Sekejap jer dah 8 hari Farah mula bekerja di pejabat yang baru. ^_^... Alhamdulillah, setakat ini masih di bawah kawalan dan masih lagi terkawal... tak kiralah dari segi lambakan kerja, dari segi mental, dari segi emosi, dari segi fizikal, dari segi persekitaran dan semua-semualah... Bha ha ha... Masih di dalam proses mengadaptasi diri ke suasana yang baru dan cara kerja yang baru. Pink Panther dan pejabat lama adalah episod lama yang telah ditinggalkan... Abang Jess dan pejabat baru adalah episod baru yang baru bermula dan harus ditempuhi di dalam pencarian rezeki sesuap nasi bagi Ash dan Farah... ^_*... Tetapi episod lama tidaklah dilupakan sebegitu sahaja... perkara-perkara yang dipelajari dari pengalaman serta pembelajaran yang lepas dibawa ke masa kini.
Errr... "why do I sounded like so the" makcik-makcik...bha ha ha...Pagi-pagi dah membebel kan? Errr...pagi ke? Taklah pagi sangat... Dah mula bekerja dah ni pun... Selamat membaca buat "uolss" yang sedang membaca...
Dari pengalaman sendiri, sedikit perkongsian buat semua... tapi tak adalah hebat mana pun, sekadar berkongsi jer... Tips Baru Mula Bekerja Atau Memulakan Kerja Di Tempat Baru...
Ha ha ha, biasalah mula-mula tu mungkin akan terasa agak canggung sedikit kan? Al-maklumlah tempat baru, bukanlah perkara yang mudah yer tak? Budaya kerja yang berbeza, rakan sekerja yang baru serta bebanan kerja yang tidak diketahui "weightage"nya lagi walaupun boleh agak... antara perkara yang perlu ditangani dan diuruskan dengan baik. Semakin cepat kita menyesuaikan diri, makanya semakin mudahlah kita melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan. Tempat lama adalah tempat lama dan ianya tidak akan sama dengan tempat baru... Macam Farah katakan tadi, episod yang baru. Kita tak boleh nak samakan tempat lama dan tempat baru. Walaupun mungkin ada persamaan "here and there"... tapi ianya tetap tempat yang berbeza dengan suasana yang berbeza.
Bila di tempat baru, silalah sentiasa senyum dan beri salam kepada semua orang. Tolong ringan mulut bertanya sekiranya tidak pasti. Ini adalah fasa kita memahami rentak sekeliling yang baru kepada kita. Tak kenal maka tak cinta... Ahaksss... Tapi janganlah senyum bila orang tak pandang atau senyum, nanti orang ingat kita ni tak siuman pulak...Wakakakaka.... Ekspresikan diri anda sebagai seorang yang mudah didekati dan peramah serta suka berkawan dengan semua orang. Jangan senyap jer dan tunduk dan tak pandang sekeliling ataupun senyap buat hal sendiri... nantiiii... walaupun pada zahirnya kita tak sombong... orang akan ingat kita ni kekwat pulak "uolss"... ataupun bajet "retis", bajet "bagus"... Kita baru jadi buatlah cara kita seperti orang baru... Macam baru berpindah ke kejiranan yang baru... takkan buat hal sendiri jer kan? Hidup berjiran beradab, inikan pula di tempat kerja...
Jangan memencil diri, sertai rakan-rakan sekerja di dalam setiap aktiviti kalau boleh. ^_^...Bukanlah menyibuk, adalah caranya...masing-masing dah besar, dah matang...patut tahu sendiri kan macam mana nak kendalikan situasi ini. Mesti ada yang mengajak dan bila dah diajak tu... pandai-pandailah bawa diri. Jangan terlalu pasif ataupun terlalu dominan sewaktu berbual. Neutral sahaja.
Hormati rakan sekerja walaupun jawatan mereka mungkin lebih rendah daripada kita. Apa ada dengan jawatan kalau tak reti nak hormat orang dan tak boleh bekerja. Apa ada dengan jawatan jika tidak ada ilmu pengetahuan tentang kerja. Jangan pandang enteng dan jangan pandang rendah pada mereka-mereka yang berjawatan rendah yer? Ada kalanya mereka lebih berpengalaman dari orang yang berjawatan tinggi dari mereka ok? Tanpa mereka pun kerja boleh jadi tak jalan ooo...Mereka nilah tulang belakang penggerak sebenarnya....
Jangan memilih sangat dalam berkawan... cuba berbaik dengan semua orang. Jangan nak perasan diri tu "diva kekwat" sangat atau "retis sangat", tak kiralah lelaki ke perempuan ke. Jangan nak rasa diri tu hebat sangat sampai nak pilih pilih kawan sangat. Jika rakan sekerja kita memberi tunjuk ajar, berikan perhatian walaupun pada hakikatnya kita dah tau perkara tersebut.
Lepas tu lepas tu... kita baru, masuk ke tempat baru, kalau-kalaulah tempat tu ada konflik...alaaa, mana-mana pejabat pun ada konflik "uolss", sama jer... cuba elakkan daripada menyebelahi mana-mana pihak yer. Sila bersikap neutral. Takut nanti diri sendiri yang tersepit dan makan diri sendiri. Jangan campur!
Lain-lain? Respons cepat, rajin supaya disenangi oleh rakan-rakan sekerja dan majikan. Tanya kalau tak tau jangan jadi bodoh sombong. Jaga penampilan diri dan jaga pertuturan. Ingat yer kerana mulut badan binasa...
Hurmm...apa lagi ek? Banyak kot kalau nak pesan dan bebel, tapi setakat ni yang boleh terfikir tu jerlah...ha ha ha...kerana di saat entri ini ditaip, diri ini sudah kemengantukkan yang amat sangat adanya... Daaaaa....
Yup. Tips yang berguna untuk pekerja baru. Ada tips untuk mereka yang dah lama bekerja dan masih melakukan kerja yang sama? Hehehehe
ReplyDeletenice sharing farah...betul tu siapa pon kita hormat hormati amalan kita
ReplyDeletesaya ni nk praktikal bulan depan..kira berkeja jugak lah..takut jgj lah
ReplyDeletekalau k lily tukar keja memang blur2 lah jadi nya kan, rasa macam kembali newbie je plak..
ReplyDeleteAll the best di tempat baru farah..Take care dan maju jaya
ReplyDeleteBagus tips ni. Berguna!
ReplyDeletebanyak benda yang perlu catch up kalau duduk di tempat yang baru
ReplyDeletenice tips.. tq kak.. ^_^
ReplyDeleteGood tips sis, lya pun slalu amalkn mcm tu bila pergi ke sesuatu tmpt
ReplyDeleteNice tips kak farah..
ReplyDelete