"Like A Boss Huh???"

Farah Waheda Wahid
3

Hari tu Farah ada sarankan ibu bapa yang berjalan ke sana ke mari untuk pasang "tablet/smartphone holder" di dalam entri "Mummy On The Go..." Perlu Ada Benda Ini... dan ini adalah contoh kegunaannya... Hik hik hik... 

Sekali lagi membebel tentang perkara ini... amatlah memudahkan hidup Mummy bila berjalan dengan Ash. Duduk diam situ, layan kartun kegemaran dia dan Mummy pun senang nak fokus bila memandu. Hua hua hua... 

"Like a boss huh?"... tiba-tiba rasa bersyukur pula bila mana Farah ambil keputusan untuk pasang "tablet/smartphone holder ni setahun yang lepas. Salah satu langkah memudahkan urusan menjinjing beg tangan yang satu ini ke sana dan ke mari. ^_^... Kaedah mengendalikan anak dari ragam yang bermacam-macam di dalam kereta bila memandu kebanyakkan pada masanya bersendirian. Hew hew hew... Ok apa? Bukan memanjakan anak dengan gajet, Farah pun tahu perlu ada masa perlu ada peraturan... takkanlah seorang ibu nak lihat anaknya anti-sosial kan? Muahahaha... pastinya tidak... anti-sosial pun payah sosial sangat pun payah... makanya yang sederhana sahaja... 

Sambil-sambil tu bolehlah Ash belajar... Belajar itu kan tak kira di mana sahaja? Bukan sekadar kartun tetapi aplikasi-aplikasi pendidikan pun Farah pasangkan. Biarlah berulang-ulang pun... lama-lama mudahlah hadam dan ingat yer tak? 

Tapi tulah... hamboiii berangan macam Mummy dia ada Alphard segala bagai kan? Ihiksss... Siap lengkap nak ada TV segala bagai... Tapi... Ash doakanlah yer... mana tau ada rezeki kita anak beranak? Rezeki ni tak boleh cakap ye tak? Kalau Allah nak beri akan diberikan juga, kalau tak nak beri, macam mana pun tetap bukan milik kita kalau itu bukan rezeki yang Allah nak beri... Bersyukurlah dengan seadanya... ^_^... Amin... 

Pakai data ke tablet Ash? Taklah... macam ibu bapa yang lain selalu buat... Download siap-siap segala bagai kartun... dan "touch" ajer butang "play"... Ha ha ha, Mummy belum tahap kaya raya lagi nak pasang wi-fi dalam kereta... #ehhh boleh jer... langgan Celcom porta-wifi lepas tu cucuk ajer dalam kereta... Haaa, dapatlah wifi... Tak pun Yes4G macam promosi semasa pembelian kereta Prevè... 

Tak ke mana pun sebenarnya ni... cuma ke TESCO untuk beli sabun basuh pakaian Ash yang dah habis... dekat-dekat ajer... tak larat nak merayap sebab cuaca terlalu panas terik di sini... 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sekali sekal aboleh lah bagi anak layan gadjet ^^

    ReplyDelete
  2. Akak x galakkan sgt kat anak2 buah and anak sendiri tgok gadjet ni...sesekali x pe...

    ReplyDelete
  3. irfan takmo letak mcm tu, sibuk gak nak pegang..tp betulla, gadget penting sgt bila dlm keta ni ;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !