Sampai Ke Tidur Dibawanya...


Dah lama dah obsesi dia pada "learning aid" yang satu ini... semenjak balik dari rumah Kak Salina Johari pada Sambutan AidilAdha Bersama #kelabbloggerbenashaari ... Haaa, bayangkan lama ke tak lama tu? Suka sangat dia dengan benda ni, sampai tak nak lepas ko...Muahahaha... Al-maklumlah di rumah belum ada "learning aid" yang satu ni... Bukan sengaja tak belikan sebelum-sebelum ini, tetapi Mummy dia yang tak lalu di ToyRUs ataupun di mana-mana seksyen di "shopping mall" yang menjual benda alah ni. Kadang-kadang tu dah ingat sekejap, bila dah sibuk-sibuk sana sini, asyik terlupa ajer... "Sorry" sayang... 

Alhamdulillah, akhirnya menjadi rezeki Ash juga akhirnya bila mana, dekat jerrrr dekat jerrrr dengan pejabat Mummy ada ToyRUs... Muahahaha...Bukan setakat Ash yang suka bila dibawa ke tempat-tempat macam ni...Mummy pun suka tengok mainan banyak-banyak ni... Denggg... 


Sekarang ni asyik leka dengan buku elektronik ni sahaja. Kalau Farah duduk tu, mesti datang mengendeng...liuk lentok sandar-sandar pada Farah suruh Mummy dia bacakan atau nyanyi sama-sama dengan dia... Biasalah, walau apa pun kenalah layan kan? Permintaan anak yang bukannya melampau...bukannya susah sangat nak baca ataupun nak menyanyi untuk anak tu... Walaupun diri sendiri rasa suara tak semerdu Dayang Nurfaizah (sebab dia menang vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 29 baru-baru ni kan?), pada pendengaran halwa telinga anak, dah tentu-tentu suara ibu mereka lah yang paling ohsem!!! #ehhh...ha ha ha... errrr, tapi betul kan? Ibaratnya kita makan makanan di kedai berbanding dengan masakan ibu, yang kita rasakan adalah masakan ibu yang terbaik kan? Kedai pun kalah... Muahahaha... 

Atuk Ash dan Nek Ma Ash saja-saja menyakat minta pinjam pun... Tak dapekkkk dik non oiii... Kejap dan kuat pegangan tangan dia pada buku elektronik milik dia tu... Sayang benau dengan buku elektronik tu... Mummy pun cuba juga untuk ambil buku tu dari tangan dia... Adoiii, dari tujuan menyakat jadi satu penyakit pulak lepas tu...ha ha ha...sebabnya nak kena pujuk dia yang menangis dengan sangat kuat... Ash kalau dah menangis "speaker" dia sangat tinggi desibel dia... Ha ha ha padan muka...sakat lagi... Kan dah kena pujuk... Ini kalau ada 2,3,4,5 orang ni, kalau satu jer benda alah ni... Mau ribut taufan melanda rumah kan? Masing-masing berebut nak... Yang jadi pening ibu bapa... Sebabnya, dah lah rumah riuh rendah lepas tu pulak mungkin ada yang pening kepala dengan hiruk pikuk tangisan kan? Tapi bagi sesetengah ibu bapa itu yang memeriahkan suasana rumah...Heeee... 

Walaupun dia seorang sahaja, tetapi masih perlu diajar berkongsi supaya tak adalah tamak haloba yer tak? Nauzubillahminzalik, moga-moga dijauhkanlah sifat tamak haloba dari mengalir dalam diri Ash... In Shaa Allah, mudah-mudahan...Amin... Yang ada adik beradik ramai tu, memang tak banyak sedikit akan mengalami masalah untuk berkongsi...Percayalah tak banyak sedikit pun mesti ada masa-masa yang itu sentap, yang ini sentap, bergaduh, merajuk... Bila tiba masa ok, oklah, bila tiba masa angin masing-masing tak elok? Huh...hamik ko...Walaupun Farah ni tak ramai adik beradik... Ash tu seorang jer...tapi boleh fikir secara logik ok? Itu masalah berkongsi dengan adik beradik...Macam mana pula masalah berkongsi dengan kawan-kawan sebaya? 

Bagaimana untuk mengelakkan masalah berkongsi ni? Sedikit tips dan panduan dari SINI

Pastikan Ada Sesetengah Barang Mainan Hanya Menjadi Milik Anak
Sebelum anak boleh berkongsi, berilah peluang kepadanya untuk memiliki dan berkuasa atas sesuatu mainan yang disukainya. Pastikan barang mainan yang menjadi kegemaran anak disimpan di tempat tertutup supaya kita tidak perlu memaksa anak untuk berkongsi mainan tersebut. Ini juga akan mengurangkan punca perebutan di antara anak dah rakan-rakannya.

Modelkan Perkongsian Kita Dengan Kawan-Kawan.
Tunjukkan kepada anak bahawa bukan dia sahaja yang diharapkan boleh berkongsi tapi kita juga sebagai ibu bapa wajar boleh berkongsi. "I think he will learn and cope with this very well with me..." Ahakss... *_^

“Tadi Auntie Yati pinjam buku resepi Mummy”

Berbual Tentang Makna Berkongsi 
Beritahu anak-anak bahawa ‘berkongsi’ ialah satu perbuatan yang baik dan orang yang boleh berkongsi akan disukai ramai.

“Mummy suka dan gembira melihat Ash dan Naznin berkongsi kereta mainan itu dan bermain bersama-sama dengan baik”

Membuat Peraturan
Sebelum kawan-kawannya datang ke rumah, seeloknya kita buat peraturan dan memberi penjelasan supaya anak faham.

“Ash atau sesiapa saja boleh mengambil dan bermain dengan mainan yang tidak dipegang oleh sesiapa. Kalau Naznin pegang mainan tersebut, orang lain tak boleh ambil tanpa kebenaran”

Memahami Bahawa Anak Mungkin Dapat Berkongsi Bermain Dengan Lebih Baik Jika Dia Berada Di Rumah Kawannya.
Anak kita mungkin akan jadi kurang agresif jika berada di rumah orang lain apabila dia tahu mainan tersebut bukan seratus peratus miliknya. Ini perlu diterangkan oleh ibu bapa sebelum pergi ke rumah orang lain untuk bermain.

Menyedari bahawa berkongsi termasuk dalam sistem perkembangan kanak-kanak
Anak tidak boleh dipaksa dan digesa untuk berkongsi. Ibu bapa harus bersabar memberi didikan kerana kesannya tidak boleh dilihat dalam masa sehari. Biasanya, anak pada usia 3-4 tahun mula berkongsi tanpa perlu diberi peringatan oleh ibu bapa.

Menyelesaikan Masalah/Apa Yang Perlu Dibuat

Menyelia Anak Yang Berusia 1 - 2 Tahun Bermain
Anak yang berusia kurang dari 3 tahun tidak boleh diharapkan untuk berkongsi. Awasi dan selia ketika mereka bermain untuk membantu jika terjadi perebutan. Mereka masih kecil untuk menangani masalah itu sendiri.

Menetapkan Masa
Apabila terjadi perebutan atas satu mainan, kita boleh tetapkan masa atau jam loceng. Contohnya setiap anak diberi masa 10 minit untuk bermain dengan mainan tersebut. Apabila cukup 10 minit, jam loceng akan berbunyi dan mainan tersebut harus diserahkan kepada rakan yang lain untuk bermain. Melalui cara ini, anak dididik untuk bersabar mengambil giliran.

Jauhkan/Ambil Mainan Yang Jadi Rebutan
Jika satu mainan menjadi rebutan, ambil mainan tersebut sambil menerangkan kenapa kita bertindak demikian.

“Mainan ini jadi masalah "so" Mummy ambik dan letakkan di atas meja ini supaya tiada masalah lagi.”

Jika anak terus bergaduh tentangnya, simpan mainan tersebut untuk menunjukkan bahawa jika mereka tidak boleh berkongsi, tiada siapa yang boleh bermain dengannya.

Perkara Yang Tidak Sepatutnya Dibuat

Jangan Naik Darah/Marah
Ingatlah bahawa anak akan belajar berkongsi apabila dia telah bersedia, bukan apabila kita memaksa dan menggesanya. Apabila kita nampak anak kita berkongsi sekali sekala, itu menunjukkan dia telah bersedia untuk itu dan haruslah kita memberi galakan dan dorongan.

Tidak Perlu Menghukum Apabila Kadang-Kadang Anak Tidak Berkongsi
Ada masa-masanya anak kecil tidak mahu berkongsi. Jika ini berlaku, adalah lebih baik mengambil mainan tersebut daripada mengenakan hukuman keras ke atasnya. Dengan cara ini, kita meletakkan masalah kepada mainan bukan kepada anak.

Begitulah seadanya sedikit perkongsian tentang mendidik anak belajar berkongsi... Walaupun Ash seorang trang tang tang...tak bermakna tak perlu diajar yer tak? In Shaa Allah, semoga cukup dan lengkap segala aspek dan semoga Allah permudahkan Farah di dalam urusan mendidik Ash. 

Ha ha ha, dah bebel panjang-panjang dengan selitan tentang berkongsi tu... balik pula pada intipati tajuk utama entri ini. Kira halallah ek? Entri 2 dalam 1? 

Sambungannya... keobsesan dia pada buku elektronik tersebut dibawa sampai ke tidur "uolss"... Bukan main lagi peluknya... Dan Mummy pun tiba-tiba rasa "tacing" pulak...Ho ho ho...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Sampai Ke Tidur Dibawanya... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, January 30, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. suara mummy ash sedap tu yang ash nak dengar selalu. hehehe

    ReplyDelete
  2. betul tu anak yg masih sorang ni kena latih sifat berkongsi dan berkawan...kdg2 jadi risau takot anak xblh berkawan sbb slalu dirumah sorang2..tapi so far Alhamdulillah my doter can make frens dengan bdk2 lain...

    ReplyDelete
  3. hai Ash!! seronok dapat toys baru yerrr=))

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum akak.
    singgah dari adik..
    ~http://jmbelog.blogspot.com/2015/01/segmen-berkenalan-by-dr-shikin.html

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY