Bila Dah Kalut Semuanya Hilang.....

Farah Waheda Wahid
8

Kisahnya hujung minggu yang lepas baru tadi ni... Tetapi hari ini, pagi ini baru teringat nak bercerita ok? Mentang-mentanglah hari ni hari terakhir bekerja, jadi "mood" pun santai-santai sahaja... ^_^... Yang paling seronoknya pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke pejabat... Jalan sangat-sangat lengang dan dah seperti ibarat sewaktu Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma pula suasananya. Barangkali ramai yang dah pulang ke kampung halaman masing-masing disebabkan cuti panjang gitewww...

Farah pula masih setia mencari rezeki sesuap nasi buat Ash dan diri sendiri...masih meneruskan tugas-tugas hakiki di pejabat pada waktu dan ketika ini... Tapi sebelum memulakan tugas kita sarapan di Bubblynotes.Com dulu... Muahahahaha... Hidup tak tenang kalau tak jenguk Bubblynotes.Com walau sehari pun...Ecehhh, dah macam bercinta ajer pulak yer tak dengan blog sendiri.

Gambar di atas adalah imej penutup botol susu Ash. Hari Ahad yang lepas, sewaktu sesi "outing" bersama-sama Ash...tak jauh pun, dekat-dekat ajer, beli barang keperluan nak masak... selepas itu pergi isi minyak, pergi 7 E, pergi mana-mana yang berdekatanlah menyelesaikan urusan-urusan yang perlu diselesaikan... Ash kan tak sihat... Jadi ragamnya lebih sedikit lah... Cerita tidak sihat di dalam entri Kini 8 Batang & Rutin Memberus Gigi... 

Bila ragam dah lebih ni... makanya, terpaksalah menuntut kesabaran yang lebih tinggi sebagai orang ibu...Ha ha ha...Bila ragam dah lebih ni, kadang-kadang kita sebagai ibu pun boleh jadi kalut tau tak? Sebab bila dengar anak tu menangis, merengek jadi agak ketidaktentuan di situ juga pemikiran...Biasalah tu, adat... tak ada apa yang nak dirungutkan...Tapi bila dah kalut-kalut macam tu, semuanya hilang... Bila dah hilang...kalut-kalut mencari tak jumpa...

Bila sesampainya di rumah... nak tutup jer botol susu, #ehhh 3 penutup botol ni elok jer ada... Tapi bila nak tutup botol susu yang satu tu...udah... satu rumah bertawaf mencari...Manalah pergi botol susu ni...Dahlah warna "transparent" kan? Dengan kondisi mata Farah yang rabun ni... bukan mudah nak cari... Kadang-kadang boleh terlepas pandang... 3 kali tawaf kot dalam rumah tu, semua celah dah cari... Bla bla bla... Akhirnya...

Semalam sewaktu rehat di pejabat, Farah turun ke "parking" sebentar untuk ambil barang dari kereta... Kemudiannya...Jeng jeng jeng.... Terjumpa penutup botol susu Ash elok terletak di bawah "compartment" meletak barang di bawah penghawa dingin kereta dan radio tu... Laaaaa...situ ke peginya... Macam mana boleh tak ingat ada kat situ... Hik hik hik...

Biasalah tu kan bila dah kalut semuanya tak jadi semuanya hilang...Kebanyakkan dari orang akan mengalami situasi ini ataupun pernah mengalami situasi ini... Kena bertenang dulu baru jumpa apa yang nak... Hik hik hik...Kadang-kadang bila dah tak fikir atau tak ingat, masa tu barulah terjumpa... Lepas tu gelak sendiri sorang-sorang sebab rasa lawak...

Ok dah tu je... untuk pagi ini...akan bersambung lagi... In Shaa Allah... 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. selamat pagi biasa la bila dah kalut kan

    ReplyDelete
  2. kalau dah kalut memang macam tuu akak :)

    ReplyDelete
  3. buat apa kerja jangan kalut hasilnya tak berbaloi..bertenang , InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. cam tue ler kalau dah kalut .. kadang -kadang depan mata pon tak Nampak

    ReplyDelete
  5. tu standard..biler cari compom tak jumpe..

    ReplyDelete
  6. memang rajin sangat hilang penutup botol ni...kalau di cari memang tak jumpa...

    ReplyDelete
  7. Hehe... Mmg tak jmpr cari dlm kalut..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !