Home » , , , , , , , , » "Bon Appetite!!!"... Menu Promosi 2015 Dari Delifrance Malaysia...

"Bon Appetite!!!"... Menu Promosi 2015 Dari Delifrance Malaysia...


Nantikan Pengumuman Khas Di Akhir Entri Ini Untuk Semua Pembaca Bubblynotes.Com... 

Walaupun belum ada rezeki ke Paris untuk melihat Eiffel Tower... muahaha... tinggi cita-cita kan? Tetapi tidak salah pun bercita-cita besar serta tinggi... mana tahu 1 hari nanti dapat rezeki terpijak ke kan? Mungkin ada rezeki untuk hirup udara di Paris? Ok, sambung kembali... walaupun belum ada rezeki ke Paris... Farah sebenarnya adalah seorang yang gemarkan menu-menu masakan dari barat dan salah satunya menu-menu masakan dari Paris. 

Delifrance ni bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia dan bukanlah sesuatu yang baru bagi Farah juga. Sebenarnya semenjak zaman-zaman sekolah menengah lagi kalau tak silap Farah, sekali sekala pasti menjejakkan kaki di mana-mana cawangan Delifrance yang berdekatan bersama-sama rakan sebaya ataupun rakan seperjuangan. Kalau ala-ala rasa nak menikmati makanan ala-ala Perancis ni, salah satu pilihan yang ada dalam senarai adalah Delifrance. 

Latar Belakang / Sejarah Delifrance Malaysia


Delifrance telah bermula di negara-negara Eropah semenjak dari tahun 1983. Mula memasuki pasaran Asia dengan pembukaan cawangan pertama mereka di Clifford Centre, Singapura. Yang menjadi "trademark" kepada Delifrance adalah rangkaian produk pastri mereka. Tetapi Farah akui, pastri dari Delifrance sememangnya boleh dipuji keenakkan serta kelazatannya. Cukup semua rasa. Farah suka! 

Pada tahun 1987, operasi Delifrance telah diperkembangkan lagi ke Hong Kong dan Shanghai, China. Mula mendarat di Malaysia pada tahun 1990. Yang mana kini, Delifrance telahpun bertapak kukuh di Malaysia dengan 15 buah cawangan di Malaysia dengan:

  • 11 buah cawangan di Lembah Klang: Mid Valley, Avenue K, Ampang Point, Great Eastern Mall, AEON Big Wangsa Maju, KL Festival Mall, Cheras Leisure Mall, Paradigm Mall, Tropicana City Mall, The Strand dan AEON Big Bukit Raja. 
  • 1 cawangan di Queensbay Mall, Penang.
  • 2 cawangan di Johor Bahru iaitu AEON Big Tebrau City serta JB City Square. 
  • 1 cawangan di AEON Taiping yang baru dibuka pada 14 November 2014 yang lalu. 

Menu Promosi 2015 Delifrance Malaysia



Bagi memperbaharui sajian yang disediakan serta memenuhi kehendak arus selera pasaran, Delifrance Malaysia telah memperkenalkan Menu Promosi 2015 yang terdiri daripada pelbagai sajian yang menarik serta lazat. Pihak Kelab Blogger Ben Ashaari dan Farah sendiri, secara eksklusifnya telah dijemput untuk merasai sendiri menu-menu terbaru serta menu-menu sedia ada di Delifrance, Mid Valley pada Ahad, 8 Februari 2015. Oh ya, gambar Cik Puan Bubblynotes.Com dah tentu-tentulah tak ada dalam kedua-dua gambar ini... Muahahaha... sebab sibuk "capture" gambar kan? Tetapi ada... tunggu... 

Antara menu-menu yang dihidangkan kepada kami semasa sesi percubaan makanan ("food review") di Delifrance, Mid Valley semalam adalah:  


Tuna D'Licious dengan harga pasaran RM 13.90 setiap satu. Kombinasi tuna, mayonis, kobis dan juga tomato. Pelanggan boleh memilih jenis roti yang mereka ingini iaitu sama ada baguette, butter croissant, crois-bread ataupun ciabatta.


Meatball Sandwich dengan harga pasaran RM 9.90 setiap satu. Bebola daging yang lembut disaluti dengan sos marinara yang sememangnya menjadi pilihan Farah. Bagi menu ini juga, pelanggan boleh memilih jenis roti yang mereka ingini iaitu sama ada baguette, butter croissant, crois-bread ataupun ciabatta.

Grilled Chicken Leg with Mushroom Sauce yang berharga RM 18.90, ini merupakan kegemaran anak teruna Farah...Ash... Laju sahaja dia makan...Amboiii selera Parighhh ko... ayam yang dipanggang yang dihidangkan bersama salutan sos cendawan yang sungguh menyelerakan dan juga kentang putar dan salad sebagai hidangan tambahan.

Spicy Fish served with Rice,  ikan yang dimasak dengan menggunakan kaedah "poach" ataupun rebus di dalam Bahasa Melayunya...dihidangkan bersama-sama dengan sos sambal pedas yang sememangnya sangat membangkitkan selera. Berharga RM 18.90.

Provencal Lamb Shoulder, perghhh yang ini terbaik...sangat-sangat terbaik... bahu kambing yang dipanggang kemudian ditumiskan bersama-sama dengan sos provencial yang ohsem!!! tambah pula dengan salad sebagai hidangan tambahan...salah satu menu yang mesti dicuba oleh semua orang sekiranya anda bercadang untuk menjamu selera di mana-mana cawangan Delifrance. Harga pasaran RM 28.90 sememangnya berbaloi-baloi harga dengan kepuasan apabila menikmati makanan ini. Ash makan juga! Tapi cuma makan kentang putar yang dihidangkan bersama-sama dengan hidangan ini.

Chicken / Beef Crois Bread.... Tekstur roti yang macam mana ek nak cakap? "Melt in your mouth" gittewlahh... hik hik hik... Memang layan... alternatif lain kepada Tuna D'Licious dan juga Meatball Sandwich di atas... Harga...alamakkk...tak sempat pulak nak tanya hari tu... Hua hua hua... Tetapi di dalam sekitar harga yang tidak terlalu murah serta tidak terlalu mahal. Mampu milik, mampu makan kaedahnya...

Mini Viennoiseries... yang ini memang kegemaran betul ni... (banyak betul kegemaran yer tak? Habis tu? Dah memang sedap? Nak kata apa? Makanan yang sedap itu dan sememangnya sedap itu sememangnya harus diberikan pujian kan?)... Kalau pekena dengan kopi petang-petang ni...memang terangkat... santai jer rasa... Berharga RM 60.00 untuk 24 keping.

Tanpa sebarang keraguan, bila dihidangkan Macarons yang berwarna warni sebegini... yang berwarna merah jambu itu dah semestinya Farah yang punya!!! Ha ha ha, awal-awal dah beritahu adik-adik... Yang merah jambu hakakkkk yang punya... Berharga RM90.00 untuk 30 biji. Lihatlah sahaja bagaimana gembiranya kami menikmati Macarons yang telah dihidangkan...


#ehhh Ash mana? Ha ha ha...Ada jer sentiasa di sisi Mummy... mana mungkin anakku itu diketepikan... haruslah ada...pada waktu ini... Nadia Johari  sedang melayan Ash...Terima kasih Nad... He he he...Bagi peluang pada Mummy untuk bergambar seketika... Berkerja dan menjaga anak dalam satu waktu yang sama begitulah...Nasib adik-adik Kelab Blogger Ben Ashaari sangat membantu serta memahami keadaan diri ini pada hari tersebut. Tak percaya... Ada lagi seorang yang jadi "babysitter" juga...


Haaaa, kan dah kata... cuma bergantung pada dia sama ada nak atau tidak jer lah...Amboiii, bukan main seronok bersandar pada Kak Ty ek? Terima kasih Yanty  kerana sudi tolong Ma jaga adik..Ha ha ha... Kami memang begitu... manja-manja kaedahnya...


Muka kekenyangan Ash...dah tak larat sangat dah tu... dah terlalu kenyang dah tu... #selfie itu wajib kan Ash kan? Tapiiii...

Menangissss sudahhh...Ini adalah hasil perbuatan Uncle Razi dia... Entahlah tak tau kenapa...dah berkali-kali jumpa Uncle Razi, tapi tetap dia takut dengan Uncle Razi...Setiap kali jumpa Uncle Razi, setiap kali tu jugalah dia menangis teriak macam tu...Ha ha ha...Bak kata Ayue Jean sama ada Razi kena pakai susuk ataupun kena pakai botox...Puaslah Uncle Razi tu dok kepit suara dan "acting" macam pakai tudung...Tak nakkk jugak... Dah tak sabar nak balik pun yer juga tu...

Ok bersambung kepada cerita tentang Menu Promosi 2015 Dari Delifrance Malaysia, apa yang Farah boleh katakan... makanan yang dihidangkan kepada kami semalam, semuanya sememangnya sedap-sedap belaka... dan sekiranya ada yang bercadang untuk menikmati hidangan di mana-mana cawangan Delifrance di Malaysia... komen ringkas Farah... "it's value for money!"... Makanan yang sedap, minuman yang menyegarkan dan harga yang berpatutan... Menu-menu yang Farah telah kongsikan di atas adalah sedia ada di semua cawangan-cawangan Delifrance Malaysia KECUALI di cawangan-cawangan yang terletak di mana-mana lapangan terbang. Jangan cari pula yer kalau di lapangan terbang? *_^

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, BOLEH MELAWAT KE:

LAMAN FACEBOOK DELIFRANCE MALAYSIA


LAMAN WEB RASMI DELIFRANCE MALAYSIA

"PENGUMUMAN KHAS UNTUK PEMBACA BUBBLYNOTES.COM!!!

Bubblynotes.Com dengan ini amat berbesar hati ingin memberikan 50 KEPING BAUCAR DELIFRANCE kepada 10 orang pembaca bertuah Bubblynotes.Com tidak kira sama ada anda adalah seorang blogger ataupun tidak... Semua boleh... ^_^...

Nantikan entri TRIVIA Delifrance Malaysia - Bubblynotes.Com di Bubblynotes.Com pada bila-bila masa daripada sekarang!!! "

*Trivia ringkas dan mudah sahaja... *_^... Selamat mencuba dan selamat berjaya!!! 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "Bon Appetite!!!"... Menu Promosi 2015 Dari Delifrance Malaysia..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, February 9, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. alolo ash nape nangis tu. . hehehe wah voucher tu macam best jer .. nak nak. . hehehe pape pun makanan semua nmpk sedap

    ReplyDelete
  2. Macam menarik.. best! Menu pun nyumm..nyumm.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Sama2 Ma.. Alhamdulillah , dia nak dah kat orang.

    ReplyDelete
  4. terliur tengok semua maknan tuu. sedapnyaaa :D

    ReplyDelete
  5. hahhah..ada rasa takut kat orang jugak dia tu ye??comel je dia..

    ReplyDelete
  6. Wah menarik juga menu depa la ni.

    ReplyDelete
  7. best betul menu kat sini..nak mencuba ntah bile lah kan

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY