Antara Pengasuh, Nurseri & Atuk Nenek...


Gambar anak "I is" diletakkan untuk entri ini kerana ada berkaitan dengan diri dia juga cerita omelan ini... Tentang penjagaan anak ketika ibu dan bapa berkerja mencari sesuap nasi demi rezeki untuk membesar serta menghidupkan anak-anak... Alaaaa, biasa dengar kann? Soh seh soh seh sana sini sinun orang berkata-kata tentang perbandingan di antara menghantar anak ke pengasuh, nurseri dan juga atuk nenek yang tolong jaga... Ada yang positif dan ada juga yang negatif...Bergantung kepada pandangan individu masing-masing ok? Tapi yang tak seronoknya bila jadi banding-banding sampai menimbulkan sakit hati kepada orang lain dan sampai boleh jadi gaduh... Lagi-lagi alaf siber ni kan? Perang papan kekunci memang hebatlah...Phewww... Yang membuat isu satu hal, yang melayan isu pun satu hal... Hik hik hik... Kalau tak dilayan tak jadi iya tak? Macam Farah ni, lebih suka baca dan fikir sendiri jer...Apa-apa pun tak perlulah bergaduh-gaduh, tak perlulah lantang benar gayanya nak mempertahankan diri sendiri dan berbangga dengan keadaan diri sendiri yang hanya sekadar di alam maya jer... Ihikss...Hidup masing-masing dan bahagian masing-masing yer kawan-kawan, serta pilihan masing-masing... Setiap orang ada corak kehidupan mereka yang tersendiri...

Sebenarnya kalau ditanya pada Farah secara peribadi, setiap keputusan itu setiap pilihan itu ada kelebihan serta kekurangannya yang tersendiri... Di dalam hidup ini, setiap perkara itu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing... Tidak semuanya sempurna 100% atau 200% yer? Dan setiap keputusan yang diambil oleh pasangan-pasangan ibu bapa itu pasti ada sebab-sebab mereka yang tersendiri...Siapalah kita untuk mengadili dan mempersoalkan iya tak? Pelik betul dengan sikap sesetengah manusia yang suka mengadili dan membuat andaian sendiri ni, tapi itulah manusia yer tak? Ini dah jadi macam kes orang suka membanding-bandingkan penyusuan melalui susu ibu dan susu badan, bersalin secara pembedahan dan normal...Ni semua salah satu dari isunya yang telah direkacipta dengan kreatifnya oleh masyarakat kita sebagai topik perbincangan di alam maya lah ni...Alaaa...nak bincang tu tak ada salahnya punnnn....Tapi tak perlu lah sampai nak merendah-rendahkan satu pihak yang lain, kecam mengecam sampai timbul sakit hati pergaduhan segala bagai... Hurmmm...Satu perkataan untuk itu, sikap dan pemikiran... 

Di dalam kes Ash, sememangnya semenjak dari lahir Ash sekalipun tidak pernah dijaga oleh tangan lain selain dari Farah dan juga Nek Ma Ash. Diakui, Nek Ma Ash adalah orang yang paling menghabiskan masa dengan Ash dan Ash sememangnya sangat manja dan rapat dengan Nek Ma dia. Di usia 1 tahun 3 bulan sekarang ini, perkataan yang sering bermain di bibir dia adalah "Nek Mama", "Maaaa Meeee" (ha ha ha...dah bunyi macam Mamee Monster pula dah), Papa (Atuk dia, dia panggil Papa... Shushhh)... Babahh... Apa-apa hal dia sememangnya, pusing kot mana pun...Nek Ma jugakkkk...Ha ha ha... Mummy? Mummy jadi "secondary choice" kot? Ahaksss...Taklah... Dengan Mummy pun dia manja juga...Sangat manjaaaa.... Yang penting kepada dia pada waktu dan ketika ini Nek Ma, Mummy... Tapi, Ash ni payah juga nak cakap dari cara dia semua orang dia adil dan saksama "feeling" dia tu...Cuma Nek Ma tu jer ada ekstra sikit...Kui kui kui... 

Alasan Farah tidak menghantar Ash ke rumah pengasuh, nurseri? Sememangnya tidak ada dalam perancangan pun nak menghantar Ash ke rumah pengasuh, nurseri dari Ash di dalam kandungan lagi... Serius...Dari dalam perut Nek Ma Ash dah "booking" nak asuh Ash sendiri dan pesan jangan sekali-kali hantar ke mana-mana kerana ada rasa tidak percaya di dalam diri dia terhadap pengasuh ataupun nurseri, katanya biar dia penat, biar dia segala tetapi dia tetap nak jaga Ash...Hurmm... Nampak tak di situ? Nampak tak di situ alasannya? Sampaikan ada 1 hari dan 1 ketika, Farah sengaja nyatakan perancanganlah kononnya nak hantar Ash ke nurseri...Dush dush dush...Niat hati nak menyakat...Hamik!!! Dekat 2 minggu Nek Ma Ash mogok tak makan ok? Merajuk!!! 

Orang kalau tak faham...pasti akan melabelkan bahawasanya, ini yang orang cakap-cakap negatif lah ek? Dera ibu bapa, dah lah sewaktu kecil ibu bapa jaga diri kita, ini bila dah ada anak, suruh pula ibu bapa jaga anak kita... Alahaiiii, macam cetek sangat jer andaian tu...Jangan mengandaikan jika tidak tahu... Yang jadi anak kenalah rasional iya tak? Kalau atuk dan nenek tu dah dalam fasa uzur dan tak sihat, takkanlah mereka sampai hati nak membebankan atuk dan nenek tu yer tak...Tapi atuk dan nenek ni penangan kasih sayang pada cucu tu lain macam tau tak? Kadang-kadang "I is jelly" ok? Kalah dengan kita masa kecik-kecik dulu...Ekekekeke.... Dalam isu ni sekarang ni, bukannya isu dera tak dera yer... Isunya... kesanggupan serta kerelaan atuk dan nenek itu sendiri... Hua hua hua... 

Tidak dinafikan, ada kelebihan tersendiri menghantar anak ke rumah pengasuh dan juga nurseri... anak-anak dikatakan lebih bijak bergaul, bersosial dan mudah nak pada orang lain... ramah tamah segala bagai...anak-anak tak bosan sebab ramai kawan dan bla bla bla...Iya semua tu Farah tak nafikan... Dan yang tinggal dengan atuk nenek ni, kekononnya dikatakan kurang pergaulannya...Adoilahhh haiii...Tang mana datang idea tu pun tak taulah... Contohlah ek, contoh, kalau dibuatnya dia tinggal dengan atuk nenek tetapi ada jer sepupu sepapat yang atuk nenek jaga sama yang lebih kurang sama baya atau sama naik? Bergaul juga kan? Hujung minggu kalau ibu bapa bawa ke aktiviti riadah...macam Ash pergi main di "indoor playground" bergaul juga kan? Setakat ni dari pengalaman sendiri, Ash memang sangat suka berkawan dan habis semua orang dia nak tegur... Tak nampak masalah di situ yang dia tak reti nak bersosial ataupun berkawan...Ahaksss...peramah "uolss", tengok mak jugaklah kann? Hik hik hik...Peramah dan suka senyum pada orang tu ikut Mummy... La la la la.... 

Lepas tu kata ada pula lagi kata-kata negatif yang mengatakan, duduk dengan atuk nenek ni "spoilt", atuk dan nenek terlalu memanjakan sampai ibu bapa sendiri nak marah atau tegur anak tak boleh... Hurmm...ini betul-betul bergantung kepada individu... Setakat ini Farah tidak mengalami masalah yang dikatakan ini...Ash manja yer...sangat manja, tetapi Alhamdulillah setakat ini tidak "spoilt" yer... Harap maklum..Muahahaha... Silalah percaya...Di dalam keluarga kami, manja tetap manja, hendak hendak lagi dia seorang sahaja trang tang tang macam tu... tergodek-godek seorang... tetapi yang salah tetap salah, bila tiba kena marah tetap kena marah...Nek Ma tu garang tu...Ahaksss... Teringat pula bila dia kena marah dengan Nek Ma kalau-kalau nakal ke apa ke...Tapi Farah "tacing" ke bila orang lain tegur anak Farah? Tak punnn, pada Farah kalau bertujuan untuk pendidikan dan kebaikan dia buat apa nak "tacing", terasa segala bagai. Eloklah ditegur kesalahan dari berterusan melakukan kesalahan. Tak boleh ditegur pun payah juga... Hurmm.... Tak semua yer yang duduk dengan atuk dan nenek tu, ibu bapa kehilangan kekuasaan di dalam mendidik anak-anak...Bergantunglah sepertimana yang Farah katakan tadi bergantung... 

Jangan ingat ibu bapa yang menghantar anak-anak ke rumah atuk nenek itu, mendera ibu bapa mereka yer... Dalam kes-kes terkecuali mungkinlah..Dan jangan ingat ibu bapa yang menghantar anak-anak ke rumah atuk nenek itu untuk dijaga sewaktu mereka bekerja itu sanggup nak tengok ibu bapa mereka sendiri keletihan, jaga budak ni letih ooo bukan tak letih, lepas tu bersenang lenang lepas tanggungjawab, seronok-seronok sana sini segala bagai ok? Jangan ingat ibu bapa yang menghantar anak masing-masing ke rumah atuk nenek itu PERCUMA! Bukanlah kata upah, macam tak sopan dan tak berapa nak kena pula jika disebut sebagai upah, tetapi ada hadiahnya yang dihadiahkan... Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke rumah atuk nenek ni bukannya buta perasaan ok? Jadi jangan suka-suka menilai orang dan membuat andaian. Hik hik hik...

Dalam kes Ash, sememangnya rumah yang Farah duduki, rumah yang Farah beli, Nek Ma dan Atuk Ash tinggal bersama... Makanya, bila bekerja ditinggalkan seketika, bila balik ke rumah, tanggungjawab menjaga Ash dan rumah itu diambil alih sepenuhnya oleh Farah. Dah Nek Ma Ash, penat menjaga Ash, Farah tak ada pula suruh Nek Ma Ash itu buat itu buat ini yang lain-lain di dalam rumah. Selalunya Farah akan lakukan sendiri. Tetapi kadang-kala Nek Ma Ash yang rela diri melakukan...Hurmmm.... 

"Moral of the story"...setiap orang ada cerita yang tersendiri... tak perlu untuk membanding-bandingkan ataupun mempersoalkan kenapa orang ni sanggup tinggal anak dengan ibu bapa serta pergi bekerja, kenapa orang ni sanggup tinggal berjauhan dengan anak, tinggal dengan ibu bapa untuk jaga anak, sebulan sekali, 2 minggu sekali, seminggu sekali baru balik jenguk anak...Tak perlu...Kerana masing-masing ada cerita mereka yang tersendiri. Bukan ke jalan hidup setiap insan itu berbeza...Kita dengan jalan yang ditentukan buat kita, pilihan kita...mereka dengan jalan yang telah ditentukan buat mereka, pilihan mereka.... Jangan terlalu membanding-bandingkan... Mungkin hari ini hari mereka, esok lusa tulat mungkin hari kita kan? *_^... 

Tak dapat apa pun dengan membanding-bandingkan selain rasa berbangga diri, mewujudkan riak segala bagai yagn sewaktu dengannya... Tapi ingatlah dalam dunia ni, mungkin kita rasakan diri kita ini yang terbaik dan paling pandai memilih keputusan yang tepat... silap itu... kerana masih ada lagi yang di atas kita....Kelebihan atau ilmu yang kita ada itu adalah ibarat setitik air di lautan jer sebenarnya... Jadinya, tak perlu nak banding-banding sangatlahhh.... 

Ngeeee... "peace no war yawwww!!!"... Daaaa.... 

*Tak ada perancangan nak hantar Ash ke pengasuh atau nurseri langsung buat masa ini...Yang fikirnya umur 4 tahun...kita pergi "school" kan Ash kan? Hua hua hua... Melainkan manalah tau kalau-kalau apa-apa yang tidak dirancang berlaku... Mungkin terpaksa juga menghantar ke nurseri atau pengasuh...Tidak mendoakan yang tidak baik... Ajal maut jodoh pertemuan kan di tangan Allah... Kita tak tau bila dan bagaimana...Betul tak? Lumrah dan hakikat hidup... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Antara Pengasuh, Nurseri & Atuk Nenek... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, March 5, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

8 comments:

  1. nani dulu kecik2 duduk dengan mak cik. tak penah duduk nurseri pun

    ReplyDelete
  2. kalau dihantar kat orang nanti nek ma kat rumah sunyi pulak..kan??heheh

    ReplyDelete
  3. pagi ni kat sinar fm, cerita psl ni jugak...jemput fadzilah kamsah...cerita ibu jaga anak2...syok gak dgr.

    apa2 pun, bergantung kpd diri kita sendiri, dan, betul farah ckp tu.. tak pe lah..yang penting kita tau bgmana nk handle bab manja2 ni...khikhihk..

    smile!

    ReplyDelete
  4. ni pon tengah pening nak cari pengasuh ... adoi haiii
    poning kepala makcikkk

    ReplyDelete
  5. kecik² takpelah Nekma jaga Ash nanti dah 4 tahun macam Kak Farah cakap tu boleh hantar Ash pergi school kan :) Dah besar sikit pergi school mesti Ash dah pandai berkawan

    ReplyDelete
  6. setiap org ada kehidupan yg berbeza.. hal cmni pun kdg orang pmpuan blh gaduh kt fb tu... tak faham tu.. klu ai jadi akak pun mmg bg neneknya lah jaga sbb dh dok sekali...

    ReplyDelete
  7. Akak lebih lama menahan perasaan, Farah. Syukurlah Adam dah masuk asrama, senyap sikit mulut2 yang mengata. Kadang2, ahli keluarga sendiri yang laser teruk tau. Tapi akak yakinkan diri, diorang tak rasa apa yang kita rasa. Keputusan kita, kita rasa yang terbaik antara jalan lain yang ada... Mengikut keadaan, mengikut masa dan sebagainya...kita decide yang paling sesuai.

    Anyway, Adam akak rasa dah buktikan satu perkara. Duduk dengan nenek atuk, sangat tak spoilt. Dia independent and dia juga boleh cemerlang. And akak tahu Aisy adalah seorang boy yang brilliant. Macam mana parents awak didik awak, percayalah, they want to do it better with your boy.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum farah...betul tu kalau kita yg jaga sendiri lebih puas hatikan...mama faham situasi farah...sebagai ibu kita nak yg terbaik buat anak kita jadi kitalah yg harus bijak menentukannya...:)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY