Home » , , , , , , , , , , » "Mummy On The Go" Perlu Ada Benda Ini....

"Mummy On The Go" Perlu Ada Benda Ini....


Sebenarnya dah lama dah ada benda ni, cumanya hari ni pula baru timbul ilham nak membebel pasal "tablet/smartphone holder" ni dalam Bubblynotes.Com. 

Motif? Cuma nak beritahu, sebagai ibu-ibu atau bapa-bapa yang membawa anak kecil merata-rata perlu ada benda ini. Sangat disarankan... bagi mereka-mereka yang memberi kebenaran pada anak dengan gajet-lah. Sebab ada di antara ibu bapa yang tidak memperkenalkan, membiasakan ataupun mengajar anak-anak mereka dengan gajet kerana pendirian yang tersendiri masing-masing. 

Bagi Farah, Farah berikan kepada Ash berwaktu serta berjadual. Hua hua hua... Mungkin disebabkan pendirian Farah yang mana ianya ada kebaikkannya yang tertentu. 

Dahulunya ianya cuma digunakan oleh Farah sewaktu memandu untuk menggunakan Waze ataupun senang bila ada panggilan telefon terus "swipe" dan cakaplah guna pembesar suara sambil memandu. Muahahaha... tak apa nak berborak tentang rahsia pun boleh... Tak ada siapa pun dengan Farah dalam kereta tu... kalau tak Farah seorang adalah Ash... Ash pun bukan tau rahsia ke tidak dan masih belum pandai nak sampaikan rahsia... Ha ha ha... 

Dan sekarang ianya memudahkan Farah untuk letak tablet Ash di situ sementara Farah memandu. Pasangkan kartun-kartun kegemaran Ash secara "autoplay"... maka senyaplah dia menonton dan kuranglah ragam dia. Farah pun boleh memandu dengan tenang... Kalau beri dia pegang tablet tu... dah penat dia campak ke tepi... Dush dush dush... Makanya penyelesaian yang paling afdal letakkan saja di "tablet/smartphone holder" tu... #ehhh telefon biasa pun boleh yer... ^_^... Takkanlah Farah nak pegang sebelah tangan sambil memandu pula yer tak? 

Mudahkan? Mungkin salah satu cara penyelesaian kepada ibu bapa di luar sana yang menghadapi kesukaran mengawal anak ketika di dalam perjalanan menuju ke sesuatu tempat di dalam kenderaan. Al-maklumlah anak-anak yang sedang membesar ni banyak kerenah dan ragamnya... Memandu memerlukan konsentrasi dan tidak boleh diganggu atau terganggu sangat. Tak perlu nak keluarkan kos lebih pasang TV di dalam kenderaan tetapi boleh berjimat dengan cara yang begini kan? ^_*  

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "Mummy On The Go" Perlu Ada Benda Ini...., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, February 19, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

8 comments:

  1. wahhh kak farah dah beli dah wuhu~
    tengok je haritu dkt iklan tv hiks
    mcm best hehhe

    ReplyDelete
  2. oh! betul tu.. senang kan..

    tp Hadirah tido je kalau naik kereta.. dia bebel2 la sekejap tanya itu ini then mintak susu terus tido.. senang sikit la kalau driving dengan dia bila dah besar ni.. huhu

    ReplyDelete
  3. Mmg dh lama beli... Ada dua jnis dh beli... Bab aksesori kete ni mmg laju je en.somi beli.. Hihi

    ReplyDelete
  4. saya nak letaaaaak tapi bukan untuk anak. tapi untuk mak yang selalu sesat jalan he he he ...

    jemput join segmen saya jika sudi kak Farah=))) TQ!
    http://www.sitisharini.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom_16.html

    ReplyDelete
  5. Tringin juga ni nak bli tpi blm trjumpa lgi

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia