Home » , , , , , » Coretan Peribadi: Ben Ashaari & Kelab Blogger Ben Ashaari...

Coretan Peribadi: Ben Ashaari & Kelab Blogger Ben Ashaari...


Peribadiiii sangatttt.... Ha ha ha... Amboiiii semenjak 2 menjak ni dah pandai dah, dah pandai dah memanipulasi unsur-unsur peribadi-peribadi di Bubblynotes.Com... Kemain lagi awak yer Farah? (mengomel kepada diri sendiri...sambil menaip sambil berkata-kata di dalam hati). Ahaksss... Tiba-tiba datang "mood" untuk luah meluah ni... Boleh? Boleh ke tak boleh? Kalau tak boleh pun Farah tetap akan teruskan entri ni juga...La la la la la... Cuma bergantung dan terpulang kepada diri masing-masing sama ada nak membaca ataupun meninggalkan laman Bubblynotes.Com... *_^

Ada sesetengah orang yang menganggap Farah terlalu mengagungkan Ben Ashaari dan juga Kelab Blogger Ben Ashaari. Farah dilihat terlalu aktif bergerak bersama Kelab Blogger Ben Ashaari dan sentiasa menyelitkan Kelab Blogger Ben Ashaari di mana-mana "postings" Farah di media sosial. Jika anggapan kamu kamu kamu dan kamu di luar sana Farah terlalu mengagungkan Ben Ashaari dan juga Kelab Blogger Ben Ashaari. Ternyata telahan itu adalah silap sama sekali. Silap sama-sama sekali.

Farah bukanlah "pioneer" di dalam Kelab Blogger Ben Ashaari...sewaktu Kelab Blogger Ben Ashaari mula-mula ditubuhkan dulu, Farah tiada pun di dalam senarai ahli Kelab Blogger Ben Ashaari. Ha...ini nak bermula cerita ni di mana, bagaimana dari 2 sudut...

Tugasan atau kerja pertama Farah bersama-sama Kelab Blogger Ben Ashaari adalah dari tugasan Susu Kambing Nutri Goat Miracle 8 yang bermula lebih kurang di dalam bulan April 2014. Pada waktu itu, Farah bukanlah lagi anggota ataupun ahli keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari. Susulan daripada tugasan tersebut...jujur Farah katakan bahawa (kalau Farah tipu pun abang Ben Ashaari ada untuk katakan iya atau tidak Farah tipu, tapi... tiada gunanya menipu kan?)... tidak lama selepas dari tugasan pertama Farah yang dikelolakan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari, Abang Ben Ashaari sendiri secara peribadi telah bertanya kepada Farah sama ada Farah berminat untuk menyertai Kelab Blogger Ben Ashaari ataupun tidak. Jawapannya? Ha ha ha...Tentu semua orang telah tahu kan? Kalau tidak...masakan nama Kelab Blogger Ben Ashaari itu dibawa ke mana-mana sahaja oleh Farah? Sudah tentulah ya kan? ^_^

Tentang Ben Ashaari Dari Sudut Pandangan Peribadi Farah
Tak pernah pun Farah nak "open" cerita ini di mana-mana hatta kepada sesiapa sekalipun. Tetapi tiba-tiba dalam coretan peribadi ni tersembul pula tentang Ben Ashaari dari sudut pandangan peribadi Farah. Itupun selepas menyatakan hasrat untuk menaip entri ini kepada tuan punya badan semalam...Dah dapat keizinan baru yakin nak bercerita tentang "tai long".Ha ha ha, kalau tak tak berani "simply simply" cerita ooo... Mencerobohi hak peribadi nanti namanya tu...

Kejap, cuba ingat-ingat balik bilakah kali pertama bersua muka dengan abang Ben Ashaari... Muahahahaha... Ingat-ingat lupa dah... Oooo, ok ok, kali pertama bertemu abang Ben Ashaari adalah di majlis Sepetang Bersama Blogger 2014. Masa tu ibarat peminat kepada retis nak mintak bergambar ko... Ha ha ha... Errrr... ahakss bila ingat-ingat balik jadi segan sendiri pulak... Tapi, tak adalah sampai jadi macam peminat K-Pop tu kan... ataupun nak histeria segala bagai... Biasa-biasa jer... Cuma macam tak biasa berkomunikasi dan baru pertama kali berjumpa abang Ben kan? Makanya ada sedikit rasa kekok di situ dan cuba mengenali perwatakan kaedahnya... Iyalah, nak juga tau, betul ke Ben Ashaari ni seperti orang yang selalu soh seh soh seh sampaikan pada Farah? Huishhh, jangan tak tau, macam-macam versi dan macam-macam cerita yang Farah dengar dari sudut kiri, sudut kanan, sudut hadapan dan sudut belakang... cumanya... tak ada pula Farah ceritakan pada abang Ben selama ini...Kekal menjadi rahsiakan...Alamakkk... kalau lepas entri ni abang Ben tanya habislahhhh... Tak nak dia ambil kisah, tak nak dia ambil tau dan tak nak dia tensi...Tapi kannn...abang Ben adalah seorang yang kuat dan tidak kisah pun apa orang nak kata tentang diri dia kerana dia tahu apa hala tuju dia... Itu yang Farah kenallah...

Kali kedua berjumpa adalah semasa sesi Ramadhan Buffet Media Tasting @ Bangi Golf Resort. Kali ketiga, semasa kami menjadi blogger jemputan untuk Sambutan Ramadhan Bersama HungryGoWhere Malaysia. Waktu ni dah diserap masuk oleh abang Ben ke dalam Kelab Blogger Ben Ashaari dah.

Phewww panjang permulaan perkenalan dengan blogger hebat dan terkenal ini kan? Ha ha ha, nak tau apa yang Farah katakan pada abang Ben... "Farah takut nak tegur abang Ben dulu... sebab... dot dot dot dot dot... (perbualan rahsia yang tak perlu dicanang ekekekeeke.... tapi berkaitan dengan cakap-cakap mulut orang juga)"... Tapiii... bila dah kenal dan mula bercakap... abang Ben adalah regu yang seronok untuk berborak bila dia ada "mood"... :P... Kalau tak ada "mood" tengah tensi... jangan diganggu dong... Larikkkk.... Ya ampunnnn abang Ben...

Dari mata Farah? Abang Ben Ashaari ibarat abang yang menjaga adik-adik di Kelab Blogger Ben Ashaari ataupun abah yang menjaga anak-anak (anak dara Kelab Blogger Ben Ashaari kan ramai) dengan baik.  #ehhh bukan abah ek? sebab baru 28 tahun kan umur kan? Sentiasa memberi nasihat, teguran dan errrrr...memang orang yang sangat tegas tapi tegas di dalam kelembutan, kelembutan bukan awww...tetapi kelembutan yang tidak boleh sesuka suki hati dipijak-pijak kepala... Takkan sado awww pulak kan? Seorang yang telus, ikhlas dan baik hatiiiii kepada kami-kami adik beradik di Kelab Blogger Ben Ashaari. Kalau kamu betul-betul kenal siapa Ben Ashaari, kamu akan mengenali hati budinya... Itu yang Farah boleh katakan...

Farah tidak memuja Ben Ashaari itu secara perseorangan atau individu kerana abang Ben Ashaari itu satu nama besar yang dikagumi ramai, yang digilai ramai, yang sado segala bagai (ok lupa pulak nak "mention" "macho" dan "handsome"...ahaksss... nanti abang Ben kata tak sebut pulak dia "macho" dia "handsome"). Tolong jangan salah faham. Tetapi Farah kagum dengan kerja keras dan usaha Ben Ashaari di dalam dunia blogging. Cara abang Ben menguruskan kehidupan, jadual berblog, rumah tangga dan juga mencari rezeki. Fokus, komitmen dan sikap yang abang Ben berikan kepada dunia blognya. Itu...bukan sebab lain. Dalam hati ni bukan ada niat langsung nak tumpang populariti abang Ben ke, ataupun apa-apa yang menyimpang dari keikhlasan. Giteww... Farah percaya pada usaha sendiri dan abang Ben pun selalu cakap, semuanya bergantung pada usaha diri sendiri... Ben tak buat apa-apa pun, terima kasih pada Allah. Farah kagum dengan abang Ben sebagai blogger dan Farah belajar dari cara abang Ben. Pembelajaran secara tidak langsung. Terima kasih abang Ben...terima kasih... Ben Ashaari bukan seorang blogger yang lokek dengan perkongsian ilmu...

Abang Ben berkerja keras bersama-sama kami semua untuk Kelab Blogger Ben Ashaari bukan dia duduk goyang kaki tak buat apa-apa serta sekadar letakkan nama dia di hujung Kelab Blogger tu yer?

Kelab Blogger Ben Ashaari

Ada soh seh soh seh di luar mengatakan bahawa Kelab Blogger Ben Ashaari adalah sebagai "platform" untuk Ben Ashaari menaikkan nama beliau lagi di persada blog. Ada yang mempersoalkan mengapa nama Kelab Blogger Ben Ashaari mesti ada nama Ben Ashaari di belakangnya... Ada yang mempersendakan, ada yang memperlekehkan dan malah tak kurang juga ada yang gelakkan. Huishhh, tiba-tiba panas pula topik ni... muahahahaha....

Tenang-tenang...yang panas kita sejukkan, yang sejuk kita panaskan... #ehhh.. tak tak tak... kita neutral boleh?

Sebagai seorang blogger yang merupakan ahli keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari... meh sini meh... Farah beri "true confession" tentang pengalaman Farah dan apa yang Farah alami bersama-sama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari. Pertama... apa yang "uolss-uolss" tu katakan tentang Ben Ashaari menggunakan Kelab Blogger sebagai landasan atau platform kepada beliau...adalah tidak benar sama sekali... Secara logiknya, kenapa Ben Ashaari perlu menaikkan nama dengan cara yang sebegitu sedangkan selama kini memang dia dah ada nama pun?

Kedua, Kelab Blogger Ben Ashaari memang bukan sekadar blogger yer... blogger-blogger yang berada di dalam Kelab Blogger Ben Ashaari bukan ibarat blogger-blogger yang jumpa salam, laga pipi di "event" selepas itu tak jumpa di "event" hilang tanpa khabar berita, jumpa lagi salam, laga pipi... Tidakkk.... "We are even more than that..."... blogger-blogger Kelab Blogger Ben Ashaari sudah ibarat ahli keluarga kandung...susah sama-sama susah, sedih sama-sama sedih, gembira sama-sama gembira dan pendek kata segala dikongsi bersamalah. Mereka jugalah yang menghiburkan serta menceriakan serta mengisi hari-hari Farah. Gelak ketawa sedih menangis... mereka tetap ada di situ untuk memberikan kata-kata positif, galakan, sokongan serta bantuan tak kira apa juga keadaan.

Bukan jenis, bila kita ada masalah, mereka biarkan dan buat bodoh jer serta lepaskan tekak diri sendiri. Kalau sehari tak tengok "group What's App" tu pelik namanya tu...kalau seharian tak berbunyi "group What's App" dan beribu riban "notification" (psssttt... "I is vibrate" jer "semakphone" di pejabat...Muahahaha...takut nanti orang terganggu...) memang bukan Kelab Blogger Ben Ashaari lettew. Ni ada kepelikkan sikit ni, sejak akhir-akhir cepat pulak masing-masing tidur ek? Biasanya bila Farah dah lena tidur dengan Ash, diaorang tak habis lagi cot cet cot cet... Letihkan semua minggu ini? Ha ha ha...

Untuk Farah ekspresikan lebih-lebih tentang Kelab Blogger Ben Ashaari itu, nanti ibarat tak habis cerita sampai esok pun dan jadi lebih berjela lagi entri Farah yang sememangnya sudah sedia panjang lebar setiap masa ni... Tetapi, yang boleh disimpulkan... jika anda tidak berada di dalam, anda tidak tahu apakah ia dan bagaimanakah rasanya jadi jangan buat kesimpulan. 

Bagi yang menggelakkan, memperlekehkan ataupun mempersendakan, tak apalah... apa yang penting, niat kami ikhlas dan kami akan terus bersatu bekerjasama untuk menjaga Kelab Blogger Ben Ashaari. Kelab Blogger Ben Ashaari bukan satu kelab blogger untuk kepentingan diri sendiri atau masing-masing. Kami adalah keluarga yang sentiasa menyokong di antara satu sama lain.

#iamkbbaians #kelabbloggerbenashaari #iamaproudkbbaians ....

Dah tu jer nak bebel... kalau ada tersilap kata tau sesiapa yang merasakan kurang senang... Ya ampunnn...tiada niat di hati ianya sekadar ekspresi diri...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Coretan Peribadi: Ben Ashaari & Kelab Blogger Ben Ashaari..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, February 11, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

36 comments:

  1. hai mama farah,kim salam pakwe tau muahhhh hahhaha.... bukan ben ashaari yang menggunakan #kelabbloggerbenashaari tapi dia lah guru mentor abg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sifoo yang merendah diri wlpon sgt tinggi dr irra..ehehee

      Delete
  2. Sanggup berhenti sapu rumah sebab nak baca entri ni. Good job kak farah. KBBA sentiasa support kak farah! We love youuu We are happy family. Ash tu anak angkat yaya. Ehh. Haha

    ReplyDelete
  3. as'salam cik farah..
    lama xsinggh sini..huuuu
    eh cmne nk join kelab abg ben tu..cam seronok dgr..join event sana sini
    cewah..yaya ni bru nk meng-aktifkan diri..huuuu =p

    ReplyDelete
  4. Senyum sorang2 baca post kak farah ni. :)
    Ya, sy dapat rasa keakraban dlm family kbba.
    hari2 duk pot pet pot pet dlm group whatsapp.
    nak mencelah pun tak sempat.kihkih

    ReplyDelete
  5. Suka ayat ni. Jika tak berada di dalam tak tahu apakah ia dan bagaimana rasa...yes betul tu...

    ReplyDelete
  6. wahhhh so sweet la yang bukan sekadar blogger tu.. terharu..

    ReplyDelete
  7. Hehehe.. Memang enjoy kbba.. Sentiasa ada utk satu sama lain.. Susah senang sama2.. Group watsap memang wajib lawat tiap2 masa.. Asal bunyi je hp.. Mesti baca.. Hehehe

    ReplyDelete
  8. Aida da join kat fb. Letak badge di blog.
    Then, event utk yg senior aje ke farah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde istilah senior junior dlm kbba... kite smue same... jika btul2 serius nak joint boleh pm a.ben... tp biasanya a.ben sendiri akn nmpak.mereka yg btul2 berminat nak.joint kbba... contohnya actif guna hastag, rajin komen di fb, page, blog dan insta...

      Delete
  9. As'salamualaikum Farah,
    Fuhhh.....!! Info terbaekk~
    Salam persahabatan kbba ;)

    ReplyDelete
  10. terharu baca entry ni,
    sayang korang semua...
    ^_^ ^_^

    ReplyDelete
  11. yes..i like kbba..suka sngt baca entry ni..selalu dengar org kta npe nk bangga sngt dgn kbba tu..so lepas ni bole jwb da, Jika tak berada di dalam tak tahu apakah ia dan bagaimana rasa.

    ReplyDelete
  12. bestnya,. macam family. blogger mcm ni kita cari. bersatu teguh.

    ReplyDelete
  13. fuh! panjang lebar..haha. kenapa dkna baca entry farah ni macam tercungap-cungap..

    farah taip entry tadi sambil berlaki ke apa? sampai feeling dia tu wat dkna semput nak habiskan kekekekeke :P

    ReplyDelete
  14. Kbba mmg best, happy sgt Banyak dpt belajar dr geng kbba

    ReplyDelete
  15. Maria knl abg ben since abg ben start berblog g. .

    ReplyDelete
  16. berani kerana benar...terbaik la statament farah...hihihi

    ReplyDelete
  17. Zumal teringin gak nak jadi ahli aktif KBBA... Ade peluang tak ? Hehe ^-^

    ReplyDelete
  18. Sy tak kenl sgt abg ben ni... tapi sy knl melalui blog dia... sy cuba praktik apa yg blh dlm dunia blh.. dan dr fb kelab... sy tahu dia tak sombong... sbb wpun dia tak kenal siapa kita...dia tetap maintain balas post atau komen post org lain... dr situ kita tahu dia tak pilih org... siapa sja mudah mesra... pndnngan sy dr mata kasar..

    ReplyDelete
  19. Thumbs up...semoga ukhuwah antara bogger akan terus berkekalan... :)

    ReplyDelete
  20. best dengar kelab nie..teringin nak join.. :)

    ReplyDelete
  21. sekali je penah jumpe abg ben, dan geng kkba yg power2, lan careno, uzu, fatin bella, yaya ...terase kecik aje kite ni hehe... haah dh join kat fb... ooo tq untuk tips kat ats, pasni boleh praktis .. mana tau dpt join kkba event

    ReplyDelete
  22. New member kbba here... muhammad nizam , 31 , teganu.. hehe

    ReplyDelete
  23. oo..ingat kan leyh join.. blogger baru xde can la nak join huhu..sob sob..bestnye kbba

    ReplyDelete
  24. hurmmm.....apa yang kak farah kata ni semeua memang betul kak...hurm...harap yaya tetap utuh bersama Kelab Blogger Ben Ashaari ... yaya sayangkan kelab ni kak...hurm....yaya dah jatuh cinta pada kelab ni kak..hurmm....seronok dapat jumpa rakan - rakan blogger kelab ni sebab banyak yang yaya dah dapat ilmu yang cukup bermanfaat..terima kasih semua...i love u Kelab Blogger Ben Ashaari...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY