Home » , , , , , , , » Mimpi Sony Xperia Z3...

Mimpi Sony Xperia Z3...

Sumber dari Google
Orang kata, kalau jadi pengguna Apple, kita takkan rasa nak bertukar ke jenama lain ataupun pakai telefon bimbit pintar daripada jenama lain. Tetapi lain halnya dengan Farah... si gajet "freak" ini... Hua hua hua... Sedar diri sendiri adalah seorang yang gajet "freak"... dan pernah juga berkongsi di dalam entri-entri sebelum ini yang mana Farah sememangnya adalah gajet "freak". 


Bila setiap kali beli telefon bimbit pintar yang baru, "konon-kononnya" berazam tak nak beli yang baru sebab nak pakai telefon yang baru tu sampai lebam. Muahahaha... "Uolss" rasa? Mampu ke seorang gajet "freak" nak pakai satu-satu telefon sampai lebam baru bertukar kepada yang baru? La la la la la.... Belum sempat lebam dah ada keinginan nak pakai telefon bimbit pintar yang lain.


Tu diaaa, dah siap-siap "survey" dah dengan Ash malam semalam... Ha ha ha...sempatttt lagiiii... Tercapai tak tercapai tu, itu belakang kira...cepat ke lambat ke, itu belakang kira...Janji Farah usaha untuk dapatkan juga... Bagaimana? Adalah caranya...Hik hik hik.... Tapi sungguh ke nak mencuba Sony Xperia Z3 ni? Apa yang menarik tentang Sony Xperia Z3 ni?

Melalui sumber di SINI, spesifikasi Sony Xperia Z3 ni adalah seperti yang tertera berikut...


Kelebihan Sony Xperia Z3

  • Rekabentuk terkini dan elegan dengan menggunakan material kaca depan belakang dan "metal frame".
  • Skrin 5.2 inci dengan teknologi "Triluminous Display + X-reality Engine" (Teknologi TV SONY BRAVIA) membuatkan penampilan Z3 ini sangat "stunning", tajam, cerah dan menyegarkan mata...ha ha ha... 
  • Kamera utama dengan sensor 1/2, 3" Exmor RS beresolusi 20.3MP dipadu dengan Lensa G dari Sony, "wide angle" 27mm, "aperture" F2.0 yang cemerlang serta "processor" BIONZ yang cerdas untuk gambar yang sangat cantik.
  • OS Android 4.4 KitKat.
  • Dilengkapi dengan "CPU Quadcore Snapdragon S801 2.5Ghz" dan dengan "GPU Adreno 330".
  • "Front Stereo Speaker" yang menghasilkan bunyi yang "sharp". 
  • TAHAN AIRRRRR...Ha ha ha... Tapi jangan pandai sangatttt pergi rendam dalam air laut yer... errrr...ya ampunnn... sahabat Farah baca ni mesti dia rasa macam nak makan Farah...sebab terjadi pada dia...tapi ok gak, sebab terus suami dia belikan telefon Xperia Z3 baru.
Teringin lah teringin senang cerita... Tapi dalam masa yang sama jugak, kerling-kerling Samsung Note 4.0 tu jugak... Yang versi "merah jambu" tu mengancam jiwa raga pula bila tengok...Muahahahaha.... Beza harga pun tak berapa nak jauh jugaklah antara Sony Xperia Z3 dengan Samsung Note 4.0. Hurmmm... 

Cita-cita tinggi, tapi silalah ada RM 2,5++ "allocation" untuk cita-cita ini yer Farah? (berkata-kata kepada diri sendiri)...Ha ha ha...Ya, ya, ya... sedang mengusahakanlah ni...errrr...tapiiii tak taulah bila kan? Cepat ke lambat ke... Keputusan pun belum "firm" lagi walaupun dah 80% "firm"...Ha ha ha... Buat masa sekarang kita mimpi jerlah dulu Sony Xperia Z3 ni yer? 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Mimpi Sony Xperia Z3..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, February 13, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. amboi kak Farah.. jangan mimpi-mimpi, kang mengigau nanti he he.. saya pon belum beli lagi phone baru walau yg sekarang ni dah sedeh benor. nak juga tunggu yang preeeeee

    ReplyDelete
  2. Da mimpi mimpi sekali Sony bg free kat akak. AMIN haha

    ReplyDelete
  3. Serius lawa sony tu. PG pun nak!!! :D

    ReplyDelete
  4. kak farah kalau mimpi jadi kenyataan tetiba dapat 2 phone kasi satu dkt qila eh kikiki

    ReplyDelete
  5. Memg mgncam jiwa raga ni hihi..sbr ya sis dpt juga tu

    ReplyDelete
  6. Sy mmg x pndang jenama lain selain sony je... samsung dh x minatdah..

    ReplyDelete
  7. Sony memang best.. Dari pengalaman Ros yang dah pernah guna samsung dan sony, lagi best dengan Sony. Tapi, lain orang, lain rasa kan ;)

    ReplyDelete
  8. Amboiii, dah siap survey tu ... Memang tahan sabar jer lah nak sambar yang baru ... Yang lama boleh ler bagi kat Akak ... Ehh ...

    ReplyDelete
  9. amboii sampai termimpi mimpi dah tuu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia