Home » , , , , , , » Sistem Kehadiran Biometrik...

Sistem Kehadiran Biometrik...

Sumber dari Google
Selain daripada Bilik "Mothercare" Di Pejabat? yang Farah kongsikan tempoh hari. Lagi satu yang Farah ingin kongsikan adalah tentang rekod kedatangan di pejabat menggunakan sistem biometrik. ^_^... Sebenarnya... Farah bukanlah "jakun" sangat dengan sistem rekod kehadiran di pejabat menggunakan biometrik ni. Sebelum ni, Farah pernah terbaca juga tentang perakam waktu biometrik ni di beberapa artikel dan juga beberapa blog yang lain. Di Malaysia, memang ada dipraktikkan di syarikat-syarikat yang memilih untuk menggunakan sistem ini untuk rekod kehadiran pekerja-pekerja mereka. Makanya, mesej yang ingin disampaikan di sini adalah Farah bukan "jakun" ek? Muahahaha... 

Sistem biometrik fungsinya sama dengan kad perakam waktu (ini cara tradisi) ataupun "access card" yang banyak digunakan di syarikat-syarikat di Malaysia. Tetapi berbeza dengan kad perakam waktu ataupun "access card", ianya mengenal pasti kakitangan yang masuk/keluar yang tidak memerlukan sebarang kata laluan mahupun kad dalam sesaat sahaja. Ianya amat mudah dan praktikal sebab walaupun seseorang pekerja itu tidak mahir tentang IT, dia masih mampu untuk menggunakannya.

Bagi Farah ianya juga sebagai salah satu cara dan alternatif syarikat bagi memastikan tiada sesiapa pun yang mengelat atau menipu tentang kedatangan mereka. Kalau "punch card", kita boleh suruh orang lain tolong ketukkan... kalau "access card" kita boleh suruh orang lain "swipe"kan... Tapi tidak dengan sistem biometrik... Haipp... Farah tak pernah buat kerja macam tu ek? Setakat bekerja selama 11 tahun lebih ni tak pernah lagi tau... Hu hu hu... Sistem biometrik ni memerlukan cap jari... habis tu takkanlah seseorang tu nak kerat jari sendiri semata-mata nak suruh orang lain imbas kan? 

Cerita punya cerita... muahahaha... sebenarnya pejabat baru Farah menggunakan sistem biometrik ni... Makanya setiap pagi... kenalah imbas kedua-dua belah jari telunjuk untuk rekod kehadiran ke pejabat pada hari itu... ^_*... 

*Kalau sekolah-sekolah semua dan universiti "impose" sistem biometrik ni pada para pelajar pun bagus ni... dari cara konvensional cikgu cikgi tanda kehadiran kelas setiap hari tukar kepada digital. Tugas cikgu cikgi mungkin dapat diringankan sedikit, dari konvensional kepada digital. Cukup bulan cetak sahaja rekod kedatangan... errr boleh pakai tak cadangan ni agak-agaknya? Agagagaga... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Sistem Kehadiran Biometrik..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, January 5, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

15 comments:

  1. bagus gak kalau camni.. takde sape leh neglat.. hee

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum farah, morning!
    tempat kje lama zaza pernah guna sistem ni.. tpi ada jugak jari kwn zaza yg xboleh nk scan muahaha.. jari hantu kot!. tpi tmpt kje skrg msih guna sistem punch card.. itupun kadang2 merah jugak agagaaaaaa..

    ReplyDelete
  3. Papaglamz guna excess kad.. Klu guna sistem biometrix ni msti company high klazz jer. Huhu

    ReplyDelete
  4. yg x best nye sistem ni kadang2 susah nak baca jari. hohoho

    ReplyDelete
  5. kt tempat kerja saya guna kat sistem ni tahun lepas... mmg tak boleh ngelat.. kalau lewat kna maklumkan kt pentadbir...

    ReplyDelete
  6. kat sini still lagi pakai kad dan punch card..huhuhuu..

    ReplyDelete
  7. pernah juga pakai yg mcm ni.. tp kekadang dia xdpt detact ibu jari kita. bila itu terjadi, agak leceh la.

    ReplyDelete
  8. Akk punya finger print asik tak leh baca je.

    ReplyDelete
  9. kami pakai scan card ngeee..dah macam dekat bank pulak nak kena imbas cap jari hihi

    ReplyDelete
  10. mencabar pakai finger print nih,...hehehhehe...
    kang tetibe adew terselit2 merah...
    jom follow saya ://vitaminsihatmommyzila.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. kompeni saya ada ura2 nak buat macam ni dari beberapa tahun lepas tapi tak dilaksanakan sebab tak sesuai katanya..operator tangan berminyak..
    tapi kira canggih la kan guna sistem ni

    ReplyDelete
  12. a'ah opis sy pon pakai thumbprint ni jugak..so memang xboleh nak cilok2 la bg sesapa yg suka cilok time keje tu hehe...xblh da nak suh org tlg punch ke apa .ekeke

    ReplyDelete
  13. Bagus bagus..mendidik insan jadi lebih disiplin...salam perkenalan bt farah

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY