Home » , , , , , , , , » Rotan Anak Satu Kesalahan Jenayah???

Rotan Anak Satu Kesalahan Jenayah???

Sumber dari Google
Semalam memang panas isu ni... tapi hari ni adakah masih panas ataupun suam-suam kuku? Tak sempat pulak semalam nak sibuk-sibuk mengomel sama tentang isu yang tiba-tiba muncul ni... Menurut sumber di SINI, merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.

Dan petang semalam pula, melalui sumber di SINI, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik sebagai berkata cadangan untuk menjadikan tindakan rotan anak sebagai satu kesalahan jenayah belum dimuktamadkan.

Setiap orang pasti ada pandangan masing-masing ke atas isu ini kan? 

Lihat komik ringkas yang Farah pinjam dari Google di atas... Hurmm... Tak mustahil situasi ini akan berlaku... Merotan anak sebenarnya bukanlah bertujuan untuk mendera tetapi mendidik. Jika ada ibu bapa atau sesiapa sahaja yang merotan anak-anak tanpa sebab yang munasabah dan merotan sehingga menimbulkan kecederaan serius, itu bukanlan mendidik...itu menandakan si pelaku hilang kewarasan kotak pemikiran dan tidak dapat berfikir secara munasabah. 

Mungkin tujuan cadangan untuk menjadikan tindakan rotan anak sebagai satu kesalahan jenayah ini dilihat dari perspektif untuk mengelakkan kes penderaan, kematian atau kecederaan serius pada anak-anak yang tidak berdosa.  Dan mungkin juga pencadang kepada isu ini, melihat bahawasanya sudah tiba masa untuk menghapuskan sistem pendidikan anak yang mungkin dianggap "ortodoks" atau tidak boleh digunapakai lagi dalam suasana kini serta lebih memandang kepada pendekatan yang lebih matang, holistik, juga psikologi.

Akan tetapi, dari satu sudut yang lain pula... cadangan ini pastinya ada sudut kontranya seumpama komik di atas di mana anak-anak mungkin akan menjadi seseorang yang sukar menerima nasihat orang lain, tidak mahu menerima pendapat orang lain, risiko untuk anak-anak berbuat suka hati kerana mereka merasakan ada sekuriti pada diri mereka yang walau apa pun yang mereka lakukan mereka tidak akan dimarahi dan tidak akan dirotan. 

Farah pasti ramai yang masih ingat lagi kisah pasangan Sweden tu kan? Hurmm... Yang kami-kami bergelar ibu bapa ni makanya terasa seperti apa? Selama kini, bagaimana corak ibu bapa mendidik anak-anak adalah terletak di tangan ibu bapa itu yang tersendiri...tetapi kini bila berbunyi sahaja cadangan menjadikan rotan anak sebagai satu kesalahan jenayah ni... Pastinya ibu bapa ibarat terkunci satu langkah di dalam mendidik anak-anak dengan kaedah rotan ni kan? Pastinya para ibu bapa terasa sesuatu di hati giteww kan? Terdetik sesuatu... 

Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik itu adalah satu sunnah. Sedikit perkongsian dari sumber di SINI...

Pandangan berikut ialah semata-mata panduan daripada sudut fiqh. Perbincangan mengenai memukul anak ini perlu dilakukan menyeluruh, termasuk bagaimana pengasihnya nabi ke atas kanak-kanak, dan juga elemen psikologi yang lain.
1. Merotan atau memukul dibenarkan taktala anak mula berumur 10 tahun
Sabda nabi:
مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر
(Ajar anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun). (Riwayat Abu Daud)

2. Tidak melebihi 3 kali bagi hukuman rotan biasa, atau 10 kali bagi hukuman qisas.
لا يجلد فوق عشر جلدات الا في حد من حدود
Hadith Abu Hurairah, Sabda Nabi: Tidak boleh merotan melebihi 10 kali melainkan pada hukum hudud (Hadith Bukhari)
Menurut Umar Abdul Aziz: Guru-guru tidak boleh merotan melebihi 3 kali, kerana ianya boleh menimbulkan fobia dan kebimbangan kepada kanak-kanak.
Menurut al-Dohak: Apa-apa sahaja pukulan atau rotan yang melebihi 3 kali, maka ianya adalah qisas.

3. Rotan itu tidaklah terlalu keras, tidak pula terlalu lembut atau basah/lembab, sehinggalah boleh meninggalkan bekas dan kerosakan yang teruk pada kulit.
عن زيد بن أسلم : أن رجلا أعترف بنفسه بالزنى على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم فدعا رسول الله صلى الله عليه وسلم بسوط فأتي بسوط مكسور فقال : (فوق ذلك) فأتي بسوط جديد لم تقطع ثمرته فقال : (بين هذين) فأتي بسوط قد لان وركب به فأمر به فجلد
Diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam katanya, seorang lelaki telah mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW maka Rasulullah meminta sebatang tongkat untuk disebat lelaki itu, apabila tongkat yang dikehendaki dikemukakan kepada baginda Rasulullah SAW. didapati tongkat itu pecah-pecah, lalu baginda minta tongkat yang lain, apabila tongkat yang kedua dibawa kepadanya didapati pula tongkat itu daripada dahan kayu yang baru dipotong, Rasulullah SAW menolaknya lagi dan meminta tongkat yang sangat sederhana yang tidak keras, Rasulullah SAW menerimanya dan memerintahkan supaya disebat dengannya. (al-Muwatta’)

4. Cara merotan menurut Syeikh al-Faqih Shamsuddin al-Anbani:
i. Memukul di tempat yang berbeza, bukannya pada satu tempat di badan manusia sahaja.
ii. Memanjangkan tempoh rotan pertama dengan yang seterusnya.
iii. Tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya.

5. Tempat dibenarkan memukul: semua anggota badan kecuali kemaluan dan muka (tambahan al-Ahnaf: seluruh kepala)
Kata Ali ketika menjatuhkan hukuman had ke atas peminum arak: Sebatlah seluruh anggota badan tetapi elakkan muka dan alat kemaluan.
عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : (إذا ضرب أحدكم فليتق الوجه) رواه أبوداود.
Sabda Nabi: Sekiranya seseorang itu merotan, elakkan wajahnya (Abu Daud)
Sebahagian ulama’ salaf mencadangkan agar dirotak di tapak tangan dan kaki.

6. Berhenti seketika sekiranya yang sedang dirotan menyebut nama Allah.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : قال صلى الله عليه وسلم (إذا ضرب أحدكم خادمه فذكر الله فارفعوا أيديكم) رواه الترميذي
Daripada Abi Sa’id Al-Khudri, Sabda Nabi: Sekiranya kamu merotan (dengan sebab) akan pekerja kamu, kemudian dia menyebut kalimah Allah, maka tangguhkan dahulu. (al-Tirmizi)

7. Jangan merotan dengan penuh emosi kemarahan
Riwayat Abu Bakar: Janganlah menjatuhkan hukuman sekiranya berada di bawah kawalan emosi marah.

Pendapat peribadi Farah... hurmm... kalau nak jadikan tindakan merotan anak tu sebagai hukuman jenayah, eloklah dikhususkan kepada tindakan yang lebih ketat, berat dan serius untuk semua masyarakat yang merotan anak-anak yang tidak berdosa yang boleh mengakibatkan kecederaan serius, kematian dan sebagainya. Sedarkan semua golongan dan pihak, lancarkan kempen untuk mewujudkan kesedaran tentang hukuman yang amat-amat berat menanti sekiranya itu berlaku. Tetapi, kalau nak jadikan tindakan merotan anak tu sebagai jenayah bagi ibu bapa yang bertujuan mendidik anak-anak serta mengikut kepada sunnah... rasanya cadangan ini tak boleh diterimapakai kot? Tujuan ibu bapa itu mendidik bukannya mendera... Selagi terkawal, selagi tidak mencederakan... rasanya tidak perlu ibu bapa itu dijadikan sebagai penjenayah... Errrr...ke Farah salah... 

Ini cuma sekadar pandangan dan pendapat peribadi Farah... tidak ada niat untuk mempropagandakan isu ini... Tetapi seelok-eloknya, sebelum perlaksanaan dilakukan wajarlah kiranya setiap sudut dan segi dititikberatkan dan diambil kira...Bukannya Farah menggalakkan anak-anak dirotan tetapi ada ketika dan masanya anak-anak perlu diajar dengan cara begini. Iya, Farah percaya dengan pendekatan tegas tanpa rotan...tetapi tidak bermaksud Farah "against" rotan... Huk aloh... Akak kecil-kecil dulu apa yang tak kena "uolss"...rotan halus, rotan tebal, penyangkut baju... dush dush dush... Itu kira benda kecik-kecik jer nakal akak tau tak... Kalau besar kesilapan...ho ho ho... memang tak keluar bilik lah takut...Takut sangat kena rotan... 

Apa pun...kerana rotan itulah Farah menjadi Farah yang sekarang... Didikan Nek Ma Ash dan Atuk Ash... Haippp, ingat jadi anak tunggal jadi "spoilt brat" ke? "No no no no no"... Marah tetap marah, sayang tetap sayang... Kena faham, kadang-kadang tindakan ibu bapa itu kerana terlalu sayangkan anak dan nak anak jadi sesuatu yang positif dan berguna...Bukannya suka-suka nak rotan macam tu ajer... Yang suka-suka tu pastinya ada masalah mental... Betul tak? Dari mana cadangan ini datang, pastinya adalah ibu bapa juga... makanya tentu faham merotan itu tidak semestinya jenayah... Mungkin ada sesetengah ibu bapa itulah cara mereka di dalam mendidik anak... 

Dan mungkin bagi Mummy macam Farah ni, ha ha ha... cukup sekadar senyap dan pandang ajer tingkah laku Ash... ^_*... Automatik dia akan tunjukkan muka rasa bersalah... Datang pada Farah, peluk dan cium pipi Farah... Tu pun dah cukup... Farah secara peribadi bukanlah seseorang yang berpotensi merotan anak... sebabnya itu bukan diri Farah... Farah lebih kepada ketegasan... In Shaa Allah, semoga dipermudahkan untuk kita semua di dalam mendidik anak-anak masing-masing... 

*Apasal terpanjang sangat ni? Ihiksss... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Rotan Anak Satu Kesalahan Jenayah???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, January 27, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. setuju dengan pandangan akak. ada masa rotan ni kena guna jugak. bukanlah sepanjang masa kan.

    ReplyDelete
  2. Memang jadi isu panas ni..tak patut dilaksanakan..nanti anak anak makin menjadi² lak buat salah..bahaya..

    ReplyDelete
  3. farah setuju dgn pendapat akak.. biarlah dikhususkan jika mendatangkan mudarat..kalau setakat rotan biasa2 tue biarlah.. nnti anak 'mua' ja....=D

    ReplyDelete
  4. Sda pro dan kontra nya.., tpi ini bru cdgn,, tpi rmai yg meltah...

    ReplyDelete
  5. Rotan bertempat takpe la.. Tak rotan langsung nnt jadi mcm cerita anakku sazali plk..huhu

    ReplyDelete
  6. Diharapkan undang-undang baru yg bakal dipinda nnt lebih rasional dan bersifat adil kepada semua..wallahualam

    ReplyDelete
  7. ada banyak lagi cara nak mendidik anak selain merotan klau dah menjadi kesalahan kan..istilah merotan juga besar skopnya..mungkin merotan hingga mendatangkan kecederaan fizikal..yg dimaksudkan mereka..apa2 pun moga di pertimbangkan sebaiknya

    ReplyDelete
  8. kalau bukan sebab rotan, saya tak jadi seseorang yang berguna hari ini.

    ReplyDelete
  9. Sama la kita Farah..Lya kadang2 buat mata buat muka garang anak2 takut gak..Diaorang automtik senyap..Lya mmg tak rotan anak2 tapi selalu pegang jer nak takutkan diaorang ..Kita rotan bila dah sampai masa yang sepatutnya kita rotan hehehe .. Tapi bab undang2 yang baru ni Lya rasa cam tak sesuai la ngan budaya Malaysia ..Just pandangan jer hehehe

    ReplyDelete
  10. Kalau rotan bertempat tak salah, kalau yang nak mendera dan sebagainya yang tak boleh.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia