Home » , , , , » Sidang Media MH370: MH370 Diisytiharkan Sebagai Kemalangan

Sidang Media MH370: MH370 Diisytiharkan Sebagai Kemalangan

Sumber dari Google
Semalam Farah sampai awal di rumah... Lebih kurang dalam pukul 5.30 petang macam tu... sebab ada "off-site meeting" kan? Dah habis baliklah... Selepas itu, sampai-sampai jer di rumah, sedang-sedang elok Astro Awani sedang menayangkan sidang media MH370. Sambil peluk anak, sambil tonton sidang media tu. 

Dah 327 hari dah kita semua menerima berita kehilangan MH370 dan dah 327 hari juga usaha pencarian tidak berhasil. Dan semalam, selepas 327 hari, (sehingga 28 Januari 2015) dan berdasarkan semua data yang ada serta berdasarkan keadaan yang dinyatakan oleh laporan berita BERNAMA di SINI, peluang untuk hidup di kawasan yang berkenaan adalah sangat tidak mungkin, MH370 telah diisytiharkan sebagai kemalangan. Jika tak silap Farah, ianya diisytiharkan sebagai kemalangan semoga semua ahli keluarga mangsa MH370 dapat meneruskan kehidupan mereka dan pencarian tetap akan diteruskan. 

Hidup sememangnya perlu diteruskan, tetapi rasa, perasaan itu... tidak sama kan? Lebih-lebih lagi apabila menerima musibah seperti ini. Ayah, ibu, abang, kakak, adik, suami, anak, isteri, kekasih yang dahulunya mengisi hari-hari tiba-tiba hilang sebegitu saja tanpa diketahui punca dan apakah yang sebenarnya terjadi. Apa-apa pun Farah doakan semua ahli keluarga mangsa MH370 yang terlibat tabah, cekal, sabar dan redha dengan apa yang telah terjadi. Semoga terus kuat menerima dugaan dari Allah SWT. Farah doakan yang terbaik. In Shaa Allah, Amin. 

Al-Fatihah di atas pemergian mereka-mereka di MH370 yang beragama Islam dan "my condolences" pada mereka-mereka yang bukan beragama Islam. "2014 indeed has embarked a tragedic year for Malaysia and Malaysian. As a normal human being, I do feel the sadness and I do feel all of them that were in the situations irregardless MH370, MH17 and the major flood all around Malaysia."... 

Jika kita di tempat itu... tidak kira yang manalah sekali pun...hari berganti hari, masa berganti masa, kesedihan yang melanda mungkin sukar untuk dilupuskan... dan bagi Farah...walau berpuluh ribu, beratus ribu dan berjuta pampasan yang diberikan pada ahli keluarga mangsa... kalau Farah di tempat itu, tidak ada maknanya kalau harganya adalah nyawa insan-insan yang kita sayang... Hurmm... 

Semoga 2015 ini, kita tidak lagi mendengar berita-berita yang menyayat hati dan memberikan impak yang terlalu besar pada kita semua dan juga Malaysia itu sendiri... In Shaa Allah, mudah-mudahan...kita doakan bersama-sama yer? 

Untuk maklumat lanjut dan berita lanjut boleh lawat ke:


Juga boleh baca informasi serta maklumat mengenai MH370 di laman web rasmi MH370 di http://www.mh370.gov.my/index.php/en/

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Sidang Media MH370: MH370 Diisytiharkan Sebagai Kemalangan, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, January 30, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

  1. sedih sgt..harap ahli keluarga mereka bersabar

    ReplyDelete
  2. semoga ahli keluarga mangsa tabah dan kuat :)

    ReplyDelete
  3. semoga ahli keluarga mereka tabah dalam menghadapi dugaan besar ini

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia