Cuci Solekan & Wajah Sebelum Tidur!!!

Farah Waheda Wahid
6
Sumber dari Google
Siang hari semalam kemaruk bercerita tentang berjauh-jauhan...Ha ha ha...Nasib baik tak cerita tentang berjauh hati... Pendek kata entri-entri di Bubblynotes.Com semalam semuanya bertemakan perkataan JAUH. Ini dah tengah-tengah malam, lancar dan laju jer jari jemari ni menaip tentang TIDUR... Ha ha ha... Tapi Farah belum nak tidur lagi, malam ni banyak sangat tugasan yang perlu ditugaskan... Sambil-sambil siapkan tugasan tu sempat lagi "update" seketul di Bubblynotes.Com... Tugasan yang perlu disiapkan pula adalah tugasan hakiki dan juga tugasan blog kaedahnya... Ahaksss...bunyi macam banyak kerja dan sibuk benar... wekkk poyo jer kan? 

Bila ingat tentang tidur ni... Teringat pula tentang kita nilah orang-orang perempuan ni... tak kiralah sama ada yang memakai solekan ataupun kecantikan semulajadi tu...muahahaha... ingat yer...SEBELUM TIDUR WAJAH MEMANG TETAP PERLU DIBERSIHKAN. Tidak mengira sama ada "uolss" adalah seorang pemakai solekan setiap hari ataupun "uolss" rasa diri "uollss" adalah "beauty queen" tanpa solekan... 

Kenapa? Sebab sama ada memakai solekan atau tidak, wajah kita ni semua-semua ni terdedah kepada persekitaran setiap hari dan mesti terdapat bakteria serta kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah tu... Huh! Lagipun selesa ke tidur tanpa membersihkan diri? Cuba cerita? Tau tak...rasanya memang tau kot... Kotoran dan bakteria yang tidak dibersihkan pada wajah tu boleh mengakibatkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaaan pramatang.  Makanya, tolong jangan malas cuci muka!!! Tapi kalau tak sayang kulit wajah tu tak taulah nak cakap kan? Tak ada komen... Tak sempat macam mana pun jangan lupa cuci muka...Letih macam mana pun jangan lupa cuci muka... Iyalah, kadang-kadang kita-kita ni semua ada di antara kita yang akan terus tidur bila dah keletihan...Errr...tak bagus sebenarnya... Kulit wajah pun perlukan oksigen juga!!! Esok-esok kalau jerawat bertiong-tiong muncul jangan salahkan orang lain pulak...sebab kesilapan datang dari diri sendiri.

Dulunya Farah pernah kongsikan Cara Mencuci Solekan Yang Betul , kalau rasa rajin nak menggali informasi yang Farah kongsikan bolehlah kiranya membaca entri itu yer...Telah Farah pautkan siap-siap pautannya di tajuk entri yang Farah nyatakan tadi... Mula-mula cuci solekan dulu dan selepas itu cuci wajah pula. Teknik mencuci wajah pun nak kena betul juga...jangan main hentam sahaja... Iya kena rajin sikit, walau malas macam mana pun kena rajinkan diri juga...Tak kira... Wajib! Ha ha ha, garang cikgu ni kan? 

Sedikit perkongsian tentang teknik mencuci wajah yang boleh Farah kongsikan dari sumber dari Google. Gambarajah lah pun...mudah sikit dan senang sedikit nak rujuk serta faham kan? 

Sumber dari Google
Haaa... senang kan nak faham kan bila tengok gambar ni kan? Jadi pada siapa-siapa yang dah tidur sekarang ni yang dah lena dibuai mimpi tu, tak ada apa yang boleh dibantu lagi kalau belum cuci muka untuk malam ini...ihiksss dengan harapan, malam esok sila jangan lupa cuci muka sebelum tidur... Yang berjaga lagi ni walaupun waktu telah larut malam... Cuba ingat-ingat balik dah cuci muka tu bersih-bersih ke belum? Kalau belum pergi cuci muka sekarang? Sekarang? "This is an order!"...Muahahaha...tak kira lelaki ataupun perempuan walaupun entri ini pada permulaannya menyebut perempuan...Lelaki pun nak kena jaga kulit wajah juga kan? Lelaki zaman sekarang pun jaga kecantikan kulit. Betul...Sungguh...Hew hew hew... 

"Tanggalkan Solekan Dan Kotoran Pada Kulit Sepanjang Hari Akan Membantu Kulit Kita Kelihatan Sihat Dan Berseri!"

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tak kose nak tido dengan muka penuh mekap. hahaha

    ReplyDelete
  2. cuci muka sebelum tidur itulah caranya kulit akan jadi bersih..
    petuanya ilah RAJIN

    ReplyDelete
  3. kalau tak cuci muka sebelum tidur mesti rasa tak best kan..so memang kena cuci muka.

    ReplyDelete
  4. Mmg cuci pun... kan solat isyak...jadi pasti cuci...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !