Ash Dah Rindu Rumah...


Ba ba cak! Ba ba cak! Dah bosan dah dia duduk hospital lama-lama dan telah nampak tanda-tanda kerinduan dia kepada rumah. Asyik suruh Mummy pasangkan semua video-video dia di rumah dan asyik cium-cium skrin tablet itu....

Alhamdulillah, setakat ini suhu badan Ash stabil dari petang semalam sehingga ke hari ini... 36 darjah celcius. Tiada lagi demam. Cumanya, masih belum boleh "discharge" hari ini kerana doktor nak pantau Ash dalam tempoh 24 jam tanpa diberikan sebarang ubat. Jika tiada apa-apa... keadaan Ash ok, tidak demam... esok sudah boleh "discharge"... Phewww.... Alhamdulillah kelegaan sudah mula beransur di dalam hati.

Harap-harapnya tiada apa-apalah... Kesian sebenarnya tengok Ash... dia dah mula bosan dan nampak ketara bahawa dia rindukan suasana di rumah. Iyalah, kalau di rumah tu dia boleh bebas ke sana ke mari. Rindu nak punggah memunggah ek? Hik hik hik...

Sepanjang berada di hospital ni, dah habis tawaf dah pun seluruh ceruk hospital ni. Sekali sesi tawaf menjadi 5 kali tawaf. Budak-budak kan cepat bosan... adatlah tu... duduk di dalam bilik seakan bosan kerana tidak bebas seperti di rumah dan ibarat terkepung. Tonton kartun sekejap, main tablet, main itu main ini, selepas itu bosan. Mulut pun boleh tahan becok juga... "Back, My... Back..." .... Ha ha ha.... tu maksudnya dia nak balik... dalam erti kata lain "Mummy... I want to go back"...

Sabar ek Ash? Sabar.. sikit jer lagi... semalam jer lagi pun kita "holiday" di hospital ni... Muahahaha... Mudah-mudahan, In Shaa Allah.... Amin...

Bukan Ash jer rindu rumah... Mummy pun... Bilik ni pun dah jadi macam rumah, penuh dengan "toys" dan juga "stroller" Ash... Baru beberapa hari... Hua hua hua... #ehhh cakap pasal "stroller"... ada sesuatu yang Farah nak kongsikan dengan semua ibu bapa... tapi tunggu na... sebab Farah masih menanti bungkusan dari pihak pengiklan... Kalau dah sampai dan telah melakukan eksperimen, barulah boleh cerita dengan lebih terperinci... ^_*

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Ash Dah Rindu Rumah..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, February 25, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. alhamdulillah..insya allah..esok boleh balik la tu...tk care dear

    ReplyDelete
  2. mudah mudahan esok ash dah boleh balik. aminn ^^

    ReplyDelete
  3. Tak lama lagi boleh balik la dah kot tu..siap boleh tawaf lagi..heheh

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY