Home » , , , , , , , » Atuk Dengan Nenek Memang Begini Yer???

Atuk Dengan Nenek Memang Begini Yer???


Untunglahhh... orang ada Atuk, orang ada Nenek ni... Untunglahhh... orang manja dan kesayangan intan payung Atuk dan Nenek ni... dulu masa zaman-zaman Mummy dia kecil-kecil tak adalah pula macam ni... Huh "jealous I" tau... 

Farah punyalah sekat-sekat penggunaan tablet dia, sebab tak nak lah jadi kes macam yang Farah pernah kongsikan di dalam entri Tak Perlu Ajar, Tak Perlu Tunjuk... yang Farah pernah paparkan satu waktu dulu... Dan nakkan Ash berdisiplin dalam penggunaan gajet... 

Nek Ma dia pula dari hari tu lagi sibuklah suruh belikan Samsung Tab 3.0 for Kids tu... La la la la... Memang Farah buat dek ajer dan buat buat tak tau... Diamkan ajer... Lama-lama ingatkan lupalah Nek Ma dan Atuk dia kan? Cukup jer pakai yang Mummy punya... Tak gitchewss... Susah payahlah Mummy ni buat permohonan beli besar gedabak tu... semata-mata untuk dia dan untuk digunakan secara berhemah...mengikut waktu dan masa yang ditetapkan... 

Agak macam kecewa jugaklah sedikit bila alih-alih petang tadi muncul pulak tablet kepunyaan dia sendiri... Sendiri yer sendiri... Bukan Mummy cemburu sebab Atuk dan Nenek belikan tablet... Tapi Mummy tak mahu Ash terlalu bergantung dengan gajet... Diluah mati mak, ditelan mati bapak... Begitulah keadaannya... Nanti kalau Farah bersuara mesti Atuk dan Nenek sentap... Huwaaa... Bila Atuk hulur pada Mummy suruh Mummy "setting" kan... Walaupun tak berapa nak seronok rasa di dalam tu... Pasrah dan redha jer lah... Iya Atuk dengan Nenek memang sayang sangat dengan cucu sulung dan cucu tunggal ni.., Tapikannn... kot iya pun... Tak perlulah membazir duit beli gajet mahal-mahal untuk Ash yang masih terlalu kecil lagi dan masih belum pandai mengendalikan gajet lagi... Huh pening-pening... Sampai tak tidur lena sangat Mummy dia ni. 

Bukan apa... satu tak nak biasakan sangat Ash... takut jadi macam entri di pautan dalam perenggan kedua di atas... kedua, mahal sangat tu... bagi usia Ash nak pegang tablet tu.... Adoiii, bukan dia reti nak jaga... (alasan jer semua ni pasal tak reti nak jaga tak nak biasakan bagai)... Seboleh-bolehnya tak nak bagi dia kenal "possession" gajet dalam usia terlalu muda... Tu nanti kalau dah mahir pakar segala bagai... Silap-silap masuk "playschool" dah mula "request" nak "semakphone"... Pengsannnn.... Oh tidakkkk!!! Iya awak tu tunggal boleh minta segala, tapi tak bermakna awak tunggal awak minta awak boleh dapat semua yer? Jangan terlalu manja dengan material sangat Ash... 

#ehhh, kenapa Ash pula? Mummylah yang kena corakkan yer tak? Pokok pangkalnya... terpulang pada Mummy ataupun Abah macam mana nak corakkan anak yer tak? Selalunya Mummy-lah.., Sebab Ash lebih banyak menghabiskan masa dengan Mummy. 

Ok, nak pulang balik tak dapat... sebab nanti Atuk dengan Nenek kecil hati... kita lakukan alternatif lain... Muahahaha.... Betul Mummy caj kan sampai penuh bateri tablet Ash... La la la la... Tapi Mummy kunci tablet Ash... Kena tunggu sampai Mummy balik baru boleh guna ok? Mudah dan ringkas kan? Kejam tak Mummy? Muahahaha... Untuk kebaikan anak juga, tak nak dia terlalu leka dengan gajet... aspek tumbesaran lain pun penting selain gajet... Kunci baikkk punya... Pakai kata laluan yang hanya Mummh seorang sahaja yang tau... 

"Well, sometimes you have to be cruel in order to be kind"... Untuk kebaikan Ash juga... Hurmmm... Mummy beri Nek Ma Ash RM400.00 sebulan bukan sebab suruh belikan Ash apa-apa... Tapi untuk simpanan dan perbelanjaan Nek Ma Ash juga... Alih-alih diam-diam dia kumpul duit, belikan cucu... Adoiii la haiiii.... Nak cakap macam mana ni? 

Atuk dengan Nenek memang begini yer? Sekali lagi tanya soalan ni... Hik hik hik... Bila Atuk dengan Nenek begini, kitalah nak kena pandai secara tak ketara "counter" balik supaya Atuk dan Nenek tak berkecil hati yo! Orang dah berumur kalau kecil hati susah nak pujuk... Nak tak nak terima sahajalah dan fikirkan alternatif lain di dalam mendidik anak mengikut cara yang kita dah gariskan... 

*Ma kalau Ma baca entri ni hari ni, "sorry" ya? Adik bukan apa... tak nak Ash biasa sangat... nanti bergantung jer pada gajet dan tak nak nanti Ash pandai mintak yang bukan-bukan dan macam-macam lagi~gitewww...Nek Ma Ash memang rajin layan blog... ha ha ha... itupun kalau ada masa bila Ash tidur... 

**Dah jadi kerja Mummy pula nak caj tablet dia setiap malam ni rasanya... 

***Salah satu darinya... tak adalah berebut dengan Mummy lagi kan? ^_*... #ehhh lupa pulak... terima kasih Nek Ma, terima kasih Atuk...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Atuk Dengan Nenek Memang Begini Yer???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, February 2, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

8 comments:

  1. Hehehee....atuk nenek memang mcm ni tau ;)

    ReplyDelete
  2. ABM punya tablet pun cikai cikai je..... no sim punya dan hanya on bila ada wifi... salah satu cara untuk ABM sekat diri daripada terlalu melekat dengan gajet.... ITUPUN kalau dah penting sangat baru bukak HOTSPOT. kihkihkih

    ReplyDelete
  3. macam macam atuk dengan nenek ash belikan ni. hehehe. kak farah kena pantau lah lepas ni :)

    ReplyDelete
  4. bestnya Ash dapat tab..ye lah senang tak berebut dengan mummy :p

    ReplyDelete
  5. Ash dah da tablet..kna kawal juga pgunannya kan

    ReplyDelete
  6. Atuk nenek yang lebih manja kan cucu dari mama papa.. Hehe..

    ReplyDelete
  7. Dilema sungguh bila jadi mcm tu kn...

    ReplyDelete
  8. Sebagai mummy, tindakan akk tu betul..kalau boleh jangan biasakan budak dengan tab

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia