Perasaan... Ianya Tidak Mengenal Usia...

Farah Waheda Wahid
7

Hamboiiii... jenis yang melayan perasaan juga anak manja Mummy ni yer... Ahakss... Ash buat apa tu? Tengok apa tu? 

Macam inilah telatah, ragam dan kerenah Ash setiap hari. Geledah beg tangan Mummy semata-mata nak cari dompet Mummy dan tengok gambar keluarga kaedahnya. Setiap hari yer, setiap hari... Suka dia tatap wajah-wajah kami sekeluarga di dalam dompet. Lama dia tenung dan dalam renungannya walaupun masih kecil lagi usianya. Selepas itu akan disulami dengan aksi mencium secara berulang-ulang kali kedua-dua gambar. 

Faham dia apa itu perasaan rindu... faham dia apa itu kasih sayang keluarga. Di usia 1 tahun 2 bulan, dia telah mula faham tentang perasaan. Alhamdulillah, baguslah jika begitu... Senang sikit kerja Mummy nak didik Ash tentang sentimen perasaan ini. Hik hik hik... Cepat matang ek Ash tentang perasaan? 

Mesej di sebaliknya yang cuba disampaikan kepada semua ibu bapa di luar sana? "Don't underestimate a child physchological feelings, inner feelings"... sebab mungkin pada kita anak-anak ni tak faham, tak mengerti dan tak tahu apa-apa... sebaliknya... mereka faham dan mereka rasa perasaan itu. 

Mummy "tacing" ke tengok Ash berkelakuan seperti itu? Hurmm... tipulah kalau sebagai seorang ibu tak ada perasaan belas serta kasihan melihatkan keadaan anak yang sebegitu kan? Tetapi, tak apa... ini adalah pelajaran hidup buat Ash... Ash kena belajar jadi seorang yang faham memahami, faham tentang hidup dan Ash kena belajar untuk jadi cekal, tabah serta kuat supaya apabila akan datang terjadinya sesuatu perkara di dalam hidup Ash nanti... Ash tidak mudah melantun dan tidak mudah melatah. 

Mummy ok jer... walau sedar tentang hakikat dan cabaran itu bakal bermula dengan lebih serius selepas ini. Apabila Ash semakin membesar, akalnya semakin panjang... banyak perkara yang dia hendak ambil tahu, banyak perkara yang dia akan cuba fahami, banyak perkara yang akan dia tanya. Jadi ibu bapa ni, yang terbaik adalah berterus-terang kepada anak-anak dengan cara yang positif bukannya negatif, supaya anak melihat ke arah sesuatu perkara itu sebagai positif. Supaya moral dan motivasi diri mereka tidak jatuh. 

"I have prepared for these days... and I am ok with it... as this is part of his developmental growth  which I have expected since I was pregnant..."... Ho ho ho... nampak tak macam mana jauhnya pemikiran tu? Ekekekeke... Nak "tacing" sampai emosi tu taklah... Adatlah tu kehidupan kan? 

Dah kenal orang, dah besar dan dah mula faham... biasalah tu kan? Yang penting, tugasnya di bahu Mummy lah, untuk "tackle" dengan sebaiknya supaya Ash faham dan tidak terganggu dari segi emosi dan psikologinya... 

Anak manja Mummy kan "strong" dan "chill" macam Mummy... Makanya kita "remain as it is"... Macam mana? Nanti Mummy ajar ek? Alaaa... bukan kita tak jumpa Abah dan habiskan masa bersama-sama dengan Abah kan? Fikir positif yer Ash... fikir positif... macam Mummy selalu buat... Ahaksss... 

Oklah, oklah, kalau rasa rindu "kiss" jer gambar tu buat pengubat rindu Ash... ^_*... Ikut suka janji Ash gembira... Itu yang paling penting... 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Makin banyak soalan akan dia ajukan satu hari nanti. Lepas tu dia akan fikir dengan akal. Yang mana baik dan buruk.

    ReplyDelete
  2. Ash clever boy.... InsyaAllah Mummy boleh handle semua soalan Ash nanti tu :-)

    ReplyDelete
  3. Insha Allah.. Ash juga kuat macam mummy dia.. Juga..

    ReplyDelete
  4. Pohon semakin tinggi maka kian kencang angin kan menerpanya...Perkongsian yang bermanfaat...

    ReplyDelete
  5. alolo.,fahamilah perasaan anak kita kan

    ReplyDelete
  6. nape dorang suka sangat belek dompet ek..Iqy pon sama..kalau geledah beg, dia cari compet je...grrr...hahhaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !