Hujung minggu!!! Waktu untuk mengeratkan kasih sayang ibu dan anak!!! Memang tak akan dilepaskan peluang untuk bersama-sama menghabiskan waktu yang berkualiti dan terindah bersama-sama anak teruna Farah yang sememangnya seorang ini. ^_^...
Destinasi pilihan pada hari ini adalah rumahku syurgaku kaedahnya... Ahaksss... Lagipun keadaan kesihatan Ash tidak mengizinkan kami untuk berlama-lama mendedai di luar rumah. Makanya, kita santai sahaja di rumah pada hari minggu kali ini. Cuaca luar rumah pun panas mencacak kan? Jangan cari pasal!!!
Topeng Shaun The Sheep ni hasil Ash "tag" Nek Ma... Bha ha ha... Kemain sibuk nak bertopeng dan suruh #selfie - kan dia... Gigihlah pula Nek Ma dan Mummy melayan... ^_^...
Subjek utama Ash hari ini adalah topeng Shaun The Sheep... #oppsss memang sengaja togelkan dia tidak berbaju... kaedahnya tak nak bahang badan terkuap di dalam baju... Alhamdulillah, nampaknya dah stabil dah tu... Moga-moga terus sihat... Macam-macam aktiviti kami berdua beranak hari ini... Nek Ma pun turut serta...
*Bila ada anak, kita pun kembali ke zaman kanak-kanak... hew hew hew...
comel topeng Ash..sesekali seronok bersuka ria di rumah habiskan masa bersama kan :)
ReplyDelete