasi, bila mana kahak tu dah terlalu banyak berkumpul dan keadaan batuk serta selesema semakin serius...Bayi dan anak-anak kecil terpaksa melalui prosedur "neb"... Bila kena "neb"... menangis-nangis bayi dan anak-anak kecil ni. Farah juga pernah berkongsi tentang Rawatan Bagi Anak Yang Batuk??? dahulu dan ada juga bercerita tentang bagaimana cara-cara untuk menyelesakan anak yang batuk dan mengeluarkan kahak...

Dan ini ada sedikit info tambahan yang fokus kepada cara yang betul untuk mengeluarkan kahak bayi dan anak-anak kecil buat panduan kita semua para ibu bapa yang Farah baca di SINI

CARA MENGELUARKAN KAHAK BAYI & ANAK-ANAK KECIL

  • Mandikan anak anda dengan air suam untuk memberikan keselesaan kepada mereka.
  • Keluarkan kahak selepas mandi air suam kerana kahak agak cair pada waktu itu.
  • Sedut secara manual iaitu menggunakan mulut / sedut menggunakan tiub penyedut hingus yang boleh didapati di farmasi. 
  • Wapkan anak anda. Caranya masukkan air panas yang masih panas yang masih mengeluarkan wap ke dalam bekas yang agak lebar. Titiskan minyak telon ke dalam air panas. Selubungkan kain di atas kepala dan bawa muka bayi dekat dengan wap air. Hasilnya, ia akan memberi kelegaan pada rongga-rongga pernafasan.
  • Cuba tepuk bahagian belakang dan hadapan badan anak anda dengan tapak tangan. Gerakkan tangan perlahan-lahan sambil menepuk seluruh kawasan badan anak anda. 
Batuk dengan selesema ni pasti berlaku pada setiap bayi dan anak kecil. Tidak kira musim sejuk ataupun panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi dan anak kecil. Biasanya bayi akan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan kahak dan hingus yang boleh menjadi punca penyakit seperti 'bronkitis' atau 'brochospasm'.

Tentu-tentulah kita sebagai ibu bapa risau kan? Sebab mereka bukannya pandai untuk keluarkan kahak sendiri. Sampai satu peringkat memang sangguplah kita ni sebagai ibu bapa sedut hingus pada hidung anak-anak sebab risau keadaan tersebut akan membuatkan anak kita tu tidak selesa untuk bernafas dan lemas.

Namun begitu, ada beberapa pencegahan yang boleh diambilkira oleh kita sebagai ibu bapa... Di antaranya: 

  • Hidung bayi dan anak kecil sangat sensitif terhadap habuk dan bau-bauan. Pastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan elakkan semburan pewangi di dalam rumah. Jika di rumah memakai karpet, pastikan karpet divakum bersih. Elakkan binatang peliharaan berkeliaran di dalam rumah kerana bulunya boleh menyebabkan alergi pada hidung bayi dan anak kecil.
  • Pastikan bayi dan anak kecil sentiasa dalam keadaan suhu bilik yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Kurangkan penggunaan penghawa dingin di dalam rumah. Jika terlalu sejuk, suhu itu akan menekan dada bayi dan anak kecil dan menyebabkannya sukar bernafas. Jika cuaca sejuk, pakaikan bayi dan anak kecil anda dengan baju yang lebih tebal.
  • Bayi dan anak kecil memerlukan udara yang bersih dan segar. Maka pastikan untuk mewujudkan suasana tersebut di dalam rumah anda. Elakkan bayi dan anak kecil daripada bau asap rokok dan asap lain.
  • Elakkan bayi daripada makan makanan sejuk. Cuba berikan makanan panas yang dimasak sendiri. Elakkan juga makanan yang diproses.

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara Menggeluarkan Kahak Bayi & Anak Kecil... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, March 24, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. Replies
    1. perkongsian bersama buat kita semua... :)

      Delete
  2. Kejap lagi nak buat teknik wap tu kat Ammar..sebab kahak tak mo hilang..sedih mak!thank u kak for sharing these tips..

    ReplyDelete
  3. Dulu masa anak seme dan berkahak doktor mmg suh tepuk zig zag kat belakang anak biar senang kahak lekang dan senang keluar .....kata doktorlah...

    ReplyDelete
  4. Tapi anak ayu ni suke batuk main2 tau
    bile cek doktor kate paru2 cantik
    xtau ape yg dibatuk kan nye kak farah

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY