Home » , , , , , , , , , , » Bila Dah Tak Tahu Nak Makan Apa...

Bila Dah Tak Tahu Nak Makan Apa...

Sumber dari Google

Zip selera ketat-ketat... jangan biar terbuka... sekarang ni dalam fasa berpuasa... Makanya, waktu makan tengah hari di pejabat tadi digunakan secara maksima mungkin untuk aktiviti santai dan rehat diri sendiri. Makanya, terjadilah entri ini... Muahahaha... 

Tiba-tiba terkenang pula sewaktu diri ini di zaman-zaman tidak berpuasa dahulu... Waktu makan tengah hari jer mesti jadi tak tahu nak makan apa... walaupun banyak pilihan makanan yang terbentang di hadapan mata. Kadang-kadang tu kita ni manusia kalau dah terlalu banyak pilihan pun tak boleh nak jadi apa, tak tahu jadinya nak memilih. Rambang mata kaedahnya kan? 

Terpilih-pilih, terpilih-pilih punya pasal... sudahnya langsung tak makan. Pernah tak mengalami situasi serupa ini? Sudahnya bila habis waktu bekerja, perut berkeroncong yang amat.... Mulalah mencari makanan macam singa lapar...#ehhh... Farah tak adalah cari makanan macam singa lapar... Hua hua hua... Tapi memang mengomel jer lah kelaparan... La la la...Iyalah dari pagi tak isi apa-apa kan? Bila dah tiba masanya... "time's up"... ha ha ha...menggelupur ko... Padan muka... Nasiblah tak kena gastrik...

Iyalah, habis tu? Dah tak tahu nak makan apa...sudahnya bila keputusan tidak dapat dilakukan jadinya tak makan...Kalau paksa makan juga apa-apa, nanti sudahnya tak habis, sudahnya bazir... Ini situasi kebelakangan ini sebelum berpuasalah...Hik hik hik... Sebabnya semenjak bertukar ke tempat kerja baru ni, Farah memang jarang sedikit bawa bekal... Ada hari-hari tertentu sahaja Farah bawa bekal... Kalau bawa bekal pun ringan-ringan sahaja... Di pejabat baru, mereka sediakan subsidi makan tengah hari, itu yang jadinya tak bawa bekal... ^_*

Kalau rajin menjengahlah ke kafeteria tu, kalau timbul rasa malas nak berjalan nun jauh ke belakang berhampiran "plant"... memang taklah nak jalan, makanya duduk pejabat sahaja di "workstation" diam-diam ataupun lepak di "Mothercare Room" yang dilengkapi sofa, sejuk, aman dan sunyi sepi...Heee...itu kalau duduk di dalam tu faham-faham sahajalah, kalau tak layan blog... senyap sunyi membisu...makanya "I'm taking a short nap" ok? Bilik tu memang tak ada sesiapa yang masuk, kerana buat seketika ini tiada ibu-ibu yang mengekspres susu. Cuti bersalin ada, tunggu hari nak bersalin ada... Tapi esok-esok kalau sudah ada yang menggunakan...tidak mengapa, tak menjadi satu masalah pun pada Farah...^_^

Nak makan tak makan, nak makan tak makan, tak tahu nak makan apa... jadinya tak makan...ha ha ha...  

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bila Dah Tak Tahu Nak Makan Apa... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, March 16, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

18 comments:

  1. Betul...setuju..PC pun..acap kali mengalami situasi sebegitu..sedihnya la haiiii..yang sedihnya bila perut terasa sangat lapar..nak beli mknan dah habis..

    ReplyDelete
  2. mcm kwn saye bile tak tau nk mkn pe die jd mls nk mkn..
    isk.. nk mkn pon mls.. ekeke..

    ReplyDelete
  3. nak makan kat mana dan makan apa selalu jadi isu kan bila lunch..hehe..

    ReplyDelete
  4. Hmm... Kdg mmg tak tahu nk mkn apa... Tpi kna makam juga sbb laporr...

    ReplyDelete
  5. Salam Farah..lama tak singgah sini ..Tak sempat noooo..byk noo nak kena kejar hahaha..Alahai dah tahu dah nak makan apa eaa..Kalau tahu nak makan apa terus makan jer Farah ..

    ReplyDelete
  6. kak farah~~~ salam~~ ngee
    saya pun selalu skip lunch makan.betul juga kan daripada skip skip makan baik puasa terus..

    ReplyDelete
  7. nani pun selalu macam tu kak farah ^^

    ReplyDelete
  8. penah mengalami masalah mcm ni tau..

    kkdg pening nak pk makan ape..hahaha.. nak makan pon boleh penin penin..

    hahahaaa..

    -mrspuex-

    ReplyDelete
  9. saya dua minggu takde selera makan kak..terus turun 4kg berat...smp skang blurr lagi taktau nak makan apa

    ReplyDelete
  10. huhuhu situasi sama la ngan umi hari ni...skrg ni mmg tgh kelaparan...help!!! help!!

    ReplyDelete
  11. bila x de selera nak mkn , mmg tak tahu nak mkn apa wpun perut tu dah berbunyi , kepala dah pening ...

    ReplyDelete
  12. Wow syoknya office bg subsidi makan ;)

    ReplyDelete
  13. Ouhhh...peliknyaaa...sally plak asyik banyak idea nak makan...hahahaha

    ReplyDelete
  14. huhu. x start lagi ganti puasa 😅

    ReplyDelete
  15. kalau orang bekerja pening nak makan apa,tapi suri rumah macam saya selalu pening nak masak apa..heheh

    ReplyDelete
  16. selalu terjadiiiii. pastu makan ntah apa2.

    ReplyDelete
  17. Betul. Kdg pi kedai makan tp x tau nak makan apa. Akhirnya balik tgn kosong ja.

    Akk skrg masak nasi je kat opis. Lauk je beli kat food court. Sedap mkn ns masak sendiri ni. Klw x makan takut pengsan pulak balik koje nanti

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY