Home » , , , , , , , » Saya Mak Budak Dah!!!

Saya Mak Budak Dah!!!


Pertama sekali! Ingin ditegaskan! Entri ini adalah berdasarkan kejadian sebenar yang berlaku! Keduanya! Entri ini bukan entri nak "up" diri sendiri ataupun berbangga dengan diri sendiri ataupun nak perasan dengan diri sendiri! Tapi kalau perspektif "uolss" ahkak ni syok sendiri ataupun "very the confident" gitchewss... muahahaha... suka hatilah nak fikir apa punnn... Yang penting ahkak tidak begitu "uolss" ... Tidak pernah merasakan diri ini hebat, mahupun bercadang untuk menunjuk-nunjuk kewujudan serta menagih perhatian sesiapa punnn!!! Cukup rasanya Allah SWT berikan serta anugerahkan kasih sayang pada Farah. Alhamdulillah... syukran Allah atas nikmatMu tetapi ujian... 

Entri ini sebenarnya lebih kepada omelan! Huh!!! Sebelum apa-apa... saya ni mak budak dah!!! Tak nampak ke figura badan yang sememangnya seorang yang dah masuk "3 series", baya akak-akak dan isteri kepada seseorang? Mentang-mentanglah akak duduk sorang-sorang tengah-tengah malam buta dan awal-awal pagi... "uolss" kerjanya menyakat ajer ek? 

Mesti tak faham kan? Sebenarnya Farah baru saja balik pada jam 2.21 pagi tadi dari duduk di Mc'Donalds... #ehh bukan makan... tapi guna wifi yer kawan-kawan. Tolong jangan kecam "I is please".... Kenapa? Sebab memerlukam wifi disebabkan "line" internet "Celcom" semput habisssss kat rumah dan ada kerja blog yang perlu diselesaikan dengan segera! Penting sangat ke? Sampai perlu keluar rumah malam-malam buta? 

Ohooo Ash dah tidur yer... dan Abah Ash pun dah izinkan... jangan nak buat spekulasi macam-macam kalau tak tau cerita. ^_^... Yang pastinya... Farah keluar susu Ash dah bancuh, dah maklumkan pada Nek Ma Ash untuk minta tolong sebentar sebab "line" internet hancusss dan dah mendapat keizinan yang sewajarnya dari pihak yang sememangnya berhak memberikan keizinan. Lagipun, memang maklum dan tau bukan Farah keluar suka-suka. Kerja! Cari duit sampingan dan lebihan untuk Ash! Bukan untuk siapa-siapa... Kos menyara anak semakin tinggi, Ash semakin besar haruslah Mummy kena kerja keras! Tak cukup tidur itu semua belakang kira... ^_* 

Oklah... Farah duduk diam-diam di satu sudut dan buat kerja sampai siap... Tapi, tengah-tengah buat kerja tu... sampailah segerombolan anak-anak remaja lelaki bermotor. Bising!!! Dari bunyi motor sampailah ke suara mereka. Farah akui, terganggu dengan kehadiran mereka. Nasiblah fikirkan kerja. Kalau tak, dah angkat kaki dah balik tau tak! 

Lepas tu, sibuk "wooing and doing the cat calls"... Nak berkenalanlah, nak apalah, bahasakan diri abang... Farah memang tak layanlah kan? Perghhh buta sungguh budak-budak ni... Dengan akak ko muka tak siap ni pun ko nak kacau ek dik? Adoiii lahaiii... agak-agaklah... kalau akak ni "cutting model"... cun melecun takper jugak! Ok bersangka baik... jangan nak perasan sangat Farah... budak-budak jenis macam ni memang suka menyakat. 

Dah keluar malam-malam buta sendiri haruslah berdepan dengan risiko sendiri dan pandai-pandai jaga diri sendiri kan? Ok, fokus... siapkan kerja... dan kemudiannya bersiap-siap untuk balik ke rumah... Tak boleh nak mendedai di luar terlalu lama sangat... niat dan tujuan nak siapkan kerja-kerja yang penting tu jer... Kalau tak kerana kerja penting, memang tak ada maknanya nak keluar sampai malam-malam sangat macam ni.. Hurmmm... 

Cukup masa yang diperuntukkan... kemas-kemas dan bersiap untuk balik... Selepas itu... jeng jeng jeng.... "Adik-adik, akak ni dah ada anak sorang dah dik... saya mak budak dah!!!"... Denggg... berubah muka diaorang dan salah seorang dari mereka bangun datang jumpa Farah... "Kak, kami mintak maaf sebab kami tak tau... Ingatkan akak "student" UiTM. Adehhh... memanglah akak "student" UiTM adik oiii.. tapi dah "grad" tahun 2004. Muahahaha.... 

"Ok... tak apa... lain kali jangan buat lagi... tengok betul-betul dulu sebelum pasang ayat pancing..."... Dalam hati... ngekkkk... Sambil berlalu pergi nak balik fokus pada anak pulak.... 

Hu hu hu... Budak-budak tu tak adalah jahat pun... tapi gila-gila remaja gitchewsss....

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Saya Mak Budak Dah!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, January 25, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

15 comments:

  1. Hahhahhaa.... ada fefeeling macam gila2 remaja tak kak farah?? awet muda lettew....

    ReplyDelete
  2. Amboi farah kena kacau....gigih uosl tu i suka...blog jalan as usual wlpon apa jua rintangan. Syabas! irrayyan.com

    ReplyDelete
  3. awet muda ni kak...budak² memang suka menyakat tak kira sape :)

    ReplyDelete
  4. Hahaha sabo je la mak ... nak buek cano :)

    ReplyDelete
  5. Haha.. Seram jugak farah kalau kena wooi g tgh pagi macam rasa serammssss...
    Balik story kat husband next time husband mesti follow sekali sebab risauuu.. Hehe

    ReplyDelete
  6. Biasa kuar seorang risikonya tinggi farah

    ReplyDelete
  7. hahahahaha...sah2 la farah ni spesis muka cun and ala2 baby face...tak nampak macam mak budak...hehehe

    ReplyDelete
  8. hahahahaha..saje nak menyakat lah tu.. nampak kak farah sorg2.. kononnya nk temankan. hiks

    ReplyDelete
  9. Hahahha. tak sangka pulak kak Farah cakap gitu dekat diorang at the end.

    ReplyDelete
  10. haahhahaha auuwww bestnye blh fefeling muda dan anggun gtu kak..ekeke

    ReplyDelete
  11. Situasi ini memang selalu berlaku..
    Walaupun berjalan dengan anak sulong akak.
    Until depa dengan anak panggil "Mak...jom p sana"

    Terus semua pandang kot lain..

    Naya

    ReplyDelete
  12. Huhu... Hati2 ye kak... Baca doa byk2... Bebdak skrg tak kira mak budak ke bapak budak... Takut bukan stkat nk pncing je kan..

    ReplyDelete
  13. Seram juga kan. Tapi kita tau la diorang tu suka2 jer. Nasib baik ada yang gentleman juga minta maaf kan...

    ReplyDelete
  14. Hahaha tetiba pulak terasa muda kejap kan Farah hehee ..Ada lagi tu yang nak mengorat hahaha..Takpe la mmg Farah comel kan kan kan ,......

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY