Dosa Gugur Atau Tidak... Bukan Ukuran Dari Cara Bersalin...

Farah Waheda Wahid
8
Sumber dari SINI
Selepas daripada entri terakhir pagi tadi, Farah lupakan seketika dunia maya...ecehwahh...ha ha ha... kekononnya fokus kepada kehidupan sebentar lettew...#ehhh tetapi memang betul-lah bukan dibuat-buat cerita... Dan baru jer ni, baru jer buka "laptop" dan secara tiba-tiba termendarat pulak pada status Facebook kawan Farah iaitu Pn.Rara ni, di mana mata tertancap dan tertarik membaca status tersebut berkenaan dengan ada segolongan orang di luar sana yang bagi Farah agak tertutup mentalitinya (bila sebut mentaliti rendah ataupun IQ dan EQ rendah karang, melantun pula...jadi kita gunakan bahasa yang lebih sopan sedikit) bila membandingkan dosa akan gugur bersama-sama sakit yang ditanggung semasa bersalin secara normal tersebut berbanding yang bersalin secara pembedahan. Errrr... pada yang membandingkan itu...ada satu soalan nak tanyalah... adakah kamu yang menentukan gugur atau tidaknya dosa-dosa seseorang itu? Allahu... kenapalah sebegitu sekali mentaliti kamu yer? 

Gugurnya atau tidak dosa seseorang hamba Allah SWT itu bukanlah bergantung kepada cara atau kaedah bersalin. Tetapi adalah atas kehendak dan keizinan Allah SWT. 

Merujuk kepada satu sumber di SINI, Dato, Dr. Masitah mengatakan... 

Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosanya sebagaimana ibunya melahirkannya."

Hadis ini merujuk kepada wanita solehah. Setiap kali bersalin, dosa kecil akan gugur dan wanita ini kembali bersih daripada dosa. 

Namun, bagi wanita yang pernah melakukan dosa besar dan tidak bertaubat sebelum bersalin, mereka tidak termasuk di dalam kumpulan ini. 

Jika ada wanita yang takut mati ketika bersalin, bertaubatlah bersungguh-sungguh dan menyesali segala perbuatan. Allah Maha Pengampun, In Shaa Allah taubat itu diterimaNya... 

Hurmm... tiada pula dinyatakan sama ada bersalin itu adalah secara normal ataupun pembedahan. Makanya siapa pula kita sebagai manusia untuk membanding-bandingkan dan untuk menyatakan sama ada gugur atau tidaknya dosa-dosa seseorang itu. 

Ini samalah kesnya dengan manusia yang membanding-bandingkan penyusuan susu formula dan susu ibu ni... Pelik dan hairan...Kenapa perlu dibanding-bandingkan yer? Bila agak-agaknya mentaliti segelintir dari masyarakat kita nak berubah ek? Bersyukurlah dengan apa yang Allah SWT telah berikan kepada kita, tetapkan kepada kita dan bagaimana perjalanan kita di dalam kehidupan ini.

Ini adalah kerana, Allah SWT itu lebih tahu untuk setiap apa yang Dia telah tetapkan atau nak beri di dalam kehidupan seseorang hambaNya yang dicipta. Rezeki masing-masing dan perjalanan hidup masing-masing... Jika kamu tergolong di dalam golongan yang dapat melahirkan anak secara normal dan merasai kesakitan atau tidak merasai kesakitan bersalin secara normal itu, bersyukurlah rezeki kamu sebegitu. Tetapi janganlah sekali-kali memandang rendah atau memandang enteng kepada mereka yang melahirkan anak secara pembedahan.

Melahirkan secara pembedahan itu ada sakitnya yang tersendiri. 7 lapisan kulit dibelah yang sememangnya tidak terasa semasa dibelah... tetapi selepasnya? Macam nilah ek...berkongsi sedikit pengalaman diri sendiri... 

Jujur sememangnya Farah melalui proses kelahiran Ash secara pembedahan yang dirancang tarikhnya disebabkan komplikasi Placenta Previa Tahap II, yang mana ia tidak memungkinkan kelahiran secara normal. Jika zaman-zaman sebelum adanya teknologi pembedahan untuk bersalin, mungkinlah terpaksa lalu jugak kan bersalin secara normal, hendak ataupun tidak...tetapi zaman dah berubah beb? Tugas doktor adalah menyelamatkan nyawa... mereka berusaha sahaja tetapi Allah SWT yang menentukan... Bersalin ni subjektif...secara normal atau pembedahan kalau Allah dah tentukan sampai di situ sahaja kehidupan kita berakhir kita tetap akan pergi. Dan bila kita pergi, kita akan dikira syahid juga kan? Kerana kita melahirkan anak... Hurmm... 

Iya, Farah akui Farah tidak merasa pecahnya air ketuban, tidak merasa kontraksi untuk melahirkan... pheww, semua itu kira Farah selamatlah...semasa proses melahirkan Farah di dalam keadaan sedar yang mana hanya dari pinggang ke bawah sahaja dibius...Farah tidak diberikan suntikan Epidural... cuma "spinal bius"... memang kejung beb, tak boleh nak angkat kaki pun...ha ha ha... dalam keadaan sedar, "gynae" belah perut Farah... cuaknya ya ampunnn, Allah jer yang tahu... walaupun tak merasa perut 7 lapisan tu dibelah... tetapi Farah boleh rasa kulit perut itu ditarik-tarik walaupun tak sakit. 

Dalam keadaan sedar, sementara "gynae" sedang membelah perut untuk mengeluarkan Ash... Farah boleh berborak-borak dengan "gynae" lagi, yang mana masuk bilik pembedahan pada pukul 11.00 pagi dan keluar pada pukul 11.25 pagi... Hanya 25 minit sahaja proses untuk melahirkan Ash... Memanglah, sementara bius masih kekal di tubuh badan tidak terasa langsung kesakitan. Boleh kong keng kong keng lagi berborak dengan suami tercinta. Muahahahaha... 

Menggeletis sangat nak tengok anak pada waktu tu, tetapi bila dah beransur semakin petang hari... hamik ko...bila bius sudah beransur-ansur hilang... anda tahu tak bagaimana rasanya? Tahu tak? Ia bermula dengan rasa seperti kulit jari yang terkena pisau ooo... rasa pedih dah mula menyucuk-nyucuk... Siapa kata bersalin secara pembedahan tidak merasai kesakitan... Bertahan lagi tu... bila dah selepas Maghrib, semasa layan Ash dan tonton TV di bilik wad, ha masa tu ya ampun... berdenyut-denyut sangat luka tu... hang tau dak? Sampai dah tak tahan panggil jururawat suruh suntik ubat penahan sakit di peha... Selepas pada tu baru boleh tidur... Keesokkan harinya... sebelum dibenarkan untuk pulang ke rumah... 

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah kena membuang air kecil sebanyak 3 kali... selepas itu baru boleh dibenarkan balik...Korang ingat...buang air kecil tu pakai bekas kat katil? Dalam mimpi... kena bangun sendiri ok? Pergi ke tandas... Jalan ok jalan...Dukung dukung tak main...doktor tak bagi... Bayangkan perut yang luka tak sembuh lagi baru semalam, pagi ni ko dah kena berjalan pergi ke tandas, walaupun dekat seksa weiii nak sampaikan ke tandas tu, nak bangun ada cara bukan macam bangun dari tidur... korang ingat  perut kena belah tu pendek garisannya...kalau terburai perut tu...Ya ampunnn.... belahan itu adalah 1 1/2 tapak tangan yer... Jalan menunduk, sampai tandas terus duduk ko... 

Dah 3 kali membuang air kecil baru boleh balik... Memanglah dari katil ke kereta disorong dengan "wheel chair"... tapi bila dah sampai kereta, bangun sendiri... jalan masuk kereta...Faham? Ha ha ha... 

Cubalah bayangkan yer...Jaga luka, berurut, pakai bengkung moden...dalam masa seminggu dah selamat membeli-belah dan "window shopping" sakan walaupun masih dalam hari... Sama jer...  Bezanya yang bersalin normal dijahit di bawah tu... tak perlulah nak nyatakan kat mana kan? Semua maklum jer... takkan nak melucah pulak di Bubblynotes.Com..muahahahaha... Cuma banyak atau tidak jahitan bergantung kepada besar mana koyaknya... Yang bersalin secara pembedahan pula... kat perut... hu hu hu... 

Makanya, tak perlulah nak membanding-bandingkan dan nyatakan dosa seseorang itu gugur ataupun tidak... Allah yang tentutkan bukan manusia... Hidup kalau terus membanding-bandingkan ni tak ada kesudahannya... Bersyukurlah dengan bahagian masing-masing yer? 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. heheh..ada jugak orang yang fikir macam tu ye?cemana sampai dia boleh cop terus kata kalau bersalin normal je terus hapus dosa??Aih..ni la dia jadi nya bila bercakap tanpa ilmu..bahaya la ,takut ada yang percaya dah dapat dosa sebab sebar kan benda palsu.

    ReplyDelete
  2. Hadoii.. Rmai la pula tafsir hadis ikut suka... Ustajah facebook la tu.. Usah dilyn..nnt pnas hati... Sama je kot bersalin czer or normal... Cuma cara sakit je beza...

    ReplyDelete
  3. adehhh acam macam sekarang. tak kisah lah semua tu kan yang penting anak tu rezeki dari allah.

    ReplyDelete
  4. Manusia memang suka jadi terlebih hebat. Anak tu kan anugerah Allah. Tak kesah la keluar dari mana. Tu pun nak argue. Hadehhh...

    ReplyDelete
  5. dl lps bsalin czer bl kwn2 ckp benda ni sentap gak.suka2 ja nk kata bsalin normal ja gugur dosa.mentang2 depa normal boleh la ckp tp last2 depa sndiri yg bsalin czer stahun lps tu...ekekeke...ha....

    ReplyDelete
  6. Tak sangka pulak ada yang bangkitkan hal macam ni. heran heran. czer ke normal ke tetap ada risiko. soal dosa pahala tu bukan kita yang tentukan. semuanya dari Allah.
    macam kes saya, dah teruk contraction bagai nak rak, tetiba kena czer sebab anak lemas. dua dua anak macam tu. so kategori mana pulak saya ni.. huhu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !