Home » , , , , , , , » Kembali Ceria & Aktif Seperti Biasa!!!

Kembali Ceria & Aktif Seperti Biasa!!!


Ba ba cak! Ba ba cak! Alhamdulillah, Ash kini kembali beraksi di Bubblynotes.Com Mummy... Alhamdulillah, setelah 4 hari 3 malam, akhirnya kesihatan Ash menunjukkan perkembangan yang positif. Pheww... cuak rasanya dan semput nafas "I is" bila melihatkan keadaan Ash beberapa hari sebelum ini... Buat apa pun tak tenang... Tapi ada sesetengah perkara tu, tetap perlu dilakukan kerana tugas dan tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. ^_^... Bila Ash tidur, Mummy buat kerja. Bila Ash tidur, Mummy buat kerja. 

Alhamdulillah juga, kini Ash kembali ceria dan aktif seperti biasa!!! Satu perkara yang Farah tunggu-tunggu dari Ash dan satu perkara yang Farah sangat rindukan sepanjang Ash kurang sihat tempoh hari. Akan tetapi, walaupun Ash telah kembali ceria dan aktif seperti biasa, Farah masih perlu memantau keadaan Ash serta cuba untuk memastikan Febrile Fits tidak lagi berulang kembali. Ini adalah kerana, menurut doktor yang merawat Ash, disebabkan Ash pernah terkena sekali, ianya tidak mustahil untuk berulang. Jadi, apabila setiap kali Ash demam, Farah adalah orang yang paling perlu "alert" di dalam memantau suhu badan Ash dan harus mengawal suhu badan Ash. 

Sejak kejadian Isnin sesubuh pagi yang lepas...Kini Farah telahpun mengambil keputusan untuk menyimpan ubat yang dimasukkan ke punggung itu iaitu Voltaren Suppository sepertimana yang telah disarankan oleh rakan-rakan, adik sepupu dan juga doktor. Itu macam kalu, lain kali kalau suhu dah lebih jer 38 darjah celcius... Kasi masuk itu ubat... 

Ermm...orang kata budak-budak kalau baik dari demam pasti ada satu kepandaian baru yang dia cipta atau dapat... Ha ha ha...Memang punnnnn..... Tapi bukan satu... lebih dari satu kot Ash...Dush dush dush, itu yang teruk sangat demamnya dan buatkan sampai Mummy nak pengsan tu... Errrr... apa dia??? 

Pertama!!! Sekarang ni kalau nak menunjukkan tanda protes, tidak mahu, tak nak... Cara dia??? Geleng-geleng kepala sambil menyebut di dalam sebutan yang kurang jelas sangat... "Nak nak..." Yang mana maksudnya... Tak nak lah kan??? Ha ha ha... Kalau suap makan tu, bila dia rasa dah kenyang...Terus geleng-gelengkan kepala dan sebut nak nak... Sambil tangan tu cuba nak tepis tangan kita... Ha ha ha...Siap!!! Ash dah pandai "say" tak nak dah.... 

Yang kedua!!! Ini kisah semalam jugalah ni... Ash membuang air besar... Tapi dia secara tiba-tiba tepuk-tepuk lengan Farah dan pandang serta sebut... "Beyak..."... Farah pun baringkan dia, buka lampin pakai buang dannn...iyaaa baru nak terkeluar... Bawa ke tandas, dudukkan di tandas tu sambil Farah pegang dia... Membuanglah Ash di situ... Fuyooo!!! Menjadi... Errr... ni dah boleh "potty training" dah ni kalau macam ni gayanya...Ahaksss... Entah dia, tiba-tiba jer semalam... Hurmm... Mummy-lah nak kena rajin ni kan? 


Yang ketiga!!! Berjalan 5 langkah lepas tu duduk...ha ha ha... Ini dah lama dah... dah jalan 5 tapak... lepas tu duduk... mim alif lam alif sin... gitewwwlah kaedahnya... Muahahaha... Tapi selepas demam ni, rajin terlebih sikit... Errr...dah tak sabar nak berlari dah ke? Tak sabar nak kuruskan Mummy ek? Muahahaha... 

Yang keempat!!! Mulut tersangatlah becok... Errr...hu hu hu... Abah Ash kata, dah tau dah ikut mulut siapa ni... Errr..."standard" lah tu kan? Anak manja Mummy...haruslah ikut Mummy... wakakakaka... Ikut acuanlah kan? Perghhh... dia punya pot pet pot pet... walaupun bahasanya entah apa-apa, ahakss..."marvellous Ash marvellous"... Nampak gayanya Mummy kena tadah telinga jer dah ni dengan semua "story mory" luahan hati Ash selepas ni, ni... Ekekekeeke... 

Tak kisahlah apa pun, janji Ash kembali sihat seperti biasa, kembali ceria, kembali gembira, kembali aktif... Mummy memang nak Ash sihat seperti sediakala... Bila Ash tak sihat...Mummy-lah orang yang paling susah hati, gundah gulana dan tidak ketentuan dibuatnya... Moga-moga Ash terus sihat yer nak... "I love you little baby son!!!"... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kembali Ceria & Aktif Seperti Biasa!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, February 27, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

8 comments:

  1. Alhamdulillah....sonoknya bl dia dh sihat.geram tgk mata Ash

    ReplyDelete
  2. Seronok nampak anak dah sihat semula kan.. kalau tak sihat tu, kita pun risau jeee.. :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..
    Bila anak tak sihat..mak mak memang yang paling tak lena tido tunggu anak

    ReplyDelete
  4. hai Ash.. anak ni kalau demam ke, kurang sihat.. kita ibu nilah paling risau.. kan kak Farah.. nasib baik dah kembali sihat ye dia.. comel..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY