Home » , , , , » Selesai Memikirkan Apa Nak Pakai Esok...

Selesai Memikirkan Apa Nak Pakai Esok...

Dulunya Farah pernah mengomel tentang Salah Satu Perkara Dalam Fikiran Orang Perempuan... Muahahaha... fikir apa yang nak dipakai esok harinya... Tak kiralah ke pejabat ke, kuliah ke? Orang perempuan ni kan kompleks? Nak suai padan sebolehnya yang meletopsss gitchewws tak kira walau di mana? Errr ke Farah jer macam tu? Alaaa... "uolss" pun macam tu kan? kan? kan? Errr... ke memang jenis yang tak kisah dan main balun jer? 

Farah ni mungkin tergolong dalam kategori yang cerewet juga kot? Kalau minggu lepas dah pakai satu-satu pakaian tu... seboleh-boleh minggu ni tak nak lah ulang "rotation" baju yang sama... Huh... bunyinya macam banyak benar pakaian dalam almari tu ye tak? Entah apa-apalah Farah ni kan? Tapi bukan nak riak bukan nak menunjuk-nunjuk yer... jangan salah faham...pakaian Farah tak adalah menggunung banyaknya... Biasa-biasa sahaja... Nak nak lagi sejak ada Ash... membeli belah untuk diri sendiri tu memang dah sangat jarang... Lebih kepada menabung untuk Ash peruntukkan membeli belah untuk diri sendiri tu... Tapi adalah beli jugak barang sehelai dua kalau ada ringgit lebihan tu... Hik hik hik... Selit juga tu... Dah namanya "shopaholic"... Hurmmm kontra betul dengan kertas Perakaunan yang digenggam tu... Habis tu dah sebati dalam diri... susah juga nak kikis tu... Bha ha ha... 

Esok orang Kuala Lumpur bercuti kan? Bersempena dengan Hari Wilayah hari ni? "I is" orang Selangor... Kerja!!! Tak apa... Hari Selasa cuti balik... Thaipusam! Tak ambil cuti esok? Cuti terus sampai Selasa? Taklah... Malas... Tak ada keperluan untuk cuti pun.... Tahun ni langkah berjimat cermat cuti tahunan... Nama pun baru mula di tempat baru... Walaupun peruntukkan cuti tu 18 hari setahun tapiii tetap kedekut cuti juga... Cuti tu banyak nak guna tu nanti... Walaupun Abang Jess ada "conference" di Ho Chi Minh sepanjang minggu ini, ianya bukanlah tiket yang menanti untuk Farah bercuti suka suki hati. Cukuplah sekadar Sabtu dan Ahad yang ada dan hari Selasa cuti umum. Raya nanti nak cuti lama oiii.... Nak berjalan sakan... #ehhh #ooopsss

Makanya marilah kita menggosok baju yang ada... Selesai dah memikirkan nak pakai baju apa esok... Tadaaa...


Esok adalah kombinasi hijau dan hitam... Lama dah tak pakai "wide shawl" hijau ni... Tiba-tiba hati terpanggil dan terpaut pulak nak melaram dengan dia esok. Ahaksss melaramlah sangat kan? Fikir untuk esok jer ni. Untuk Rabu, Khamis dan Jumaat, esok baru mula fikir. Kompleks tak? Sibuk nak fikirkan baju... Bha ha ha.... 

Kerja tempat baru ni tak pening sangat nak fikir nak pakai baju apa... sebab peraturan "smart casual"... Mudah... Cuma mungkinlah kalau nak mesyuarat rasmi ke apa ke kena berpakaian formal... Oh ya, sepanjang kerja tempat baru ni belum pernah pakai skirt peplum ke, baju kurung ke... hari hari seluar ajer... Al-maklumlah kalau berkain bagai memang kerja jadi lembab lah nampak gayanya kan? Bahagian Operasi kaedahnya... 

Yang kerja esok tu dah selesai persiapan untuk kerja esok? ^_* 

Esok "mood" hijau... hik hik hik

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Selesai Memikirkan Apa Nak Pakai Esok..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, February 1, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. kalau ada dress code mmg leceh sbb nk kne pkir baju sblum tido..hehe
    melaram la esok ea :)

    ReplyDelete
  2. Hahaha..sebijik macam cik akak..biasalah..penampilan cik akak no.1...itu pun kalau kerja dan ada majlis..hihi..kalau nak kuar santai je cik akak nie...

    ReplyDelete
  3. maria jenis simple, pakai suai padan n tak pernah pikir rk nk pakai apa, tak pernah heren pakai baju yg sama. hehehe

    ReplyDelete
  4. selalu jugak lah macam tu. mesti tercari cari nak pakai baju apa esoknyaa. heheh

    ReplyDelete
  5. baguslah hari hari smart je kak cuma pening nak pilih baju tu je la kan

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia