MegaKidz Funland & Edutainment, Mid Valley

Farah Waheda Wahid
10

Cuti Thaipusam yang disambut di MegaKidz Funland & Edutainment, Mid Valley MegaMall... Umat manusia tak usah dicakaplah, memang ramai ya ampunnn... "Parking bay" memang penuh... Tak ada yang kosong sehinggakan kami "park" di zon Premier. Lagi-lagi kaum berbangsa Cina sedang sibuk membuat persiapan untuk Tahun Baru Cina yang bakal menjelma tidak lama lagi kan? Tapi tak apa, demi Ash tak kisah punnn... Segalanya Mummy redah jer... Untuk anak kan? 

Hala tuju kami? Dah dinyatakan di perenggan pertama entri ini... Hik hik hik... 

Sedikit mengenai MegaKidz Funland & Edutainment yang dipetik dari SINI...

"For children aged 1 to 12 years old, Megakidz is largest indoor play area and the number one stop for fun and entertainment that’s also educational. You’ll be pleasantly surprised at how much they have to offer your easily distracted, junior video gamer. Call them up or check out the website for a full list of what kids can get up to at Megakidz. And remember to check out their Deal of the Day during selected months where you could get up to 50% off on playtimes!"

Ternyata tidak salah keputusan dan pilihan Mummy bawa Ash berseronok serta berjimba-jimba di situ. Seronok betul dia bila dapat ramai kawan-kawan yang terdiri dari berbilang bangsa... amboiii bukan main ramah anak manja Mummy ni yer? Senang dapat kawnn pula tu... Ramai jer sudi berkawan dengan Ash... Tak cukup dengnn tu, dengan akak-akak pun dia nak ayat manis... 


Ha ha ha... takut akak tu tau... Sampai ke hujung larinya... Dia pun dengan terhogek-hogek mengejar sambil "giggling"... Mummy tak masuklah dalam "air bouncer" tu... Biarkan dia bebas dan perhati dari depan sambil-sambil merakamkan gelagat dia... Takut berlaku kemalangan yang tidak diingini? Ohhh jangan risau sebab di sekeliling ada yang menjaga... 



Sakan kemain anak manja Mummy... pelbagai aksi dan pelbagai telatah bila dapat berkepak dan bebas macam tu... Yang menariknya... keseluruhan lantai di tempat bermain, ditutupi dengan "pad" tebal yang lembut... Jadi Ash bebas bertatih serta bergerak ke sana ke mari dengan gembiranya... Cuma di alat-alat permainan yang agak keras memang dengan mak-mak dia sekalilah masuk kan? Muahahaha... bukan apa risau kalau berlaku kejadian-kejadian yang tidak terjangka dan tidak diingini. Baiklah beringat sebelum terjadi apa-apa kan? Mummy kan memang "over protective" bila berkaitan dengan Ash... Bha ha ha... Adatlah tu kan? Anak... 



Kalau dilihat pada video, bukan main tukar "gear" dan memandu... Muahahahaha, dah ada gaya-gaya serta minat nak jadi "drifter" dah ke Ash??? Pengsannn... tapi memang Ash sangat minat pada kereta... Selalu perhati Mummy drive dah jadi ikut-ikutan dah jadinya... 



Selepas itu, kurung diri sendiri dalam sangkar? Habis semua celah dia masuk... selagi boleh... memang "adventurous" betul anak lelaki ni kan? Yang kita ni Mummy dia dok terkemput-kemput nafas mengejar... Ha ha ha... Ash berseronok, Mummy pun bersenam lebih sikit yer? Ada hati nak memanjat jugakkk tuuu... Pheww... Sangkar tu sebenarnya ada sambungan lagi di atas untuk kanak-kanak yang lebih besar panjat dan seterusnya ke papan gelongsor yang saiz gergasi tu? Errrr... Mummy naik papan gelongsor gergasi dengan Ash ke? Ha ha ha... Itu rahsialah yer? Tak boleh cakaplah... Ahaksss... Agak-agak? ^_* .... Mummy pun jadi budak balik ok? 

Selain berfungsi sebagai taman permainan di dalam bangunan ("indoor playground")... ianya juga ada panggung wayang mini untuk kanak-kanak menonton... sewaktu kami berdua beranak berpeluh-peluh bersenam di sana sini... tayangan Frozen sedang berlangsung... Alaaa, tak apalah kita abaikan Frozen tu yer Ash? Yang penting kita berseronok apa yang tak ada di rumah... Frozen tu di rumah pun kita boleh layan berdua yer tak? Ihiksss... 

Kalau nak anjurkan majlis sambutan hari lahir di sini pun boleh... Sebabnya memang ada bilik khas untuk sambutan tersebut yang disediakan... Ada kafeteria, ada sudut kreativiti untuk anak-anak asah bakat... hurmmm kalau anjurkan sambutan hari lahir macam ni, memang seronok dan sakanlah anak-anak yer tak? Sebab dapat main dengan macam-macam alat permainan... 



Dah puas bereksplorasi di segenap sudut... "wefie" itu wajibbbb... Kannn??? Amboi kemain senyum yang penuh kepuasan tu kan? Bila tengok-tengok balik gambar ni.... errrr, nampak seperti "big boy" sangat dah tau... Sebelum bergambar Mummy dah pesan dengan Ash...Ahaksss... Berikan senyuman paling manis tau sayang... Tak susah pun, dan tak perlu nak reka gaya bergambar macam mana... Neutral sahaja... sebabnya... Ash memang suka kamera... Tapi bila ada "mood"lah... He he he... 

Duduk berehat dan minum serta makan dulu di kafeteria yang disediakan... Ash bawa bekal lah... Takkan nak bagi makanan yang tak bersesjaian pulak dengan umur dia kan? Tapi bagi jugalah "nugget" 2 ketul pada dia... Habis!!! Ha ha ha... Lapar... walaupun sebelumnya dah bagi makan nasi beriyani kegemaran dia di Mak Jah Beriyani House di Bukit Jelutong. Iyalah, dah bertawaf satu tempat tu... maunya tak haus dan lapar kan? 

Pada yang tertanya-tanya lokasi tempat ini di Mid Valley... manalah tau, mungkin ada yang tak terperasan walaupun selalu ulang alik turun naik di Mid Valley tu kan? Nahhh peta lokasi... 


Sumber dari SINI
Untuk maklumat lanjut bolehlah kiranya melayari laman Facebook mereka di SINI...


Yang paling mahal tu... Ash kata pada Mummy... "Mummy... keep quiet... don't say a single word"... Ha ha ha.... Tipu jer... Bahasa Jerman adalah... Tetapi sekarang ni sekali sekala lepas juga cakap... Yang berlaku sebenarnya adalah dia tutup mulut Mummy dan chup chup chup dia "kiss" pipi Mummy... sambil hujung-hujungnya sebut "yuuuu"... Bermaksud "Thank You"... Alahaiiii anak, cair Mummy tau tak?

#ehhh lupa pulak... masuk berbayar... untuk Ash RM 19.00 untuk Mummy "FOC"... hew hew hew... Dan kena pakai stokin sepanjang masa di dalam... 

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. seronok cuiti panjang ash..

    ReplyDelete
  2. haishh lama pulak tak singgah ke sini bawak anak-anak main..sethn dah kot tak jejak mid valley nie..

    ReplyDelete
  3. Sronoknya Ank brank ni...dui makin besar makin comel c baby ash ni

    ReplyDelete
  4. comelnyaa lahaii dia senyum. hehehe :D seronok sangat lah tuu

    ReplyDelete
  5. ari tu nak bwk Akiff ke sini dah tp mahal sgt lak rasanya... masa tu lak rushing... x berbaloi kalau masuk kjap jer... kena spend time masa btul2 kat sini br berbaloi...

    ReplyDelete
  6. seronoknyeee!


    erk nk tnye.. font utk entry ni name pe ek? dh try cari xjmpe2.. huhu

    ReplyDelete
  7. xdelah mahal sgt kan fees nak masuk tu ye..kira berbaloi gak la kalau bawak anak2..hehehe

    ReplyDelete
  8. seronoklah Ash dapat bermain..ramai kawan pulak tu

    ReplyDelete
  9. Tak pernah smpai lagi kemidvalley...

    ReplyDelete
  10. Haha..gambar last takleh tahan...ash dah pandai bawak diri erk

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !