Tips Beli Kasut Anak Kecil...


Kasut pemberian Atuk Pink Panther Ash... Ahaksss kenangan betul Pink Panther tu... Ingatkan dah tak sebut-sebut dah selepas ianya berlalu... tapi masih sebut jugak ek? ^_*... Jasa baik serta budi akan tetap kukenang sehingga ke akhir hayat kaedahnya... 

Dan kasut ini jugalah yang sedang dilenjan oleh Ash buat masa sekarang ni... Walaupun saiz 5 tetapi dah muat ko... Ahaksss... Saiz 5 untuk anak kecil lah... bukan saiz 5 untuk budak sekolah rendah atau menengah... mahupun dewasa... Ihikss... Tapi di usia setahun 2 bulan boleh dikira panjang jugaklah kaki Ash ni kan? Phewww, nanti-nanti kalau dah sekolah, jenuh beli kasut Ash ni kalau betul-betul dia terkategori di bawah kanak-kanak yang berkaki panjang... Tak giteww? Kalau nak-nak kaki tu cepat jer memanjang... Mau setahun 2 kali 3 kali tukar saiz kasut ni... Hik hik hik... Tapi tak adalah ngam ngam dengan kaki ukuran saiz kasut ni pada Ash... Adalah longgar sedikit...sedang-sedang elok orang kata... Tak apalah sekurang-kurangnya boleh pakai lama kan?

Farah memang obses sedikit tentang pembelian pakaian Ash...Tak terkecuali juga kasut... Bila lihat macam-macam pilihan yang ada, rasa macam nak beli semua jer...Ha ha ha... Majoriti ibu-ibu ada penyakit yang sama macam Farah ni kann? Dengan rekaan cantik, warna menarik dan saiz yang comel, siapa tak tergoda?

Tapi menurut satu artikel di SINI

Ibu-ibu, bapa-bapa jangan mudah terpengaruh dengan kasut-kasut tersebut kerana bagi kanak-kanak kasut bukan sekadar pengalas kaki sebaliknya ia membantu pembentukkan otot dan tulang kakinya yang masih sensitif. Apatah lagi sekiranya anak kita masih belum pandai berjalan. Kasut yang tidak selesa akan mengurangkan keinginan anak untuk berjalan.

Kasut yang hanya cantik dipandang tetapi tidak selesa dipakai boleh mengganggu pergerakan otot-otot tubuh bahagian bawah menjadi tidak terlatih dengan baik. Akibatnya ia boleh memberi kesan di kemudian hari. Sebagai ibu bapa, kita perlulah mengetahui keperluan anak ketika mereka sedang membesar. Jangan terlalu ikutkan hati membeli kasut kerana terlalu suka dengan jenama ataupun rekaannya yang menawan.

Oleh yang demikian, melalui artikel yang sama, sukalah kiranya Farah ingin berkongsi beberapa tips yang perlu diambil berat semasa membelikan anak sepasang kasut.

Fesyen
Pilih kasut yang menutup tulang mata kaki anak dan hujung kasut berbentuk bundar agar jari kaki anak mudah bergerak dan berkembang dengan baik. Elakkan kasut yang berhujung runcing kerana ia menyekat pergerakkan jari jemari kaki. Kalau ada yang ada anak perempuan, jangan terlalu cepat membenarkan anak kecil bertumit tinggi kerana ia boleh membuatkan kaki anak cenderung ke depan.

Pemilihan Bahan
Pilih kasut yang diperbuat daripada bahan yang lembut dan fleksibel namun tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Sedang-sedang lah... Bahan kulit yang lentur, merupakan pilihan yang tepat. Elakkan kasut yang diperbuat daripada bahan keras kerana ia berisiko mengganggu perkembangan tulang kaki. Ini boleh membuatkan tulang kaki anak tidak berkembang dengan baik. Sebaiknya jangan memilih kasut yang bahagian atasnya diperbuat daripada bahan plastik kerana menghalang pengewapan. Bahagian dalam kasut cenderung lembap dan kaki anak kita mudah terkena jangkitan kulat.

Ukuran
Ukuran kasut yang sesuai adalah tidak terlalu sempit dan tidak terlalu longgar. Caranya mudah, buat ukuran panjang kaki anak kita dari tumit hingga hujung jari terpanjang ditambah satu ruas jari orang dewasa. Ini penting kerana kaki kanak-kanak cepat berubah dan perlu diukur beberapa kali dalam setahun. Sebaiknya sebelum membeli kasut, cuba dahulu kasut itu di kaki anak kita dalam keadaan anak berdiri dan anak kita memakai sarung kaki. Biasanya kaki kiri dan kanan tidak semestinya sama besar. Pilihlah kasut yang sesuai dengan ukuran kaki yang lebih besar.

Bahagian Dalam Kasut
Pilih bahagian dalam kasut yang dilapisi pengalas lembut dan selesa untuk menyerap hentakan saat si kecil berjalan atau berlari di permukaan yang keras.

Tumit Kasut
Pastikan tumit kasut tidak terlalu tinggi, maksimum hanya 1cm. Pastikan juga bahan untuk membuat kasut ini adalah terdiri daripada bahan yang ringan dan empuk, tidak keras, sehingga anak kita mudah melangkahkan kaki dengan selesa.

Bukan main beli jer sebenarnya sebabkan kita ni rasakan kasut tu cantik atau menawan. Tetapi ada cara-caranya dan kaedah-kaedah yang tertentu sebenarnya. Sepanjang 1 tahun 2 bulan bergelar Mummy kepada Ash...Di dalam banyak-banyak kasut yang Ash ada Farah sukakan kasut jenama See Kai Run yang Atuk Pink Panther Ash bagi dulu seperti yang kelihatan di dalam imej di bawah dan juga entri Farah yang bertajuk "Thank You Atuk Pink Panther!!!"...Kenapa? Kerana dari segi material, "finishing" dan juga pemakaian kasut jenama See Kai Run ini, ianya telah berjaya memenangi hati Farah...Hu hu hu... Dah rasa sendiri kan pengalaman tu... Dan kasut jenama See Kai Run ini bukanlah direka saja-saja tanpa sebarang kajian tau...

Sumber dari SINI
Sumber dari SINI

Sumber dari SINI

Sila klik imej untuk tumbesaran imej yer... dengan "tagline Happy Healthy Feet"... dan dengan pengalaman Farah sendiri selepas memakaikan Ash kasut dari jenama See Kai Run ini... Apa yang Farah boleh katakan, memang sesuai "tagline" itu dan juga hasilnya. Oh ya... kasut ni pun, sangat "grip" dan adalah ciri-ciri "safety" di situ... Tak percaya, meh jumpa Ash dan cuba lihat kelebihan kasut ini. Ha ha ha... Dah macam buat entri "advertorial" pulak Farah kan? Tapi ini bukan entri "advertorial"...entri ikhlas menceritakan pengalaman sendiri... Kongsi... bukan berlagak atau menunjuk...Tak salah kan? Mana tau kot-kot ada yang terberkenan di hati? Bukan sekadar pilihan untuk mereka yang beranak lelaki sahaja tau? Anak perempuan pun ada... Pilihan adalah bagi mereka-mereka yang mempunyai anak dari umur 0 bulan sehingga 8 tahun. ^_^...

Ini pun tengah tengok-tengok untuk kasut raya Ash... Ngeee...

Sumber dari SINI
Yang pertama warna merah hitam tu... "not really" hitam, lebih kepada "dark brown" sebenarnya... Ash dah ada, Atuk Pink Panther dah bagi... tengah nak pilih yang mana lagi bersesuaian ni... hurmm... Dan harga yang dinyatakan adalah di dalam US Dollar... Kenalah "convert" sendiri yer... Boleh dibeli secara atas talian... Sebabnya rasanya See Kai Run ni tak banyak di Malaysia kot?

Ash dah melangkah 4, 5 tapak semalam... ngeeee... itu yang lagi-lagi bertambah teruja nak belikan Ash kasut tu...

*Dah macam entri 2 dalam 1 pun ada jugak ni...ha ha ha... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tips Beli Kasut Anak Kecil..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, January 28, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

14 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini. Saya sebelum ni, main beli je kasut untuk anak kecil saya. Terima kasih yer. :)

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM AKAK.
    GOOD INFO
    ...http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak farah. wahh bagusnya tips ni. boleh laa sheila pakai untuk beli kasut pertama adam. hehehe.

    ReplyDelete
  4. sgt bagus tips tu.
    skang izzat dah pun berlari.
    beli kasut memang aida titik beratkan yg selesa, bukan yg cantik...
    dari anaks ulung dulu hingga la izzat :)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih di atas perkongsian, boleh gunakan tips ni bila nak beli kasut untuk anak akak :)

    ReplyDelete
  6. hihihi zaza siap tnye mama arissa kalau nak tahu saiz kasut.. maklumlah berjauhan.

    ReplyDelete
  7. Dah start berjalan ke si Ash... lepas ni jenuhlah nak mengejar ... hehe

    ReplyDelete
  8. Mama Sha dulu ukur kaki kami atas kertas, lepas tu dia ukur je la tapak kasut tu... hehe.... nostalgianya...

    Comel kasut Ash, i like !

    ReplyDelete
  9. comel je bila anak kecil dah mula pakai kasut kan..comel kasut Ash..smart Ash pakai

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY