Tandanya Dia Mengatakan Tidak...


Iman Firash Bin Husaini, kalau dah macam gambar di atas gayanya... hurmm... itu bermaksud dia mengatakan tidaklah tu... Tak kira sama ada tidak mahu diganggu oleh orang lain, tidak selesa dengan satu-satu keadaan, tidak mahu makan, mahupun tidak mahu dipegang. Memang ini adalah salah satu gaya bahasa tubuh Ash dan kebanyakkan dari kanak-kanak sememangnya ada yang begini. 

Sebagai ibu, sebagai bapa yang berdampingan dengan anak saban hari, pasti tidak banyak sedikit memahami gaya bahasa tubuh anak. Memahami gaya bahasa tubuh anak itu, ada kepentingan yang tersendiri. Bila kita faham, kita tahu apa yang anak-anak kita mahukan dari kita. Bila kita tidak memahami, itu yang kadang kala menjadi satu tekanan kepada ibu bapa kerana tidak tahu apa yang anak-anak mahukan sehinggakan menjadi buntu dan tergaru-garu kepala untuk mencuba menyelesaikan keresahan anak kita itu. Ada yang sampai sakit kepala mencari punca oooo... dush dush dush... 

Anak-anak kecil ataupun bayi sebenarnya memiliki cara yang tersendiri untuk memberitahu apa yang sedang mereka alami ataupun apa yang mereka mahukan walaupun macam Farah sebhtkan di dalam perenggan sebelum ini, kita sebagai ibu bapa tidak faham isyarat yang diberikan oleh anak kita. Faktor ini menyebabkan kita sebagai ibu bapa serba tak kena dan serba salah sehingga mendorong kepada "baby blues" kepada mereka-mereka yang baru sahaja bergelar ibu. 

Bahasa tubuh anak merupakan alat komunikasi mereka kepada kita. Iyalah, sekiranya sudah fasih serta lancar bertutur tu, lainlah pula ceritanya kan? Sedikit perkongsian dari beberapa buah buku yang bertajuk "The Secret of Baby Whisperer", "The Secret Language of Babies" dan "Baby and Toddler Body Language" ada beberapa contoh bahasa tubuh anak kecil yang boleh kita fahami seperti berikut: 

1. Anak kecil menangis ataupun merengek semuanya serba tidak kena, mengangkat perut, gelisah sambil sesekali badan mengerengkot menandakan anak kecil itu mengalami gangguan pada perut. Tangisan sakit pada bayi atau anak kecil berbeza dari tangisan biasa. Kebiasaannya mereka akan menangis dengan suara yang sangat nyaring selwpas itu berhenti sebentar dan kemudian sambung menangis lagi. Penyelesaiannya, apabila bermasalah di bahagian perut berikan pelukan hangat kepada anak kita untuk membantu meredakan tangisan, berikan pertolongan berupa sapuan minyak pada perut anak. Bagj Farah, Alhamdulillah tiada masalah setakat ini kerana ada Minyak Batook Ori | Sapu Sahaja!!! Tidak Perlu Diminum... ^_^... Minyak ni memang bagus tau... cubalah baca dulu yer tentang minyak ni..."Strongly Recommended!" mesej tersembunyinya... ha ha ha... Tetapi kalau berterusan sila dapatkan konsultansi doktor ye? Jangan dibiarkan lama-lama...

2. Ketika kaki bayi atau anak kecil kita menendang-nendang seolah-olah mereka ingin berlari ketika di dalam satu suasana baru atau berhadapan dengan orang yang jarang-jarang atau baru berjumpa buat kali yang pertama bermaksud mereka sedang mencari perhatian orang-orang yang berada di sekitarnya. Caranya mudah saja... sama ada dukung dan peluk anak atsupun pujuk serta berilah apa-apa alat permainan yang boleh menarik fokus mereka supaya bertenang.

3. Ketika bayi atau anak kecil kita melengkungkan punggung mereka, menjulurkan tangan sambil menangis bermaksud mereka sedang rasa bersendirian. Keadaan ini juga boleh membawa maksud yang anak kita mungkin sedang merasa sakit badan. Haa yang ini kenalah mainkan peranan dwngan sebaiknya yer? Peluk, belai dan tenangkan anak. 

4. Ketika bayi atau anak mengusapkan wajah dan juga mata mereka bermaksud dia sedang cuba mengurat... ha ha ha... memikat hati orang-orang disekitarnya untuk melakukan permainan ba ba cak... errr bukan Farah yang kata tapi buku-buku tu yang kata. Tapi sebenarnya bagi semua orang termasuk Farah... ianya lebih kepada tanda... saya msngantuk!!! Nak tidur... Maka bawa-bawalah tidurkan anak itu... sebelum "tantrum" melarat... Kalau dah melarat tu faham-faham sahajalah apa yang kita bakal berdepan dengan kan?

5. Menangis juga menandakan lapar atau tidak selesa. Kalau lapar ibu bapa tahu apa yang perlu dilakukan, kalau tidak selesa pun pasti tahu kan? Beri makan, minum susu, salin lampin, salin baju.

Yang Farah senaraikan di atas semuanya adalah beberapa jenis contoh, akan tetapi sebenarnya ada beberapa perkara lagi kan? Yang sudah bergelar ibu bapa pasti tahu gaya bahasa tubuh anak. Ini kerana ianya adalah pengalaman yang bukannya dicetak pada buku atau media elektronik. Ianya ada pengalaman kehidupan. Sesuatu yang tidak diajarkan di mana-mana sekolah hatta universiti pun. #ehh ada kot universiti... hua hua hua... bagi sesiapa yang mengambil jurusan psikologi kanak-kanak... 

*Sejak 2 hari yang lepas Ash melarikan diri dan kadang-kadang menangis bila nak diberikan makan atau nampak nasi. Dia tak mahu makan nasi... lauk ok, jalan laju jer dia nganga... tapi nasi tak mau... muahahaha takkan Ash diet kot? Badan dah cukup sedang-sedang sedap dah tu... Tak besar, tak kecil... Cumanya, bila Farah buatkan "baked mashed potatoes" ... licin tak tinggal sikit pun... hamboiii tinggi citarasa nampak? Ahakss... Risau juga pada mulanya, tapi menyusu semakin kuat pula nampak gayanya... maka tak adalah risau sangat... Abah Ash pesan pada Mummy Ash... kalau itu yang dia nak makan bagi dia makan... Baiklah... saya yang menurut perintah sayangku... 

Cumanya Mummy tengah memahamkan... tak bolehlah nak kata Mummy masak tak sedap kan? Haipp... majuk karang... Muahahahaha.... Sebab buktinya lauk yang dimasak khas untuk Ash laju jer dia makan... Yang tak pastinya dia nampak nasi tu bagaimana sampai memang tak nak sungguh dia makan... Takkan bosan kot? Ekekekeke... Bukan Ash macam Abah ke? Pagi-pagi dah cari nasi? Sepanjang sepengetahuan Mummy-lah... Kita tengok hari ini bagaimana pula... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tandanya Dia Mengatakan Tidak..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, February 12, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

8 comments:

  1. Qaisara dulu pun pernah xmo mkn nasi. Try bg mknn lain nak..Tapi kena slow2 disusuli dgn nasi semula. In Shaa Allah ok tu..Mgkn bosan kot..kiki

    ReplyDelete
  2. Anak-anak cepat je berubah perangainya...

    ReplyDelete
  3. Mummy kan x mkn nasi time ngandungkan Ash, Ash x nk nasi ash nk western, hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia