Home » , , , , , , , , , , , » Kini 8 Batang & Rutin Memberus Gigi...

Kini 8 Batang & Rutin Memberus Gigi...

Demam dia semalam, suhu badan 38 darjah celcius... "clingy", tak nak dengan orang lain selain dari Mummy ataupun Nek Ma. Hari Sabtu dah suka-suki hati berjalan-jalan bertawaf satu Sunway Pyramid. Tiba Ahad, demam pula dia. Bukan sebab berjemur tengah panas atau kena hujan ke apa... haippp...takkanlah Farah hilang akal nak bagi Ash tu berjemur tengah panas atau kena hujan pula yer tak? Bertawaf dalam Sunway Pyramid itu kan redup? Tak berpanas serta tidak berhujan. Sepanjang perjalanan pergi dan balik pun tak ada berjemurnya anak "I is" tu... Mummy jaga baik punyaa... Ha ha ha...

Tetapi, puncanya dah dapat diketahui dah pun walaupun pada entri SIMPTOM BAYI NAK TUMBUH GIGI??? | ASH HAS SLIGHT FEVER... Farah ada berkongsi tentang pertumbuhan gigi tidak mengakibatkan penyakit. Jap...Farah petik sikit yer entri Farah pada hari yang tersebut... He he he...

Walaupun, sesetengah ibu bapa mendakwa bahawa anak-anak mereka akan demam atau cirit-birit semasa gigi sedang di dalam proses pertumbuhan, kebanyakkan pakar setuju bahawa pertumbuhan gigi tidak mengakibatkan penyakit. 

Masalahnya, ye ker? Ha ha ha, bukan mempersoalkan kepakaran yang pakar-pakar ya... Tetapi benarkah sebegitu, kerana setiap kali anak teruna Farah nak tumbuh gigi, setiap kali tu juga dia akan demam-demam manja begitu. Sebelum-sebelum ni, dia demam-demam manja sahaja bila nak tumbuh gigi, tetapi kali ini... agak panas juga suhu badan Ash... Mana tidaknya sekali tumbuh 4 batang daaaa... 2 di atas dan 2 di bawah... cukup untuk menjadikan bilangan gigi Ash pada waktu dan ketika ini 8 batang. Amboiii lagi seronoklah menggigit yer? Hik hik hik... Mummy "get ready please"?... Nasiblah tak menyusu melalui penyusuan susu ibu, kalau tidak...lagi kena siap sedia satu perkara lagi... Ibu-ibu yang menyusukan anak melalui susu ibu fahamlah tu apa maksud dan maknanya tu...

Sejak gigi tu baru tumbuh 2 batang lagi, Farah dah mula menjinak-jinakkan Ash untuk membiasakan diri dengan rutin ataupun tabiat menggosok gigi. Pada peringkat permulaan tu, Farah gunakan "Silicone Finger Toothbrush"  ... sehinggalah ke saat ke hari Sabtu baru-baru ini... Farah biasakan Ash sejak dari mula lagi, sehari mesti berus gigi 2 kali. Sekali di waktu mandi pagi dan sekali lagi sebelum tidur pada waktu malam. Ya ya Mummy melatih yer tak? Ash pun seronok jer... cara, kaedah, teknik melatih anak menggosok gigi ataupun mengajar anak menggosok gigi, boleh dirujuk kepada entri Farah yang bertajuk Melatih Anak Menggosok Gigi... ataupun boleh juga baca dari bahan bacaan secara atas talian di Mengajar Anak Berus Gigi Sendiri dan Enggan Gosok Gigi. ^_^...


Ash kan dah pandai "tag" Mummy dia? Apa sahaja yang dia rasa menarik minat hati dia, perhatian dia, dia akan capai... kadang-kadang tu Mummy letak jer balik. Tak kuasa Mummy nak layan dan manja-manjakan sangat tau... Nanti Ash "expect" semua benda yang dia nak, semua dia boleh dapat... Jadi kena ajar sikit mula dari kecil supaya dah besar nanti tak adalah memberontak semacam...

Gambar berus gigi dan ubat gigi di atas tu, Ash punya kerjalah tu... dah pegang tak nak lepas, Mummy ambil dia hangin..Ha ha ha... Dah pandai gaduh dah dengan Mummy dah... Amboiii, baru 1 tahun 2 bulan tapi dah pandai ajak Mummy gaduh ek? Gaduh-gaduh manja... Biasalah anak beranak... Ekekekeke... Sekejap jer pun, pada waktu dan saat itu... Dari terus gaduh-gaduh manja di Econsave itu... baiklah biarkan sahaja...sebab Mummy nak cepat!!! Nak balik nak masak lagi... Hari dah petang... Hu hu hu...

Bila dah membeli tu, bermula semalam dah tak pakai lagi dah berus gigi silikon tu... pakai berus gigi baru ada gambar "bebear" dia tu... dan pakai ubat gigi kaedahnya dah nak berus gigi sekarang. Dush dush dush... errr, tapi tak apalah, bersihlah gigi Ash kan? Tak adalah kuning... Lepas tu ada hajat pula tu nak berus gigi sendiri... Ha ha ha... Suka hatilah nak, asalkan bahagia dan gembira dan asalkan tidak mencederakan diri sendiri. Yang Mummy ni tak jadi kerjalah nampak gayanya, sibuk perhati jer dia menggosok gigi...(tapi sebelum tu dah berus dah gigi dia dulu)...Owhh, berus gigi tu memang untuk tahap 1, dari usia 4 - 24 bulan. Sangat lembut dan tidak mencederakan Ash pun... Risau juga nak beri dia berus gigi dengan ubat gigi tu...sebab kan masih kecil lagi tak tahu nak meludahkan kembali ubat gigi tu... jangan jadi macam Mummy dia sudahlah...sebab Mummy dia suka sangat telan atau makan ubat gigi Kodomo Lion tu masa kecil-kecil dulu... Telahanku salah rupa-rupanya...pandai juga dia ludahkan kembali sisa ubat gigi yang diberuskan pada gigi tu... Ha ha ha... bila cakap ... Pandaiii...dia tepuk-tepuk tangan lepas tu pandang Mummy dengan rasa bangga kepada diri sendiri... Alahaiii anak...

Kenalah biasakan yer tak? Kalau tidak sampai bila... hurmm... oklah itu jer cerita-cerita kosong tentang Ash demam, ubat gigi dan rutin memberus gigi... Saja... petang-petang ni, buat-buat hilang ngantuk di pejabat... Jadi bla bla bla lah Farah sekejap... Hik hik hik...Berus gigi dan ubat gigi anak juga boleh diolah menjadi cerita...Muahahaha...

*Tak sabarnya tunggu hari Rabu...sebab Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad...cutiiiii.... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kini 8 Batang & Rutin Memberus Gigi..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, February 16, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. memang best gosok gigi anak2 masa dorang kecik. memula guna penggosok yg getah tu gosok gigi anak rasa macam geli2 pun ada. hahahaa

    ReplyDelete
  2. sampai demam, budak2 nak tumbuh gigi..nak tanya mak dayah la..dayah demam x..hehe

    ReplyDelete
  3. Alahamdulillah..aank kedua saya tak de masalah nak berus gigi...bagi je berus gigi dia akan gosok sendiri.tinggal sempurna dengan tak je..hahah..sebab dia memang nak gosok sendiri je...kita cuma bagi arahan je la..atas, kiri kanan, bawah semua...

    ReplyDelete
  4. Hopefully Ash x gigit berus gigi tu..kiki

    ReplyDelete
  5. pantas Ash caras abg Aqil ni.Abg Aqil br 7 btg gigi

    ReplyDelete
  6. Ank sy dh mula gosok masa empat btang... Tpi x kerap sgt... Dh msuk enm btg bru gosok hari2

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia