Naelofar Hijab!!!


Walaupun rupa paras wajah akak ni tak adalah iras mana-mana artis ataupun pemilik perniagaan hijab semi segera ini... tapi akak ni sememangnya pemakai tegar hijab-hijab yang dipasarkan oleh beberapa jenama yang dikenali di kalangan wanita-wanita di Malaysia. Antara pemasar-pemasar hijab yang Farah pernah kongsikan di Bubblynotes.Com adalah... 

Saya Peminat Sugarscarf!!! ^_^
Sugarscarf Tetap Menjadi Pilihan Iolss...
In Love With Zawara!!!
Intai-Intai Diyana Halik Tudung...

Ini semua yang terdapat di dalam koleksi Farah buat masa dan ketika ini.. Bukan menunjuk-nunjuk bahawa Farah memiliki atau memakai tudung/hijab/shawl berjenama sahaja yer? Haippp, shawl berharga RM10.00 pun Farah sebat pakai ok? Asalkan corak serta rekaan yang menarik hati Farah dan Farah tertarik... Farah rasa tak ada salahnya pun tudung/hijab/shawl itu harganya murah sekalipun. 

Contoh halfmoon shawl yang berharga RM10.00 itu adalah... 


Iya harganya adalah RM 10.00 sahaja... "Believe it or not"... itulah harganya... 

Macam Farah katakan.. asalkan kena pada Farah... Farah tak kisah pun... 

Dan sepertimana yang diberikan tajuk untuk entri ini... dan gambar Farah sendiri yang ditempek di permulaan entri... Farah ingin kongsikan satu jenama tudung yang telahpun dikenali ramai juga... iaitu Naelofar Hijab. Itulah yang Farah pakai di dalam gambar yang pertama.


Seperti yang kelihatan di dalam imej yang Farah "screen shot" di atas sudah tentu ramai yang mengenali beliau kan? Melihat namanya pun tentu sudah tahu siapakah asasnya Naelofar Hijab ini. ^_^...

Semanis orangnya, begitu juga koleksi-koleksi hijab dari Naelofar Hijab yang manis-manis giteww... Ahakss... tapi sungguhlah... Farah tak tipu... Memang koleksi yang ditawarkan oleh Naelofar Hijab manis-manis dan memang jatuh cinta dengan apa yang ditawarkan. Sehinggakan boleh jadi rambang mata untuk memilih. Kalau boleh nak beli kesemuanya. Hew hew hew... Untuk koleksi Naelofar Hijab yang pertama ini, Farah tidak membeli tetapi telah diberikan oleh seseorang untuk percubaan dan "review" di Bubblynotes.Com...

Berdasarkan pengalaman yang tersendiri, setelah menyarungkan Naelofar Hijab ni... ok, pertama sekali tentu-tentu pemakai hijab nak tahu tentang material atau kain kan? Material atau kainnya, sangat sedap serta selesa dipakai. Dihasilkan daripada Premium Lycra Cotton. Lembut dan diulangi sekali lagi sangat selesa! Bagi Farah, khusus untuk mereka-mereka yang mencari keselesaan di dalam berhijab, mengikut trend serta gaya terkini dan mencari-cari hijab yang memudahkan pemakaian, Farah sarankan untuk cuba memiliki Naelofar Hijab dan juga Diyana Halik Tudung. Tapi!!! Dapatkan yang asli kerana "uolss" akan merasakan keselesaan serta kepuasan yang maksima sebagai pemakai.

Jom, Farah kongsikan sedikit di antara pilihan yang terdapat di Naelofar Hijab untuk tstaoan semua.




Menutupi bahagian dada dan terdapat pelbagai jenis pilihan yang sepertimana Farah maklumkan sebelum ini, cukup untuk merambangkan mata kita orang-orang perempuan ni. Hik hik hik.

Farah cuma kongsikan secara ringkas serta secara rumusan koleksi-koleksi Naelofar Hijab kerana yang selebihnya jika "uolss" tertarik dan ditarik, Farah mahukan "uolss" lawati sendiri laman web rasmi Naelofar Hijab dan tataplah pilihan-pilihan yang ditawarkan dengan sepuas hati. ^_^...

Untuk Maklumat Lanjut: 



Selamat mencuci mata dan membeli-belah! ^_*

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Naelofar Hijab!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, February 25, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

13 comments:

  1. cantik cantik tudung jenama naelofar ni ^^

    ReplyDelete
  2. Sis pakai tudung apa pun memg cntik..ikhlas ni puji..ala sis lya pun byk bli yg tudung rm10 ni.jnji brkenan d hatk

    ReplyDelete
  3. Nampak dah tudung ni..tapi harga mak aihh..heheh

    ReplyDelete
  4. linda memang tak lulus pakai shawl Farah....bawal forever hehe

    ReplyDelete
  5. Berhijab menjadi kewajiban... perkongsian yang menarik...

    ReplyDelete
  6. Dulu kalau nampak shawl memang gerammm...santhek2. Beli...jgn x beli. Tapiiiii bila turn nk pakaiiii...fuhhhh x jadi2. Puas la lelet2..tp x sama mcm dlm tuturial tudung segala bagai. Bukan nak puji, tapi sejak ada Naelofar Hijab ni, semua jadi mudah. Klu dulu failed, sekarang success!!!

    ReplyDelete
  7. kenapalaaaa erna ni suka jadikan alasan beranak tak pakai shawal. huhu. jarang sangat nak pakai shawl ni. baby tarik2. mcm2 lagi la. alasan je semua ni erna. tp tengok neelofa ni mcm best je

    ReplyDelete
  8. salam saya naelofar hijab authorized stockist area Putrajaya/Seri kembangan/Bandar Baru Bangi..Poslaju 1Malaysia.. boleh visit my IG: naelofar_mymiera untuk tengok selection

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia