Home » , , , , , , , , , » Buku Idea Bekal Ke Sekolah Oleh Chef Azian Hasan!!!

Buku Idea Bekal Ke Sekolah Oleh Chef Azian Hasan!!!

Walaupun Ash belum lagi sampai tempoh matang untuk memulakan alam persekolahan, tetapi rasanya tidak salah sekiranya kalau Farah pun berjinak-jinak di dalam pengumpulan idea resipi bekalan anak ke sekolah ataupun ramai yang memanggilnya dengan istilah bento. Betul tak? ^_^... Bermacam-macam cara sebenarnya untuk kumpul idea resipi bekal ke sekolah anak-anak... Boleh Google ajer, boleh selit-selit tukar-tukar resipi semasa borak-borak kosong dengan rakan-rakan sepejabat atau jiran tetangga... Banyak platform... antara nak dengan tak nak ajer... 

Tetapi, ada lagi satu cara yang lagi mudah dan senang and "once and for all"... iaitu melalui buku-buku resipi... contohnya yang paling bagus adalah... Buku Idea Bekal Ke Sekolah oleh Chef Azian Hasan.



Tu diaaa... ada dua kategori menu lagi ok "uolss"... Menu Asia dan Menu Ala Barat...Iyalah, ini bercerita dari pengalaman sendiri yang sememangnya dari kecil-kecil anak ke sekolah berbekal sehinggalah dah menjadi seorang ibu dan bekerja sekarang ini. Memanglah, sehari dua hari seminggu tu tau nak berbekal apa kan? Masuk minggu seterusnya, kalau pusing-pusing menu yang sama terlalu kerap pun, kadang-kadang boleh jadi jemu dan akhirnya bila makan terkemam-kemam, terkemam-kemam makanan itu di dalam mulut. Sudahnya, kita sendiri jadi tidak ketahuan nak membekalkan apa... jadi "blank", jadi "jam"... Muahahaha.... Baru bahagian diri sendiri tu... belum bahagian anak bila dah bersekolah nanti. 

Macam tu jugalah anak-anak kita bila mereka membawa bekal ke sekolah... Kalau hari ni sosej, esok nugget, selepas itu sosej kembali bersama nasi goreng (ada sosej lagi kan?), ulang balik ke nugget... memang risiko tidak kehabisan bekalan akan terjadi di situ. Hik hik hik... Sebab? Mereka dah jemu, bosan dan jelak. Tidak kemampuan untuk menghadamkan makanan yang sama dalam rutin yang sama. 

Kalaulah kita mempunyai buku yang ditulis oleh Chef Azian ni... memang memudahkan sangatlah kerja kita sebagai ibu-ibu ni nak menyediakan bekalan anak-anak ke sekolah kan? Eloklah bawa bekal dari latih anak membeli... pada Farah lah... sebab penjimatan perbelanjaan serta kebersihan serta kualiti makanan di bawah sijil ibu kelas pertama lagi tau! Air tangan ibu! Melekat lagi kasih sayang antara ibu dan anak secara tak langsung. 

Setiap satu buku Idea Bekal Ke Sekolah oleh Chef Azian ini, mengandungi 44 jenis resipi. Satu buku 44 jenis resipi, 2 buku 88 jenis resipi ok "uolss"... 88 resipi dibahagikan dengan 5 hari bersekolah? Lebih kurang "plus minus" 17-18 minggu anak-anak tak akan menghadap bekalan resipi bekal ke sekolah mereka yang sama. Selepas 17-18 minggu barulah kita ulang semula pusingan menu. Wahhh... "marvellous"!!! Maknanya, tidak akan ada isu atau masalah lagi atau kebuntuan akal apa yang hendak dibekalkan kepada anak-anak pada hari persekolah untuk santapan mereka sewaktu rehat.  

Risau kalau berikan anak bekal dan anak tak mahu jamah sedikit pun sebab malu kena ejek dengan kawan-kawan kerana mereka berbekal? Seolah-olah ibu bapa tak mampu nak beri wang saku persekolahan? Alaaa... jangan risau... buku Chef Azian boleh membantu. Percayalah... Resipi-resipinya adalah ringkas, mudah, cepat, serta menarik. Dengan bantuan panduan daripada buku Idea Bekal ke Sekolah ini, anak-anak mesti suka punya. Kanak-kanak kan suka benda-benda yang "fancy", cantik? Bekal ke sekolah mereka bukan sekadar bekal biasa... tetapi bakal bertukar kepada bento ajaib... muahahaha... iyalah betul lah... sebab resipi-resipi yang dikongsikan di dalam buku Idea Bekal ke Sekolah ini adalah berkhasiat, sedap belaka dan cantik ok? Macam-macam jenis, macam-macam bentuk... wahhh "I loikee!!!"...

Agak-agak tergoda tak ibu-ibu di luar sana tu bila Farah bercerita ni? Alaaaa.... terujalah terujalah... Agagagaga... Sebabnya kalau "uolss" teruja dan berminat... Sila sila sila dapatkan naskhah "uolss" dengan segera... Tak rugi beli buku Idea Bekal ke Sekolah ni... Memang sangat-sangat berguna untuk semua ibu-ibu di luar sana termasuk diri ini walaupun belum masuk kategori ibu-ibu yang anak sudah bersekolah... Boleh jer... buku Idea Bekal ke Sekolah ni Farah simpan untuk kegunaan pada masa akan datang. Tak lapuk dek panas tak lekang dek hujan kaedahnya... kalau "uolss" simpan elok-elok lah... Hew hew hew.... 

Untuk maklumat lanjut... sila klik di "banner" iklan di "sidebar" Bubblynotes.Com atau "banner" iklan di atas di permulaan entri ini... ^_*...

Ibu ibu... apa lagi... silalah berseronok dengan bekal ke sekolah anak-anak yer? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Buku Idea Bekal Ke Sekolah Oleh Chef Azian Hasan!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, March 12, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. Comey sgt bekalan anak.. sayang nak makan..hahhaa.. tapi kalau dkna yang masak, tak jd rupa cantik gtu..

    ReplyDelete
  2. Menarik betul... Sesuai utk mak2 yg suka bagi bkal kt anak..

    ReplyDelete
  3. Comel dan cantik buku panduan lengkap idea nak bebento...fuhhh seronok ni kalau mood rajian hari2...umi Qi ni kena pi training buat bento...good review farah...i kenan sangat...nak beli buat hadiah pun best ni...kasi semangat yeyyy

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY