Tips Penjagaan Seluar Denim @ "Jeans"...

Farah Waheda Wahid
12
Sumber dari Google
Ada orang tau serba serbi, ada orang main balun sahaja, ada orang nak tau serba serbi tapi tak tau... begitulah dia-nya yang Farah cuba kaitkan dengan penjagaan seluar denim @ "jeans"... Farah ni tidak dinafikan adalah salah seorang penggemar seluar denim @ "jeans"... Sampaikan satu peringkat dulu, Farah pernah ditegur oleh "orang-orang" supaya mengurangkan pakai seluar denim @ "jeans" sebab katanya takut susah nak hamil bila dah berkahwin kalau asyik pakai seluar denim @ "jeans"... Ngeeee...tapi Farah degil...pakai juga...sebabnya Farah tak tau pun sejauh mana kebenarannya...pernah juga dengar versi jangan suka pakai seluar ketat-ketat nanti sukar hamil...

Ok kita lupakan kisah tentang sukar hamil tu, nanti semakin panjang lalut semakin ke laut ke darat pula cerita Farah yer tak? Ekekeekekeke... Antara jenis-jenis potongan seluar denim @ "jeans" yang paling Farah suka adalah semua di atas boleh? Ha ha ha... Kecuali no 6 dan no 7 tu lah...Takkan nak pakai macam tu keluar rumah kot? La la la la... 

Merujuk balik kepada tajuk entri ini... (adusss formal sangat ni ayat ni...ha ha ha...), sedikit perkongsian daripada artikel yang Farah baca di Hijabista baru-baru ini di SINI

5 Tips Dan Trik Penjagaan Seluar Denim @ "Jeans"

1. Basuh seluar denim @ "jeans" di dalam air bersuhu sederhana, tidak terlalu panas dan sejuk.

2. Asingkan seluar denim @ "jeans" daripada pakaian lain ketika membasuh. Ini untuk mengelakkan kerosakkan pada tekstur seluar denim @ "jeans".

3. Bagi mengekalkan rona seluar denim @ "jeans", terbalikkan seluar denim @ "jeans" sebelum memasukkannya ke dalam mesin basuh.

4. Seterusnya, jangan menggunakan mesin pengering selepas membasuh kerana ia boleh meregangkan dan merosakkan helaian-helaian tekstur asal seluar denim @ "jeans". Sebaiknya, gantungkan terus seluar denim @ "jeans" tersebut dan anginkan.

5. Elakkan dari menjemur seluar denim @ "jeans" di bawah sinaran matahari yang terik. Pilihlah tempat yang lebih redup di mana sinar matahari tidak akan memancar terus.  

Begitulah seadanya... Iyalah beli mahal-mahal seluar denim @ "jeans" tentulah nak jaga elok-elok kan? Sayang kalau sesuatu yang mahal itu tidak dijaga dengan sebaiknya... Betul tak? Selamat menjaga seluar denim @ "jeans" semua.... *_^ 

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Hahaha maria main b alun jer. . janji cuci dan kering

    ReplyDelete
  2. tapi kdg2 tu penyakit M tu yg jadi susah...malsa nak asing2kan..hehe..btw great sharing

    ReplyDelete
  3. wahhhh...nice sharing..before nie masuk terus saje dalam mesin campur dengan pakaian lain..huhuhu

    ReplyDelete
  4. selalu masuk dalam mesin jew hahahaaa

    ReplyDelete
  5. ada kata jgn iron jeans tp sy belasah je hahahaha

    ReplyDelete
  6. Nice sharing... bru berjinak nk pakai jeans.. hehe

    ReplyDelete
  7. Baru beli seluar jeans baru, semalam masa nak basuh kain dah masukkan sekali dalam mesin, lepas tu masa mesin tu nak berpusing cepat-cepat keluarkan pergh teruknya ABM. Apapun, good sharing. Nanti balik ABM nak cuba!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !