Home » , , , , , , , , , » Tak Akan Pernah Mencuba Menjadi Orang Lain...

Tak Akan Pernah Mencuba Menjadi Orang Lain...


Kalau tak tidur malam, macam nilah gayanya nak merapu di Bubblynotes.Com... ada sahaja yang nak diomelkan... Muahahaha... Kali ini kata kuncinya mencuba untuk menjadi orang lain. 

Iya... Farah adalah seorang yang tidak pernah mencuba untuk menjadi orang lain kerana bagi Farah memadai dengan menjadi diri sendiri dengan cara Farah yang tersendiri. Mengapa? Sebab hakikatnya di dalam kehidupan ini kita takkan pernah mampu untuk menjadi orang lain selain daripada diri kita sendiri. Tak akan pernah mampu.... percayalah... 

Sekuat mana atau segigih mana kita berusaha untuk menjadi orang lain yang bukan diri kita pasti akan terlihat juga biasan "flaws" kita... Kita sebagai manusia tidak akan pernah mampu 100% menjadi serupa dengan seseorang yang lain. Hatta kita sangat mengagumi seseorang itu sekalipun. Sedangkan cakera padat cetak rompak dan asli berbeza kualitinya, inikan kita pula manusia yang cuba menjadi manusia tiruan kepada seseorang yang lain? Pasti sifat semulajadi kita semenjak azali akan terlihat juga walaupun kita merasakan tidak yer tak? 

Tidak salah mengagumi, tidak salah kita "adore", tidak salah kita "envy"... bagus sekurang-kurangnya kita ada nawaitu untuk memperbaiki diri kita dan mengubah keadaan diri kita. Mungkin daripada yang biasa-biasa kepada yang lebih bagus? Bukan begitu... janganlah cuba menjadi orang lain sehingga kelihatan teruk sangat... Hu hu hu... Manusia yang memerhati lama-lama akan bertukar simpati dan kasihan... 

Contohlah, contoh ek contoh, ini tentang diri Farah sendiri... Farah mengagumi blogger Ben Ashaari, Farah tanpa segan silu pernah nyatakan kepada Abang Ben yang Farah sangat kagumi dia sebagai salah seorang blogger yang berjaya. Pencapaian dia, konsistensi dia, komitmen dia, cara dia, pembawa-kan dia serta pengurusan dia. Tapi itu bukan bermakna Farah perlu jadi Ben Ashaari versi kedua? Betul tak? 

Farah tidak perlu terikut-ikut apa yang dia pakai (maksudnya kereta ke, rumah ke, pendek kata apa yang dia adalah), Farah tidak perlu meniru lenggok bahasa dia berblog, Farah tidak perlu cuba untuk menjadi diri Ben Ashaari. Apa yang Farah perlu lakukan adalah mencuba untuk mencapai konsistensi, disiplin, komitmen sehingga boleh berjaya seperti dia. Iya... Farah bukanlah seorang blogger yang hebat, bukanlah seorang blogger ternama atau apa sahaja yang sewaktu dengannya. Untuk berjaya seperti Ben Ashaari... ho ho ho, terlalu jauh nak kejar beb! Terlalu jauh... 

Yang mudahnya tentang Farah adalah Farah sedar dan tahu berangan itu adalah percuma. Tak perlu kena bayar punnnn.... Itu semua orang tahu.. Tetapi Farah seorang yang berada di bawah kategori yang tidak reti untuk berangan tentang sesuatu perkara yang terlalu besar yang Farah tidak pasti akan boleh dicapai ataupun langsung tidak akan pernah tercapai. "Yess, in order to succeed you must dream big and think big..."... iya tidak dinafikan kata-kata motivasi itu sering kedengaran di sana sini sinun. Tetapi... "I am someone who still standing on the ground" yang berhati-hati serta berwaspada dengan setiap angan-angan dan cita-cita supaya diri ini tidak pecah berderai sekiranya hasrat tidak kesampaian. Takut kecewa? 

Ha ha ha, mesti ada yang dah nak simpulkan Farah seorang yang takutkan cabaran, takutkan kekecewaan, tidak bercita-cita besar. Jika ada yang bertanggapan begitu. Kamu salah sama sekali salah. Farah ni banyak jer angan-angan serta cita-cita yang tinggi melangit kalau nak diikut-ikutkan. Penuh senarai tau tak? Tetapi cumanya Farah tidak gembar gemburkan secara nyata atau terang-terangan. Dalam strategi, kita tidak boleh mendedahkan segala-galanya... jika kita dedahkan semua, habislah kemanisan itu bila kejayaan telah kita capai sebab tiada lagi rahsia bagaimana kita mencapainya.

Farah ada kongsikan tak dengan sesiapa apa yang Farah nak dan apa yang Farah nak capai dalam hidup Farah? Berkenaan dengan blog ada!!! Siapa orangnya? Orang yang membantu Farah... tunjuk ajar serta berkongsi pengalaman beliau... Siapa? Biarlah dia sahaja yang mengetahuinya... Yup, hanya Allah dan dia sahaja yang tahu apa matlamat yang telah Farah tetapkan dan ingin capai. In Shaa Allah, dengan izin Allah, moga-moga matlamat itu tercapai. Yang penting nawaitu serta hati yang bersih. Berkenaan dengan kehidupan... tiada seorang pun yang tahu melainkan diri Farah sendiri... Ada yang Farah nak capai dan Farah sedang berusaha gigih ke arah itu. In Shaa Allah juga... mudah-mudahan diperkenankan serta dipermudahkan oleh Allah SWT. 

Setiap masa Farah ingatkan diri Farah serta berdoa pada Allah SWT... "Ya Allah, jika aku betul dan aku tiada niat yang menyimpang atau bertujuan untuk menyakiti sesiapa, hanya Engkau yang Maha Mengetahui, hanya Engkau yang Maha Melihat, Kau permudahkanlah buatku di atas segala urusanku. Kau murahkanlah rezeki buat anakku Iman Firash."... 

Untuk berjaya, untuk mencapai apa yang Farah mahukan... Farah tidak perlu mengubah diri Farah menjadi orang lain... mungkin caranya sama tetapi kaedahnya berbeza. Sikap yang Farah paling tidak suka di dalam kehidupan sehari-hari adalah, jika hari ini si A beli kereta baru, keesokkan harinya si B tergocoh-gocoh beli kereta baru semata-mata nak tunjukkan aku pun hado lah. Ataupun si A beli kereta baru lepas tu berkata kepada si B.., kau hado? Tak baik begitu... yakinlah rezeki setiap daripada kita pasti ada... makanya lakukanlah segalanya dengan sihat bukan dengan cara yang kurang sihat sehingga kita kelihatan seperti orang yang sangat terdesak. Ya, Farah paling tidak suka menunjukkan diri atau menonjolkan diri yang kelihatan terdesak. Orang lain itu, terpulanglah... Hak serta pendirian masing-masing dalam kehidupan masing-masing... Tiada siapa pun nak melarang... Ini Farah... cerita tentang diri Farah... 

Farah lebih suka berusaha, mencuba semampu yang boleh, memohon tunjuk ajar, menjadikan orang lain sebagai contoh... analisa, kaji dan cuba mencipta formula atau identiti tersendiri dari meniru atau cuba menjadi orang lain... Menjadi orang lain ni pada Farah... apabila kejayaan dicapai ianya ibarat kosong tanpa kepuasan yang maksima... erti kepuasan itu seakan hilang... Kenapa kita perlu jadi seseorang yang sebenarnya bukan diri kita dan lalu menyusahkan diri kita sendiri? Dengan berusaha untuk menjadi orang lain sebenarnya hidup kita susah nak tenteram dan kita juga sebenarnya akan menyusahkan diri kita sendiri akhirnya. 

Ingin jadi seperti seseorang ataupun ingin menunjukkan kepada seseorang yang kita juga mampu dengan mencuba menjadi orang itu, sebenarnya pada Farah tak memberi apa-apa makna pun pada diri kita. Ingin jadi seperti seseorang tetapi dengan jati diri kita sendiri, gaya kita sendiri, lenggok kita sendiri, identiti kita sendiri... itu adalah yang paling terbaik dan bermakna... 

Disebabkan itu, Farah memang tidak akan pernah mencuba menjadi orang lain yang bukan diri Farah... "I live the way I wanted it to be, I eat the food that I crave and feel like having, I cook what I can, I wear those clothes that I think I like and could afford, I carry my style and my personality as I am, I am what I am, and I will never be a duplicate to anyone lifestyle, I talk the dialect or languages on my own even I follow some of the "tech-current language such as "I is" or what so not... I live not to impress everyone... Impressing everyone when you're not happy doesn't bring anything... It's better to be happy rather trying so hard to fit in to impress people..." 

Kenapa perlu jadi orang lain sedangkan dalam diri kita ada kualiti kita yang unik yang bila digilap boleh juga bercahaya... ianya menuntut kesabaran, usaha serta doa kepada Allah SWT... ^_^.... In Shaa Allah, mudah-mudahan... Amin... 

Apa-apa pun "I is" sayang angat-angat dengan Kelab Blogger Ben Ashaari dan ahli keluarga di sana... Keluarga sendiri dah tentu-tentulah lebih lagi angat-angat sayangnya kan? Hik hik hik... Terutama anak manja kami yang seorang itu...

Ok dah habis bebel dah... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tak Akan Pernah Mencuba Menjadi Orang Lain..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, February 15, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

10 comments:

  1. Yup jadilah diri sendiri itu lebih unik ;)

    ReplyDelete
  2. happy with yourself :) hati pun tenang

    ReplyDelete
  3. Tak perlu nak jadi orang lain..sebab semua akhirnya tak menjadi...

    ReplyDelete
  4. Sha terpaksa jadi "orang lain" untuk kepuasan mama & abah... tapi menjadi diri sendiri lepas kawin sebab ada hasben yang support untuk Sha jadi diri Sha sendiri...

    ReplyDelete
  5. tak perlu menjadi org lain kan.. jd diri sendiri lebih puas hati.. :)

    ReplyDelete
  6. kann. tak payah jadi orang lain. jadi dii sendiri sudahh ^^

    ReplyDelete
  7. uuuuu wow panjang nyerrr nak baca smpai habis.hehehe sy setuju juga.mmg ada kualiti dlm diri kita yg perlu kita keluarkan so xperlu kita jadi atau tiru org lain kan?kkdang kena ada idola juga utk jd seorang yg berkualiti...yer lah sebagai contoh kejayaan utk/sebagai pencetus 'bom' dlm diri kita kan?

    ReplyDelete
  8. Aku tetap aku... Jadilah diri sendiri yg sebenar...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia