Ini... Mummy Nak Marah Ke Tak Marah Ni???

Farah Waheda Wahid
9

Huwaaaaaaaaaaa....  ahaksss tak adalah, mana ada menangis... Masih mampu untuk tersenyum seperti biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku... Agak-agak, Ash kena marah Mummy ke tidak ni? Apabila "netbook" Mummy jadi begini skrinnya? 

Banyak jasanya "netbook" Mummy ni pada Mummy. Lama dah... dari tahun 2007 sehinggalah sekarang. Duit bonus semasa bekerja di SYABAS dulu ni nak oiiii... Ha ha ha... Tak pernah sekalipun berganti dan setia menemani Mummy ke sana ke mari satu waktu dan ketika dahulu. Cuma sejak kebelakangan ni, sejak dah gunakan "tablet"... memang tak bawa lagi dah. Kalau ada kerja pun sekarang ni, Farah cuma gunakan "laptop" pejabat yang Farah bawa balik ke rumah. Itu sahaja... 

Sama ada Ash kena marah ataupun tidak... Jawapannya... tidak... Wahhh lembut sangat Mummy ni sampai tak marah Ash langsung? Memang tak marah tetapi Farah terangkan pada Ash bahawa dia tak sepatutnya lakukan sebegitu. Walaupunnn... walaupun dia antara faham tak faham lagi... Nak marah pun tak ada gunanya kan? Apalah yang Ash faham sangat dan tahu sangat di usia setahun 2 bulan ni? Ya dia faham bila dimarahi, dia tahu bila siapa marah dia... Tapi Mummy dia ni fikir, kalau marah sekalipun, yang dah rosak tu tak akan ada magisnya pulih sendiri selepas memarahi anak itu. Redha dan pasrah. Habis-habis tinggi... menangis, teriak dan kemudiannya Mummy pula kena pujuk balik.

Melainkan jika Ash dah berusia 3 - 4 tahun, itu mungkin Farah akan tegaskan (tegaskan bukan marah pukul atau menengking)... yang mana perbuatan Ash itu salah. Beri dia faham, agar kesilapan yang sama tidak akan berulang semula kembali.

Memarahi anak secara mendadak, tiba-tiba dan tanpa berfikir panjang akan mendorong anak menjadi kebal hukuman atau jadi lali. Bila dah selalu sangat kena marah atau dihukum, dia tidak lagi takut terkena herdikan, cubitan atau bahkan pukulan yang paling keras sekalipun... 

Boleh marah anak tetapi bukan dengan cara menuruti emosi kita... Menurut satu artikel yang Farah pernah baca di SINI...
Ada cara bijak untuk memarahi anak...

Cara Bijak Memarahi Anak
 
Bahagian 1
Kadang-kala kita harus memarahi anak, tetapi ini bukan bermaksud kita perlu meninggalkan kelembutan, sebab memarahi dan sikap lemah-lembut bukanlah dua hal yang bertentangan.


Kita selalunya tidak mampu meredakan emosi tatkala berdepan perilaku anak yang kurang sopan atau kurang kita senangi. Kita menegur anak bukan kerana ingin membetulkan kesalahan tetapi kerana ingin meluahkan rasa marah.

Memang bukan mudah untuk menahan tatkala berhadapan situasi ini, namun kita PERLU TERUS MENERUS BELAJAR MEREDAKAN EMOSI saat menghadapi anak, terutama semasa menghadapi perilaku mereka yang membuat kita ingin berteriak dan membesarkan suara. Jika kita tidak berjaya menahan emosi itu, teguran kita tidak akan efektif. Bahkan anak kita akan semakin menunjukkan "kenakalannya"..Betul tak?

Walau sesulit mana dan masih sering gagal untuk menahannya...kita perlu berusaha untuk MENENANGKAN EMOSI saat menghadapi anak sebelum menegur mereka, SEBELUM kita 
MEMARAHI mereka..


 
Bahagian 2:

Ajarkan kepada mereka konsekuensi (akibat/kesan), bukan ancaman.

Anak-anak belajar dari kita. Mereka suka mengancam kerana kita sering mengancam. Mereka melihat bahawa dengan cara mengancam, apa yang diinginkannya dapat tercapai.. Dari kita, mereka juga belajar meluahkan kemarahannya untuk menunjukkan "kenakalannya". Namun begitu ada juga banyak faktor luar seperti rakan sebaya yang mempengaruhi yang boleh mengubah tingkahlaku anak.

Cara ancaman pada anak seringkali tidak menghasilkan perubahan yang baik. Ancaman tidak banyak memberi manfaat untuk menghentikan kenakalan anak atau perilaku yang membuatkan sejuk mata memandangnya. 


Sebaliknya ancaman akan membuatkan anak merasa ibu bapanya tidak menyayangi mereka ketika kita menenking atau menjeritkan ancaman di telinga mereka. Kita asyik memberi ancaman kepada mereka kita sering lupa menunjukkan apa yang seharusnya dilakukan oleh anak... "Adik jangan kacau abang nak buat kerja sekolah"


"Jangan melompat nanti tumpaaaahh!!!Kan abah tariiiiiiiikk telinga ni"



Apa yang sepatutnya kita lakukan?

 
1. Pegang pada prinsip adalah buruk menghukum tanpa memberikan penjelasan (qubhunal 'iqab bila bayan). Berbual dan bercerita tentang peraturan/adab, semasa duduk bersama dengan anak-anak dalam SUASANA YANG MESRA.


2. Dalam anak hendak mematuhi peraturan/adab kita boleh berkerjasama dengan anak-anak. Contohnya minta anak agar tenang ketika ada tetamu, jika anak meninginkan sesuatu hendaklah dia sampaikan kepada ibu bapanya dengan baik-baik dan bersabar apabila permintaan anak belum dipenuhi.


Kita boleh menceritakan pada anak tentang akibat/kesan apa yang akan berlaku apabila anak-anak mengamuk semasa ada tetamu. Ini disampaikan dengan nada yang sangat mesra dan rapat. Bukan secara nada ancaman. 


Bila anak melakukan hal negatif yang sangat mengganggu, ibubapa boleh mengingatkan kembali anak tentang peraturan dan sekali lagi dalam nada yang bukan ancaman. Ibu bapa perlu berusaha untuk konsisten melakukan ini...walaupun ia sangaaaaaat susah.

Di sinilah sangat sukar...kita seringkali mudah hilang kawalan emosi. Kita lebih mudah meninggikan suara / menjerit dan sewaktu dengannya saat marah, tetapi LUPA untu KONSISTEN...

Astagfirullahal a'zim....


Bahagian 3:

"Kan Mummy dah cakap banyak kali"

Tingkahlaku yang kurang sopan atau kurang disenangi mudah diingat, lebih membekas dan cenderung menggerakkan kita segera bertindak. Sebaliknya tingkahlaku positif cenderung untuk kita kurang memberi komen/balasan, kecuali jika tingkahlaku tersebut benar-benar mengesankan kita...Kita mudah ingat tingkahlaku negatif anak, sementara anak mungkin tidak boleh melupakan tindakan kita yang menyakitkan hatinya...


Salah satu kebiasaan umum kita yang menyakitkan hati anak sehingga melemahkan jati dirinya adalah ungkapan,"Kan Mummy dah cakap banyak kali, tapi kamu tak nak dengar! Degil!"

Ungkapan ini memang berkesan untuk membuatkan anak duduk diam. Tetapi dia diam kerana harga dirinya jatuh,bukan kerana menyedari kesalahan. 


Jika ini sering terjadi, anak akan memiliki jati diri yang buruk. Kesan seterusnya, konsep diri dan harga diri (self esteem) anak akan lemah. Anak belajar memandang dirinya secara negatif, sehingga lupa dengan kebaikan dan kehebatan yang dia miliki...

Begitu juga kesan pada kita, semakin sering kita berkata seperti itu kepada anak, kita akan semakin mudah bereaksi secara impulsif. Kita telah menanam dalam separa minda kita bahawa anak-anak kita memang degil dan susah nak dengar cakap dan dinasihati.

Jom kita sama-sama bermula dari saat ini kita "DELETE" ungkapan seperti...


"Tu lah kan abah dah pesan, degil..."


"Padan muka"


"Rasakan"


"Kan Mummy dah cakap banyak kali, nakal sangat..." d
an sewaktu dengannya...

Kuatkan TEKAD untuk berkata yang lebih positif..

"Bertuahnya anak ni..."
"Solehnya anak ni..."
"Hebatnya anak ni..."

Barang yang musnah, barang yang rosak boleh diganti... anak itu tiada galang gantinya... Yang penting keselamatan anak.. Kalau melibatkan keselamatan anak, memang harus kena marah supaya dia sedar perkara itu adalah satu kesalahan yang membahayakan dirinya. Tapi sekiranya perkara-perkara yang boleh ditimbal balik... Kenalah fikir-fikirkan cara terbaik untuk mendidik anak. 


Mudah memegang "title" ibu bapa tetapi bukan mudah memikul tanggungjawab, mendidik serta menjaga amanah sehingga anak itu menjadi manusia yang sebetul-betulnya manusia. ^_^... Itu yang Farah simpulkan, belajar, faham serta perhatikan dari ragam-ragam manusia sekeliling. Tetapi Farah percaya setiap ibu bapa akan memberikan serta melakukan yang terbaik buat anak-anak masing-masing. Pasti punya! Mana ada ibu bapa yang tidak mahukan yang terbaik buat anak masing-masing kan? 

Di dalam kes Ash ni, Farah tak marah, tapi dengan nada suara yang agak berbeza sedikit... Bukan meninggi suara, bukan menengking dan tangan pun tak cepat pun... Cuma lenggom suara lain sikit... Ha ha Ash, Ash buat tak tau... dush dush dia pun sama buat ha ha dengan jari telunjuk digoyang-goyangkan... selepas pada tu, terus dia datang pada Mummy... "kiss" pipi Mummy dan peluk... 

Tak marah pun, tiba-tiba dia menangis sendiri seakan menyedari kesalahan dia... Mummy balik pujuk dia... Satu perkara yang anak ini lakukan di dalam hidup Mummy dia, dia sentiasa berjaya mengambil hati dan mencuri hati Mummy dia pada saat-saat memerlukan... Dan setiap kali bila mana Ash ada melakukan kesalahan, dia sendiri akan menangis kerana tahu dia melakukan kesalahan... Itu Ash... 

Anak oh anak... Tak apalah, perkara dah berlaku... Mummy senyum jer ni... Tak marah pun... cuma lain kali jangan ulang lagi... "Netbook" tu pun dah lama... dah tiba masa ganti yang baru dah pun... ahaksss ada alasan Mummy nak menabung dan beli yang baru kan? ^_* 

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Alahai Ash...xpelah mommy, hilang netbook boleh beli lagi ;p

    nak marahkan anak2 mmg ada caranya..yg penting, kena banyak SABARRRR huhu

    ReplyDelete
  2. X pela bukan mslh bsr pun kan sis, brg blh d bli kan

    ReplyDelete
  3. Marah tidak semestinya meninggikan suara.... Untung Ash dapat Mummy berjiwa lembut dan "marah" secara disiplin... iolsss tak merasa... hahaha

    ReplyDelete
  4. xpelah....rezeki mummy nk beli yg baru..hehheh

    ReplyDelete
  5. nasihat yg bgus dan klau ada ank2 kecil mmng akn ada berlaku camni kan. pengalaman tgk handset & tv abg sy pecah berderai dbuat anaknya. haha sabar jealh

    ReplyDelete
  6. hehehehehehe sy pun pernah kena ;p

    ReplyDelete
  7. tips bagus farah. Terbaikkkk...TERBAIKKKK...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !