Home » , , , , , , , » Salah Satu Perkara Yang Tidak Akan Dilakukan Di Hadapan Ash!!!

Salah Satu Perkara Yang Tidak Akan Dilakukan Di Hadapan Ash!!!


Salah satu perkara yang Farah tak akan lakukan di hadapan Ash adalahhhh... ha ha ha, gelak dulu sebelum apa-apa ok?... Bersolek di hadapan Ash!!! Laaaa...tu je nak cerita, ingatkan apalah tadi kan? Cerita tentang bersolek di hadapan anak pun boleh... Hik hik hik... 

Sebab musabab yang membuatkan Farah tak  nak bersolek depan Ash? Dah tentu-tentulah sebab yang dah terang lagi bersuluh... Tak nak budak kecik tu mengikut pulak teknik-teknik bersolek Mummy dia. Ha ha ha...Bahaya ooo... Anak-anak yang kecil ni kan suka memerhati dan mudah mengikut. 

Jadi sebelum dia mengikut perkara-perkara yang tak sepatutnya diikut adalah sangat dianjurkan kepada diri sendiri supaya mengelakkan perkara ini dari terjadi... Bukan apa Ash tu kan lelaki, memanglah ada sesetengah orang kata, alahhh... kecik lagiii, tak apa biarkanlah macam tu, dia mengikut waktu kecil tak semestinya terbawa-bawa sehingga dewasa. Huh... memanglah... tapi tak naklah tengok Ash tu jadi Suamiku Encik Sotong... errr... mudah-mudahan tidak... Ekekekeke... 

Ash memang rapat dengan Farah, dan Farah risau kalau dia mengikut teknik-teknik bersolek Farah tu... Bha ha ha... Tak naklah bila umur dah 2 tahun ke atas nanti, tiba-tiba sebelum keluar ke mana-mana, tetiba pergi ke meja solek lepas tu cari 'loose powder' Mummy lepas tu pakai sebelum keluar...Huwaaa, nangis Farah kalau Ash macam tu... In Shaa Allah,tak tak tak... Hu hu hu... 

Salah satunya sebab nak selamatkan alat solek dari terbazir macam tu saja pun yer...ha ha ha... kalau tak bersolek pun...takut patah gincu dan bedak berterabur ' uolsss'... Kalau yang Silkygirl ke Maybelline tak apa lagi... kalau kena yang Bobbi Brown? M.A.C.? Dior? Huwaaaa...nangiss.... Ihikss...

*Mulakan pagi dengan entri 'ramblings' dan bla bla bla... *_^... Selamat menempuh hari semua... Semoga hari ini adalah hari yang baik buat kita semua... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Salah Satu Perkara Yang Tidak Akan Dilakukan Di Hadapan Ash!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, January 6, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

13 comments:

  1. Jangan la jadi sotong...hihihi
    Irra ada kenal seseorang yang mmg dikenali agak lembut dr zaman sekolah lagi. Skang dia keje kat UK. tgk gambar2 bahaya nyaa. Kat sana kan semua boleh buat... Harap2 dia tak buat la perkara bukan2..

    ReplyDelete
  2. haha.. nasib baik kak Farah ada fikir pasal ni.. memang budak2 mudah terikut apa yg kita buat.. tak boleh pandang sebelah mata je kan ^^

    ReplyDelete
  3. Hehe.. Betul.. Mencegah lebih baik dr mengubati.. ;p
    -Reena

    ReplyDelete
  4. Haha...ingatkan apa lah perkara tu! Tapi betul tu Farah...jgn sesekali dedahkan atau biarkan ia bermain dgn peralatan dan aksesori wanita kpd Ash...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum farah morning... setuju dgn farah!!

    ReplyDelete
  6. hahahaha. puas pulak kang kalau ash ikut mummy bersolek jugak. comelnyaa lahh budak kecik ni. :D

    ReplyDelete
  7. btul3... bende2 gini kdg2 kite tak perasan pun mempengaruhi atau membentuk si anak... yer laa... asyik tgk mak jer bersolek... ank pun nak menerai... nak melawa gak...

    ReplyDelete
  8. hihi...nampaknya kite pun kena set untuk tidak akan buat depan Thaqif jugak la.

    ReplyDelete
  9. Haha..setuju...Qaisara pun sekarang dh pandai request nak pakai lipstik..Pengsan!

    ReplyDelete
  10. Baby girl tak apa lagi, tapi kalau boy, parah..sat lagi dia pun nak try lipstick..aduhh

    ReplyDelete
  11. anak-anak memang cepat mengikut...saya pakai bedak J&J kat muka pon, Amir dah mula mintak nak letak jugak...yang lain2, memng tak buat la depan dia...^_^

    ReplyDelete
  12. Hahahahahh betul nanti kang terrpakai liptok pulak ekekeekee

    ReplyDelete
  13. haha... risau la tu maknya tu.. hehe... anak2 ai pmpuan kot.. jadi ai biarkan...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY