Hari cuti, biasalah... bangun pagi juga... seperti biasa, mana ada perubahan... dah jadi isteri dan Mummy ni rutinlah tu... Bukan Farah sahaja yer tak? Semua orang pun sama... tiada istilah selepas mandi, selepas Subuh, buat-buat apa yang patut... pukul 8 cari bantal balik... Banyak kerja nak diselesaikan ooo... Kerja rumah yang menimbun-nimbun dan tak pernah nak selesai... Lagipun memang tidak bagus serta tidaklah dikatakan ok untuk tidur selepas Subuh... Hurmm... yang Muslim pastinya tahu sebab apa kan? ^_*
Sebelum merancang nak keluar ke mana-mana, pergi ke mana-mana, bergerak ke mana-mana, kerja rumah haruslah diselesaikan dahulu. Rumah dah selesai cantik dan bersih serta kemas. Pakaian dah dicuci dan sidai... baru tenang rasa hati nak bergerak ke mana pun. Kalau tidak selagi tulah teringat-ingat kerja-kerja yang menanti. Ahaksss... Iya Farah memang jenis yang begitu orangnya. Tapi bukan Farah seorang lah... orang lain pun sama kan?
Tapiii... pagi-pagi ni ingatkan zas nak cepat siapkan kerja... rupa-rupanya ada yang tukang nak lambatkan kerja Mummy dia... Siapa lagi kalau bukan Ash... Nak cakap apa pun tak boleh lah... sebab anak kan? Ha ha ha... Layan Mummy layan jangan tak layan...
Dengan muka tak basuh, tak mandi dan tak gosok gigi lagi.... Eeee ucuk... Ha ha ha... Musyuk manja Mummy ni minta dimasukkan ke dalam bakul pakaian dan minta Mummy tolak macam ala-ala dia naik "stroller" atau dalam imaginasi dia bahawasanya itu adalah "car".... Kalau tidak diturutkan... pengsannn....
Bila dapat masuk ke dalam bakul dan ditolak, alahaiii seronoknya dia... terkekek-kekek gelak dan ketawa... Rupa-rupanya ini kerja dia tinggal dengan Nek Ma setiap hari...
Layan sahaja jangan dilarang atau dibantutkan... imaginasi sedang berkembang serta sedang bereksplorasi kan?
Selamat bercuti dan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat sesiapa sahaja yang meraikannya hari ini... Daaaa...
tu maksud ash tu...ash nk minta beli keta la tu...hihi..kan sis
ReplyDeleteAsh comeyyyyy naik car.... heheheheee
ReplyDeletemorning dear farah :)
ReplyDeletePG nak jemput join GA ni.
menang iphone 5s dengan mudah!
jemput ya :)
Hehe... Bijak2...
ReplyDelete