"Sneakers" Paling Lama Dalam Simpanan...

Farah Waheda Wahid
7

Phewww... padat betul "tasks" hari ni di pejabat, sampaikan waktu rehat pun tak sempat nak belek Bubblynotes.Com... Huwaaa... rindu tau tak? Agagaga... Errr tipu jer! Tentang waktu rehat tu... Tapi waktu bekerja memang betul-betul sibuk sebenarnya... Sebab esok Farah ada "off-site meeting" separuh hari... Jadi banyak benda nak kena selesaikan hari ini juga. 

Waktu rehat pula, bersosial dengan rakan sekerja di Nandos. Cerita Nandos tu... In Shaa Allah, nanti cerita. ^_^... Ngee... Sekali sekala, bersosial di alam realitilah pula ye tak? Takkan sibuk dengan alam maya sampai jadi anti sosial pulak kannn? "No no no no no" tak sihat tu macam tu... Nanti tak ada pulak kawan Farah di pejabat karang... Ekekeke... 

Hari ini, tak rasa nak pakai pakaian formal pejabat, lagipun syarikat Farah bekerja sekarang ni etika berpakaian adalah "smart casual"... jadi, kami-kami boleh jer pada bila-bila masa pakai seluar denim dan kelihatan kasual. Al-maklumlah walaupun tak berapa nak lasak tapi boleh dikategorikan dalam kerja-kerja yang lasak jugalah. He he he... Di pejabat baru ni tiada masa untuk melembikkan diri... Memang kena cergas dan lincah pergerakkan dan semuanya harus dilakukan dengan tangkas. Istilah pakai kain dan juga stilleto ataupun apa-apa yang berukuran 3 4 inci tu tak masuk dalam kamus kerja harian yer? Ha ha ha... Makanya melaram selepas waktu kerja jerlah dan hanya "pump shoes" ataupun "wedges" yang tidak terlalu tinggi dibenarkan... "Safety shoes" lagilah amat digalakkan...

Haippp "I is" bukan kerja di tapak pembinaan ke apa... Tak apalah biarlah rahsia... Ha ha ha... Yang dah tau tu shhhh jer... "I is" tak suka sangat nak kongsi tentang pekerjaan bukan sebab rasa malu ataupun apa... tapi sebab rasanya itu adalah perkara peribadi yang tidak perlu diceritakan... Cukup sekadar "uolss" tahu yang Farah bekerja dan Farah bekerja rapat Abang Jess yang merupakan "Operations Director"... "Very very the closely" tau... Kalau tak rapat masakan dapat merasa BMW dia seperti yang Farah borak semalam... di dalam entri INI.

Disebabkan tadi kekonon "fefeeling" nak kasual... Memang pakai seluar denim jerlah... hew hew hew... Lepas tu saja-saja padankan dengan "sneakers" sepertimana yang kelihatan di dalam gambar di atas. "Sneakers" tu ada sejarahnya sendiri. Atuk Ash belikan untuk Farah semasa di Tingkatan 2 dulu... Haaa bayangkan... saiz kaki 6 tu tak berubah-ubah sampai la ni... Muahahaha...

"Sneakers" ni Farah sering pakai untuk latihan pasukan sorak selepas sekolah, pergi jenjalan dengan kawan-kawan sekolah, jenjalan dengan Nek Ma Ash dan Atuk Ash. Dan harganya cumalah lebih kurang RM 130 kot dulu. Hurmm... lama tak dari Tingkatan 2 sampailah ke sekarang kewujudan "sneakers" ni? Masa tu Sketchers tak keluar lagi rasanya...

Alhamdulillah, wujud lagi dan masih elok lagi sehingga dah beranak satu. Memang jujur, ini adalah "sneakers" yang paling lama dalam simpanan Farah dan kondisi masih elok seperti baru.... Ngeee...wink wink wink...

Tiba-tiba rasa puas hati betul sebab "sneakers" ni wujud serta masih berfungsi dengan baik... "Sneakers" kesayangan pulak tu... Kalau kira-kira ada 19 tahun dah ni... Huh memang puas hati betul... 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. lamanyaa dah kak farah. tahan sampai sekarang tuu. cayalahhh :D

    ReplyDelete
  2. pehhhhh hihihi
    lama gila tahan kak farah :O
    wowwww!!!
    hihi

    ReplyDelete
  3. ada jugak simpan yang lama2. tapi dah bekulat. kui2...

    ReplyDelete
  4. selesa pakai sneaker..senang nak bergerak buat kerja kan :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !