Baked Macaroni & Cheese Untuk Ash...

Farah Waheda Wahid
12

Gigih pagi-pagi merebus macaroni tau tak? Semuanya semata-mata kerana kesayangan Mummy yang tercinta dan selalu di dalam hati... Ash... Sebelum Mummy pergi menyelesaikan kerja-kerja blog yang telah ditetapkan temujanji pada hari ini, haruslah sediakan segalanya cukup untuk anak kesayangan ini. Tak bawa Ash ke? Taklah... untuk sesi rawatan di MyClinic Beauty and Medi Spa   yang kedua hari ini, tempatnya bukanlah satu tempat yang bersesuaian untuk Ash... Nak bawa anak kenalah tengok kesesuaian tempat juga yer tak? Nanti dia rimas, bosan dan meragam... Ahaksss sendiri yang susah... Lagipun baru jer dalam peringkat atau fasa pemulihan dari sakit tempoh hari... Duduk rehat di rumah yer sayang? 

Macaroni and cheese adalah salah satu menu yang boleh dikatakan merupakan kegemaran Ash... Kalau Farah masakkan Ash macaroni and cheese memang habis dia makan... Kalau dulu sebelum ada gigi atau sewaktu kecil-kecil Farah akan "blend" untuk Ash, tetapi kini bila dah ada gigi, tak perlu "blend".. cuma pastikan macaroni itu betul-betul lembut untuk Ash makan. Resipi? Entri ini bukanlah untuk berkongsi resipi. Muahahaha... Banyak platform-platform Google, Yahoo di luar sana "uolss" boleh cari dengan menaip. Melambak-lambak resipi Baked Macaroni and Cheese ni. Betul tak? Lagipun ianya mudah dan ringkas. Bukannya susah sangat punnn.... Sangat ringkas... (sebenarnya nak cepat sebab temujanji pukul 11.00 pagi yer hari ini... ihikss). 


Terhasillah sudah Baked Macaroni and Cheese untuk Ash... mudah dan ringkas... di dalam tempoh 30 minit semuanya telah tersedia. Sudah mandikan dia, siapkan dia, siapkan makanan dia dan sekarang nak suapkan dia makan pula sebelum pergi. Barulah lega hati Farah nak buat kerja dan pergi kerja. Macam tulah ibu-ibu kan? 

Untuk Ash, Farah tak letakkan banyak bahan pun... Togel dan terkonteng-konteng macaroni dan cheese sahaja... Tetapi sebenarnya, nak "up" lagi boleh jer letak daging kisar dan beberapa bahan lain lagi bagi menyedapkan baked macaroni cheese "uolss". Kita masak yang bersesuaian dengan umur dan penerimaan Ash lah kan? Takkan masak ikut sedap tekak kita. Jadi Mummy ni, bila anak dah pandai makan memang kena rasional sikit bila memasak menu untuk anak. Takkan nak ikut selera kita jer. Biarlah mereka menikmati makanan seadanya, kita ni dah berpuluh-puluh tahun makan macam-macam dah. Macam-macam dah yang kita rasa. Hua hua hua... Bagi peluang untuk anak pula.

Baiklah cukup sampai di sini... Nak suap Ash makan dulu sebelum pergi... *_^... Daaaa....

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ni mak orang pon sukaa..haha my fav makaroni ni kak faarah ^^ my hubby suke sgt bikin..tp ikut mood dia ler..bab bahan..mmg kite la sediakan..dia tukang campak..haha

    ReplyDelete
  2. saye pon suke makaroni cheeseeeeeee..
    hehe

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan urusan farah ya...dah ada anak, memang kita lagi utamakan anak daripada diri sendiri kan farah...^_^

    ReplyDelete
  4. wow...bestnya nampak kak... :D meleleh liur tgk..hihihih

    ReplyDelete
  5. sedapnya... nak resepi... eija pun suka macaroni.. selalu buat failed je T_T

    ReplyDelete
  6. Piewww... selera pulak tengok buat makan hujung minggu ni.. best.. :) :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya menu Ash makan hari nie ^-^

    ReplyDelete
  8. sedapnya! untung Ash dapat. macam nak berebut dengan Ash je. hahaha

    ReplyDelete
  9. fae suka mkn food yg ada cmpur cheese hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !