Cara Mendidik Anak Tentang Keselamatan Jalan Raya...

Sumber dari Google
Farah sememangnya sangat-sangat seriau kalau melihat kanak-kanak bermain di tepi-tepi jalan mahupun di padang permainan yang lokasinya terletak berdekatan dengan jalan raya. Walau di jalan raya depan rumah pun masih tetap seriau juga rasanya. Takut-takut jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas kanak-kanak yang terbabit semasa mereka sedang berseronok bermain. Jalan raya tu kan tempat laluan kenderaan, kalau dapat kenderaan yang sememangnya peka dan melihat keadaan sekeliling semasa memandu tak apalah... tetapi kalau dapat jenis yang di kawasan-kawasan kanak-kanak bermain pun nak tekan minyak kekononnya nak tunjuk hebat? Pengsannn.... 

Pendedahan mengenai keselamatan jalan raya perlu dimulakan seawal usia kanak-kanak. Bahaya tu ada di mana-mana tetapi dengan mengamalkan langkah keselamatan di jalan raya, kita dapat mengurangkan risiko kemalangan...Bukanlah meminta-minta, tetapi lebih kepada beringat sebelum terkena... 

Bagaimanakah dan apakah caranya di dalam mendidik anak-anak tentang keselamatan jalan raya?

1. Jadi contoh terbaik! Tunjukkan bahawa kita juga mengambil berat tentang keselamatan dengan tidak menghantar teks ketika memandu, memakai tali keledar, menghormati isyarat-isyarat keselamatan dan mematuhi had laju. Muahahaha... ok ok, Mummy kena belajar untuk tidak menghantar teks What's App ketika memandu, kalau tidak nanti Ash pula yang "sound" Mummy... Hurmm...kadang-kadang tu sebab terpaksa juga balas dan kadang-kadang tu sebab bosan. Errrr... 

2. Mengambil kira umur. Di dalam mendidik anak-anak tentang keselamatan jalan raya, gunakan bahasa yang sesuai dengan umur agar anak-anak kita tu boleh faham. Memang tak logik sangatlah kalau anak tu usia setahun lepas tu kita pergi guna terma-terma kompleks yang memang sepatah pun anak tu tak faham. Sudahnya ibarat mencurah air ke daun keladi jer jadinya. 

3. Permudahkan. Mulakan dengan menunjuk isyarat-isyarat keselamatan  dan berbincang tentang maksudnya. Kanak-kanak yang lebih besar boleh disoal tentang kesalahan-kesalahan jalan raya yang biasa seperti berjalan sembarangan, melanggar lampu isyarat, tidak menggunakan laluan pejalan kaki dan lain-lain.

4. Jadikan satu permainan. Pada hari hujan, buatkan kereta dan lori daripada kadbod besar untuk 'dipandu' oleh anak kita. Ini cara konvensional, cara moden... beli jer "big boys toys" tu... Kan banyak kereta, motor yang pakai bateri, pakai minyak sekarang ni. Hew hew hew.

5. Sentiasa peka. Sentiasa pegang tangan anak kita ketika berjalan kaki di jalan raya kerana pemandu dalam kenderaan besar mungkin tidak dapat melihat anak kita kerana saiz mereka yang kecil.

6. Bermain di tempat selamat. Dengan kawasan bermain yang semakin kurang di kawasan kediaman, ramai kanak-kanak yang akan bermain atau berbasikal di jalan-jalan pada waktu petang. Arahkan mereka bermain secara berkumpulan dan pastikan terdapat bonggol jalan yang mencukupi untuk memperlahankan kenderaan yang lalu.

7. Tarik minat mereka. Gunakan permainan komputer atau telefon bimbit untuk mengajar mereka tentang fakta penting seperti memberi laluan kepada kenderaan berat kerana kenderaan berkenaan tidak dapat berhenti dengan cepat disebabkan saiz dan beratnya, ataupun jangan berdiri di belakang kenderaan di mana pemandu tidak dapat melihat mereka. 

8. Amalkan ABC. Sentiasa berhati-hati ("Always Be Careful"). Kemalangan jalan raya akan berlaku tetapi jika sentiasa berhati-hati, kita akan selamat! 

9. Berlakon pun boleh, menggunakan kad imbas, lagu dan lakon peranan, kanak-kanak belajar berhenti, lihat dan jalan; menggunakan lampu isyarat atau lintasan yang selamat, memakai tali keledar dalam kenderaan, menggunakan pintu keselamatan dan berjalan menentang arus. 

Ada lagi cara-cara lain yang boleh dikongsikan bersama? Tengah merangka pelan aktiviti nak beri anak teruna "I is" faham tentang keselamatan jalan raya...sebabnya dia kalau kereta berhenti di lampu isyarat jer... nangis tanda protes sebab kereta berhenti...taunya kereta tu nak berjalan jer lah seadanya...Ha ha ha...habis tu tak payah berhenti? Dush dush dush... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara Mendidik Anak Tentang Keselamatan Jalan Raya..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, February 11, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

10 comments:

  1. hmm syahmi yang dah darjah 2 ni pun izwa risau lagi kalau main tepi jalan..

    ReplyDelete
  2. Jalan raya nie amat menakutkan, bagus la kita berikan tunjuk ajar atau panduan buat anak-anak ^-^

    ReplyDelete
  3. bagus didik anak tentang keselamatan pada paringkat awal

    ReplyDelete
  4. Nice sharing... pape pun ... teladan tu yg utama sy rasa...

    ReplyDelete
  5. good..mmg amt perlu pun kan..demi kslmtn ank kita..
    kena aja dri kecik..bebudak ni biasela..hyper active,ttbe je da ade kt lua uma kang..huhu

    ReplyDelete
  6. Bagus dari kecil kanak-kanak dah dididik macam ni..sebab jalan raya mmg tempat yang membahayakan...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY