Home » , , , , , , , » Berbelanja Dengan Cara Anda Untuk Gaya Lebih Hebat di Zolace.Com!!!

Berbelanja Dengan Cara Anda Untuk Gaya Lebih Hebat di Zolace.Com!!!


Membeli-belah dan wanita itu adalah ibarat hubungan keterbergantungan manusia dengan oksigen... ^_^... Ada ke wanita atau gadis yang tidak suka membeli-belah? Ada ke? Rasanya jarang ada wanita atau gadis yang tidak suka membeli-belah... kalau ada pun mungkin jenis yang jatuh di golongan minoriti. 

Zaman multimedia dan gajet ini, membeli-belah bukan hanya sekadar memerlukan kita pergi ke pusat membeli belah semata-mata. Sambutan ke atas pembelian atas talian juga telah meningkat dengan mendadaknya... usahawan-usahawan atas talian juga boleh diibaratkan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. 

Apa yang wanita atau gadis suka beli? Banyak sebenarnya... pakaian, aksesori, kasut, jam tangan, emas, beg tangan dan sebagainya. Jika hendak disenaraikan, memang tidak akan habis sehingga esok. Iya ke tidak? 

Apakah yang menjadikan seseorang wanita itu sangat bergaya? Sebahagian daripadanya adalah perasaan ingin bergaya dan sebahagian daripadanya lagi datang dari perasaan untuk mengikuti "trend" terkini yang mana wanita kebiasaannya akan fokus kepada kualiti dan juga aksesori yang dipakai oleh mereka. 

Oleh yang demikian, memandangkan Farah adalah salah seorang penggemar kepada hobi membeli-belah ini, he he he... sukalah kiranya jikalau Farah ingin berkongsi tentang satu laman web yang diberi nama sebagai Zolace.Com. Butik Muslimah atas talian ini adalah merupakan tempat yang menawarkan pelbagai pakaian yang berkonsepkan Muslimah mengikut "trend" semasa pasaran dan juga terdapat kepelbagaian aksesori untuk tatapan mata penggemar aktiviti membeli-belah secara atas talian. Zolace.Com menyediakan rangkaian produk yang berkualiti tinggi untuk semua gaya, personaliti serta majlis. Zolace.Com mampu untuk memenuhi semua citarasa dan juga keperluan wanita!!! 

Koleksi pakaian Muslimah adalah daripada material-material yang berkualiti tinggi seperti kain "chiffon", kapas dan juga sutera. Kepelbagaian corak serta warna-warna yang menyerlahkan lagi penampilan anda akan menjadikan anda tidak semena-mena rambang mata sehinggakan tidak tahu untuk melakukan pilihan dan serasa seperti ingin membeli kesemuanya. Itulah yang Farah rasai apabila Farah berada di laman web Zolace.Com.


Blaus Muslimah yang ditawarkan sememangnya terdiri daripada hasil kombinasi warna yang menarik untuk dipilih dan pelbagai pilihan yang boleh dilihat mengikut kesesuaian diri seseorang individu itu serta mengikut kesesuaian majlis atau suasana yang anda inginkan.


Farah juga tertarik dengan baju kurung moden seperti Romantic Resplendence. Bergaya, ringkas dan elegan... itu yang Farah dapat simpulkan. Mana-mana wanita yang memakai baju kurung moden dari Zolace.Com ini pastinya akan kelihatan hebat serta menawan. Kualiti fabrik yang tinggi, mutu penghasilan yang bagus, rekaan gaya yang cantik dan juga kemas... Sangat menarik!!!


Yang merah itu sudah Farah miliki!!! He he he...Sebagai penggemar "skirt" labuh dan juga "skirt" Muslimah , Zolace.Com menawarkan bermacam-macam jenis "skirt" Muslimah yang sangat memukau pandangan mata Farah... Seperti yang dimaklumkan, yang merah telah dimiliki, kini mata tertumpu pada yang berwarna jingga di tengah-tengah itu. Antara yang menarik di bahagian "skirt" Muslimah adalah Command the Campaign "Skirt" Muslimah yang anda boleh lihat di gambar pertama "skirt" di atas, sepasang "skirt" yang elegan yang membolehkan anda memakainya ke pejabat, parti atau majlis istimewa. Say it With Style Peplum, seperti Farah punya tu, Stop and Stereo "skirt" Muslimah seperti yang berwarna jingga di atas yang Farah bercita-cita tinggi untuk memiliki dalam masa terdekat... komen ikhlas, potongan "skirt" di Zolace.Com sangat-sangat menarik perhatian. 



Salah satu yang wajib ada di dalam "wardrobe" Farah adalah "cardigans". Bermula dari setahun yang lepas, Farah telah mula menggemari serta menyimpan koleksi "Kimono Cardigans". Farah sentiasa tercari-cari di manakah terdapat kepelbagaian pilihan serta corak "cardigans" yang bersesuaian dengan apa yang Farah kehendaki. Ternyata, Zolace.Com tidak mengecewakan Farah. Kesemua "cardigans" yang ditawarkan oleh pihak Zolace.Com sesuai digayakan di dalam pelbagai stail. Warna-waran "warm-looking", baju yang lembut , itu yang Farah dapat katakan. Pilihan Farah buat masa kini adalah Lounge and Clear Kimono Cardigan di dalam warna jingga seperti yang dapat anda lihat di dalam gambar di atas.

  
Farah suka tengok orang pakai Palazzo ni, dalam simpanan sendiri ada 2 helai. Tetapi Farah jenis yang mungkin kurang gemar ber - Palazzo. Palazzo ni cantik digayakan oleh orang yang tinggi lampai serta langsing. Al-maklumlah, bukan ke Farah ni orangnya rendang... Ha ha ha... Di Zolace.Com, terdapat Palazzo yang terdiri daripada pelbagai warna yang "vibrant" serta menarik. Sememangnya pada pandangan mata Farah, warna-warnanya adalah memukau serta memikat hati si pemandang. Kalau anda adalah merupakan pengumpul koleksi Palazzo di dalam "wardrobe" anda... Jangan lepaskan peluang ini untuk mencuba sendiri pengalaman memakai Palazzo yang dijual di Zolace.Com. 

Seperti yang diketahui umum, Farah bukanlah si pemakai tudung bawal, namun, kepada penggemar-penggemar tudung bawal, anda boleh mendapatkan koleksi tudung bawal yang kosong serta bercorak yang cantik di Zolace.Com. Tudung bawal yang dijual di Zolace.Com adalah tampak mewah, di mana anda akan menjumpai tudung bawal yang selesa untuk dipakai ketika hari-hari biasa ataupun untuk majlis-majlis yang istimewa. Tidak mengambil kira jenis gaya yang anda gemar, tudung bawal yang ditemui di Zolace.Com adalah diperbuat daripada kualiti fabrik yang premium. 

Perkembangan fesyen berubah dengan cepat sehingga kita sukar untuk mengikutinya walaupun bagi seorang "fashionista". Zolace.Com sebenarnya sedikit sebanyak memberikan pertolongan dari segi gaya, menawarkan semua berita mengenai fesyen yang kita perlu tahu untuk menjadikan gaya kita menarik dan terkini melalui artikel-artikel yang dipaparkan di blog mereka. Tak lupa melalui "newsletter" dari pihak Zolace.Com sekiranya anda mendaftar sebagai ahli, Zolace.Com bukan hanya memaparkan apa yang mereka jual, "trend fesyen" tetapi memberi tunjuk ajar kepada anda tentang cara untuk menyesuaikan atau menggayakan sesuatu pakaian itu. Anda juga tidak perlu menghabiskan begitu banyak masa dan tenaga untuk mencari pakaian yang "trendy". Apa yang anda perlu lakukan hanyalah pergi ke blog Zolace.Com dan baca mengenai fesyen dari mereka.

Ini adalah salah satu lagi pilihan pembelian secara atas talian kepada anda... Dari pengalaman peribadi Farah sendiri, material yang digunakan oleh Zolace.Com adalah sememangnya seperti yang Farah kongsikan, berkualiti, senang digosok, lembut dan sangat selesa dipakai. 

Untuk Maklumat Lanjut:

Laman Web Zolace.Com

Laman Instagram Zolace.Com

Laman Facebook Zolace.Com

Agak-agak terpikat tak dengan pilihan yang ada yang Farah telah kongsikan serba sedikit? Kalau dah rasa-rasa tergoda tu...apa lagi? Jomlah cuba-cuba cuci mata di Zolace.Com... ^_^.. Selamat mencuci mata dan selamat membeli-belah... Zolace.Com TIDAK MENGENAKAN SEBARANG CAJ PENGHANTARAN KE ATAS SEMUA PRODUK DAN TIADA ORDER MINIMUM UNTUK ANDA MEMBELI BELAH DI ZOLACE!!! *_^ 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Berbelanja Dengan Cara Anda Untuk Gaya Lebih Hebat di Zolace.Com!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, February 13, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

13 comments:

  1. cantiklahh skirt labuh tuu. adehh. ni yang rasa nak terjah ^^

    ReplyDelete
  2. teringin nak pakai cardigan kimono bunga2. mix n match dengan dress plain. cantik :)

    ReplyDelete
  3. Waaaa. . baju kurung tu lawa gilos

    ReplyDelete
  4. macam cantik je skirt labuh tu..tergoda makcik tengok..:)

    ReplyDelete
  5. o0 first time saya dengar ni bolehlah tengok2 pasni=))

    ReplyDelete
  6. haihhhhhhh rasa nak beli semua kihkih

    ReplyDelete
  7. Nak trjah juga la blh cuci2 mata hihi

    ReplyDelete
  8. tq farah...bersih sikit mata ni..hihijihihi

    ReplyDelete
  9. Saje je nk julingkan mata ai entry ni.. hehe

    ReplyDelete
  10. Macam2 skang nie, hujung jari jer sume ... Errkkk, nak terjah ker tak nie eak ... Adoiii laaa ...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia