Ash Pun Jadi Keliru... Nak Panggil Apa Yer???

Farah Waheda Wahid
9

Ha ha ha, kesian anak manja Mummy... keliru yer? Hurmm... Mummy pun keliru juga sebenarnya... dari semalam sampai hari ni, sampai saat ni Mummy belum dapat jawapan lagi anak oiii... Tak tau nak bagi jawapan apa pada Ash...ha ha ha... ini belum fasih bercakap dia dah muka "blur blur" pandang Mummy seolah-olah menuntut jawapan..."Mummy, Ash nak panggil abang ke? kakak ke? "uncle" ke? "aunty" ke? "confuse" ni My..."... Begitulah seolah-olah bahasa tubuh yang cuba disampaikan oleh Ash kepada Farah semalam... 

Semuanya berlaku bila mana sewaktu berjalan-jalan di Mid Valley MegaMall semalam selepas berjimba-jimba di MegaKidz Funland & Edutainment bila mana tiba-tiba sewaktu sedang beratur di Butik Aiskrim Magnum untuk semestinya beli aiskrim lah kan? Takkan beli tiket wayang pulak? Umat manusia...huyooo tak usah dicakaplah...memang sepanjang-panjang barisan kot? Alhamdulillah, ada insan-insan yang baik hati, bagi ibu dan anak ni ke depan... Hu hu hu, terharu "uolss" masih ada insan-insan prihatin di luar sana... Yerlah agaknya timbul rasa simpati pabila melihat hanya kami berdua beranak sahaja dan Farah sedang mendukung Ash yang boleh tahan ya ampun kilogramnya walaupun badan kecil molek. Terima kasih terima kasih kepada insan-insan itu... Syukan Ya Allah... Pakai "baby carier" pun tapi masih di bawah kategori dukung anak kan? 

Tapiiii... Ash dikerumuni oleh segerombolan manusia dari spesies yang itu itu.. Mereka baik hati. Mereka peramah. Farah tak ada niat nak kata yang buruk pun tentang mereka. Kita tahu itu salah, itu jalan yang mereka pilih. Errr...faham ke? Seboleh-boleh Farah tak nak sebut perkataan itu agar tidaklah menguris hati pihak sebegini...kerana mereka juga manusia biasa... ada perasaan. Walaupun ada yang kata dah biasa dah masyarakat label itu ini. Jangan tertipu dengan pandangan mata kasar yer...Mereka juga boleh terusik walau nampak seperti tidak ada apa-apa. 

Hurmm...lekalah mereka tegur Ash dan bermain-main dengan Ash... Alhamdulillah, anak "I is" tak "biased"... dia masih senyum bila ditegur dan juga masih mempamerkan kemesraan seperti biasa tanpa meletakkan kasta kepada manusia itu sendiri. Memang itu yang Farah nak tanamkan pada Ash dan didik Ash... mahu Ash baik dengan semua orang dan layan semua orang tanpa mempunyai sedikit pandangan negatif ataupun serong kepada orang lain. Sebagai ibu bapa itu tanggungjawab kita kan? Bahaya latih anak begitu? Kenalah pandai corakkan... walaupun mahu mereka berbaik dengan semua orang, kena tegaskan kepada mereka apa yang boleh diikut dan apa yang tidak boleh diikut langsung. Itulah proses didikan kan? Kalau Mummy dia peramah dan boleh baik dengan sesiapa sahaja, kenapa anak perlu jadi memilih kelas atau memilih golongan untuk bercampur gaul. Layan semua orang sama rata. Jangan ada persepsi atau tanggapan negatif, kerana kita tidak tahu berapa ramai orang di luar sana yang mempunyai persepsi atau tanggapan negatif terhadap kita. ^_^... 

Cumanya itulah... Farah sendiri jadi keliru nak bahasakan golongan sebegini apa ya pada Ash? Takut tersalah nanti tersinggung... Agak-agak lain kali boleh tak kalau tanya mereka sendiri... Ash nak panggil apa yer? Hu hu hu... 

Bayangkan kalau Ash dah fasih bercakap? Dibuatnya dia tanya depan-depan orang tu? Hamikkk...nak menjawab macam mana tu? Dush dush dush...Mesti Mummy jadi serba tak kena dan serba salah kat situ jugak dan mesti nampak depan-depan mereka yang muka Mummy berubah yer tak? Hua hua hua... 

*Salah satu kategori soalan cepu emas juga ni selain "the birds and the bees questions" yer tak? Anak-anak ni penuh dengan soalan cepu emas...Bersedia sahajalah... 

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. penuh dgn soalan cepu emas? ya mmg betul..hehehe..mmg kena get ready..

    ReplyDelete
  2. Ash namo konfius konfius. Aunty pun konfius sekali karang. :D

    ReplyDelete
  3. kte yg baca ni pun dah confius..hehe

    ReplyDelete
  4. confius juga ni kalau ade budak kecil tanya kan..@_@

    ReplyDelete
  5. errrrr makwe pun konpius sama dah ni hehehehhe

    ReplyDelete
  6. Haruu sungguh kalau nanti anak tanya depan depan.

    ReplyDelete
  7. ash comel sgt. . untung dpt mummy farah tau ash

    ReplyDelete
  8. Erk tak pernah terfikir pulak kan bab ni..ayoyo..penin gak soalan ni..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !