Riadah Hujung Minggu Di Kids E-World, The Gardens Mall

Sumber dari Google
Hujung minggu tiba lagi!!! Bosan ke? Tak tau nak ke mana dengan anak-anak dan melakukan aktiviti kekeluargaan disamping mengeratkan kasih sayang sesama keluarga? Ni nak kongsi cadangan ni... Itupun kalau rasa nak pergi ler... Farah sekadar mencadangkan sahaja, tak pun boleh buat rujukan pada masa akan datang... manalah tau kot-kot kan? Farah tak sampai lagi...tapi merancang untuk menyampaikan diri kami berdua anak beranak ke sini... Sini? Sini tu mana? Kids E-World di The Gardens Mall... Ini kalau Ash pergi ni mesti seronok dia ni... Tapi bukanlah sekarang... minggu ni, minggu depan #ehh jap semak kalendar... muahahahaha... nampak nau tunggu gaji masuk tak kiralah gaji kerja pejabat ke, gaji blog ke... ^_*... In Shaa Allah... Amin... 

Sumber dari SINI
Apakah Kids E-World ni? Tempat apa? Seperti yang kelihatan pada imej yang ditempek di atas... ianya adalah sebuah pusat rekreasi kekeluargaan, tempat bersosial bagi anak-anak dengan rakan-rakan sebaya ataupun di kitaran mereka yang dilengkapi dengan alatan permainan yang cukul lengkap serta ditutupi dengan "pad" tebal di lantai bagi keselamatan anak-anak. Ianya adalah salah satu pusat perkembangan anak-anak yang menggunakan pendekatan holistik. Bukan sekadar tempat rekreasi, tetapi juga Kids E-World ada menganjurkan seminar ataupun "workshops".

Tapiii! Selain dari itu... boleh jer nak adakan apa-apa acara ataupun majlis di sini... Contohnya majlis sambutan hari lahir... 

Sumber dari SINI
Boleh juga nak tengok tempat tu dulu kan? Mana tau kalau-kalau bersesuaian pula nak buat majlis sambutan hari lahir Ash bulan November 2015 ni nanti. Iya... tahun ini In Shaa Allah ada makan-makan untuk hari lahir Ash... Nanti kalau jadi, kalau ada rezeki Farah jemput yer siapa-siapa yang sudi. Rancang sahaja dulu, jadi ke tidak ke.., kita serahkan pada Allah SWT sahajalah dulu. Ngee... 

Berapakah harganya untuk masuk ke Kids E-World ini? Meh kongsi sikit... 

Sumber dari SINI
Itu menurut laman webnya... tapi kalau naik lagi harga tak taulah kan? Untuk majlis pulak? Sila rujuk laman web mereka yer? Segala informasi ada di situ... kalau yang tak ada tu kenalah hubungi mereka untuk kepastian. 

Farah agak tertarik dengan kursus dan juga "workshop" yang ditawarkan, antaranya... "Art Education" - 6 hingga 12 tahun, animasi - 8 hingga 12 tahun, tarian - 3 hingga 10 tahun, Kindermusik - 0 hingga 7 tahun, terapi muzik, "Speech & Drama' dan sebagainya. 

Kalau-kalau rasa berminat, boleh baca dengan lebih jelas di laman web mereka di SINI... lengkap dan jelas... 

The Gardens Mall:

FF-202, 4th Floor,
The Gardens Mall,

Mid Valley City, 59200 KL.
03-2202 1232 / 012-389 7677

IPC Shopping Centre
Lot S3E, 2nd Floor,
IPC Shopping Centre,
Mutiara Damansara, 47800 PJ. 
03-7731 0744 / 012-728 2777

enquiries@kidseworld.com.my

Ini jangan-jangan bila Ash pergi sini ni, silap-silap tak mo balik... ^_*

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Riadah Hujung Minggu Di Kids E-World, The Gardens Mall, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, January 16, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. memang seronok ni kalau bawak budak budak pergi :D

    ReplyDelete
  2. haishhhh...melompat lar budak2 kalau dapat ke sini...hihihih

    ReplyDelete
  3. bagus untuk anak2 nih..Bila beraktiviti ditempat macam ni buat anak kita lebih seronok nak meneroka macam2 benda di sekeliling dia..

    ReplyDelete
  4. Bestnye.. Macam bapak diecpun nk main sekali.. HeheeHehee

    Awak.. Jom la join GA Papaglamz..
    RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ

    ReplyDelete
  5. Suka la budak-budak kalau ke sini ya!

    ReplyDelete
  6. Kid's e-world nie ada gak dekat Ikano Power Center.. tingkat atas ... bagi yang duduk dekat2 mutiara damansara/the curve/ikea... sinie lagi dekat... tak pernah masuk.. pernah tengok orang je.. hehe

    ReplyDelete
  7. Menarik jugak nie ... Boleh ler santai bersama anak2 ...

    ReplyDelete
  8. Cnfirm anak2 tak nak balik klu dh pergi melainkan selepas puas dan penat aje.. Tpi ada ke istilah pnt kalau main tu kn..seronok je dia tahu..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia