Home » , , , , , , , , , , » Ash & Mommy Di Majalah Pa&Ma Keluaran April 2015

Ash & Mommy Di Majalah Pa&Ma Keluaran April 2015


Kali pertama Ash & Mommy di Majalah Pa&Ma adalah pada keluaran Mac 2015 di muka surat 50. Di dalam keluaran tersebut, tajuk artikel Farah adalah berbunyi Lakukan Aktiviti Akademik Bersama. Intipati kandungan entri tersebut adalah berkisar tentang kepentingan aktiviti-aktiviti akademik kepada anak kecil dan juga serba sedikit perkongsian jurnal aktiviti-aktiviti akademik yang Farah lakukan bersama-sama Ash sejak kelahiran Ash. 

Seperti yang pernah Farah maklumkan dahulu, di dalam entri yang lepas, tidak terlintas niat di hati untuk menunjuk-nunjuk ataupun berbangga diri ataupun riak. Sungguh...tetapi sekadar berkongsi kegembiraan Farah di atas kesudian pihak editorial Majalah Pa&Ma terutama Fatin yang telah bersusah-payah menghubungi Farah untuk menjemput Farah bagi menyumbangkan artikel-artikel yang tidak seberapa di majalah mereka. Terima kasih Karangkraf, terima kasih Majalah Pa&Ma kerana sudi menjemput Farah untuk menyentuhkan jejari yang pendek-pendek ini, sekadar di tablet demi menyiapkan artikel yang diperlukan bagi memenuhi ruangan Diari Blogger selama 2 bulan ini.

Alhamdulillah, syukran Ya Allah di atas peluang yang telah diberikan, syukran Ya Allah kerana telah berjaya melengkapkan tugasan yang diberikan. Sekali lagi, ingin Farah tegaskan bukan bersifat mengejar populariti yang menjadi asas persetujuan Farah menyumbangkan artikel-artikel di Majalah Pa&Ma, tetapi minat serta kepuasan. Farah masih berpijak di bumi yang nyata bahawasanya diri ini bukanlah sudah cukup hebat, popular ataupun artis di dalam dunia blog. Farah cumalah seorang blogger biasa di dalam dunia blog. Masih terlalu banyak perkara yang perlu Farah faham, pelajari serta perbaiki. Masih panjang perjalanan serta cabaran dalam dunia blog yang ada pasang surutnya yang perlu Farah tempuh. 

Sekali lagi juga Farah tegaskan, untuk berbangga diri memang teramatlah jauh sekali, perkataan berbangga diri untuk menunjukkan diri hebat itu sekali-kali tidak ada di dalam kamus hidup Farah.


Apakah ceritanya artikel yang kedua yang disumbangkan oleh Farah di Majalah Pa&Ma untuk keluaran April 2015 ini? Beri Peluang Riadah Untuk Anak... kalau nak baca lebih lanjut kenalah beli kan??? Kalau cerita kan sini, tak seronoklah jadinya nanti...Hik hik hik... Kalau nak tahu, sila dapatkan Majalah Pa&Ma keluaran bagi bulan April 2015 yer??? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Ash & Mommy Di Majalah Pa&Ma Keluaran April 2015, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, March 18, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

17 comments:

  1. Tahniah sis, nak dptkn mjlh ni

    ReplyDelete
  2. pencapaian yg bagus sgb seorang blogger. boleh bakar semangat blogger lain ni. tahniah!

    ReplyDelete
  3. waahhh tak sabar nak baca ni... Congrats Farah! kiss kiss utk ash juga muahhh

    ReplyDelete
  4. Tahniah farah. Im happy for you and ash

    ReplyDelete
  5. tahniaah kak fara . . parenting blogger..bestnya masuk majalah

    ReplyDelete
  6. congrats farah.. bukan kira nak berbangga ke apa.. u shud be proud okey.. dapat sharing pengalaman sendiri.. lgpon ni kan kira 1 tapak & peluang.. moga makin berjaya and glamer mommy & ash.. chewahh

    ReplyDelete
  7. March? Ada lagi kah....? Huhhu, nak kene g cari sekarang juga nih... Hihhi... Apapun Tahniah! :-)

    ReplyDelete
  8. wah.. ash dan mommy dah jd retis gitu..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY