Restoran A&W Seksyen 52, Petaling Jaya... Adakah Ianya Telah Dirobohkan?

Farah Waheda Wahid
12
Sumber dari Google
Wohooo...tiba-tiba teringat pula tentang berita yang mengatakan Restoran A&W Seksyen 52, Petaling Jaya yang akan dirobohkan untuk pembangunan baru pada akhir bulan Disember 2014 yang lalu. Tiba_tiba teringat sama ada dah dirobohkan ataupun tidak ni? Al-maklumlah, sejak sejak dah tak menghadap dan dah tak lalu A&W ni (sekarang ni masih dekat tapi arah bertentangan dengan A&W, bahagian ke belakang sedikit...errrr..."uolss" faham ke apa yang ahkak cuba sampaikan ni...ekekekeke...tak apalah, abaikan sahaja...bha ha ha)... makanya tak nampaklah perkembangan apa ceritanya A&W ni sekarang...Ini nak kena tanya Hanim Hashim ni...sebab beliaulah yang menghadap hari-hari kat situ sekarang... Mesti nampak kan? ^_*... Tak kesampaian hajat nak bertemujanji di situ mahupun di Kompleks C... dari kerja daerah situ sampailah ke daerah ke tepi sikit ni... Ekekekeke... Sudahnya jumpa di aktiviti Kelab Blogger Ben Ashaari  jugak "weollss" hari tu di Mid Valley. Errkkk..alamak, cerita tu tak cerita lagi... habislah habislah... #oopsss... 

Ok sambung cerita A&W yang penuh bersejarah ni.. kalau nak rujuk berita tahun lepas tentang A&W ni boleh baca sama ada di SINI ataupun di SINI. Bangunan A&W ni memang "legend uolss"...dari zaman-zaman mak abah kita bercinta lagi dah wujud dah A&W ni... Pssttt...psssttt...dulu-dulu nilah "port" diaorang bercinta...Masa tu kan kalau bawak makan A&W dah kira mewah jugak...betul tak? Dan ianya sememangnya ikon kepada Bandar Petaling Jaya itu sendiri... Kenapa nak robohkan? Kisahnya... KUB Malaysia Berhad (KUB) merancang untuk membina sebuah bangunan pejabat dengan 2 menara setinggi 15 dan 22 tingkat yang dinamakan KUB Tower dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM263 juta.

Gambar di atas tu gambar lama, gambar A&W tu dulu-dulu...gambar yang paling terkinilah...lebih kuranglah... (kalau dah roboh tak terkini dahlah)

Sumber dari Google
Hurmm...kenapakah tiba-tiba serasa rindu nak melepak di A&W ini...ahaksss... mungkin sebab dah lama tak nampak depan mata dan dah lama tak lalu dah kot? A&W yang Farah paling suka dari kecik sampailah dah jadi Mummy Ash ni adalah... "float" dan juga ayam goreng...ekekekeke...tapi kadang-kadang sekarang ni dah masin pulak ayam goreng mereka itu...Di A&W ni mereka ramai mengambil pekerja kurang upaya yang Farah ingat... 

Dan tiba-tiba jugak rasa nak lalu pulak petang ni masa balik... nak tengok dah roboh ke tidak... (hamboiii sibuknya mengalahkan wartawan...ha ha ha...tak ada kerja nak pusing sebelah sana dan menghadap Federal Highway...rasanya dah selesa dengan jalan kawasan perumahan yang tiba-tiba tau dah sampai Tropicana City Mall dan terus masuk NKVE...hik hik hik)... tak der pulak surat khabar yang keluar berita tentang dah roboh ke tidak ni... ker Farah yang dah terlepas pandang...sekiranya Farah yang telah terlepas pandang...harap dimaklumkan... hew hew hew... 

*Hilanglah lagi satu bangunan ikonik yang penuh nostalgia di Malaysia... (macam dah roboh jer Farah buat "statement") 

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. nani pun dah lama tak lepak lepak dekat A&W ni. :D nnati kak farah update ye dah roboh ke belum bangunan tu. jadi wartawan tak bergaji sekali sekala apa salahnyaa. hahaha

    ReplyDelete
  2. Seumur hidup lya x pernh lgi mkn kat a&w

    ReplyDelete
  3. farah, awk ni terliur float kite ek, e,k ek? khihkihk...try la lalu la petang ni..
    haa masin la ayam dia..tapi kdg2 tgk branch jugak kan...

    cuba lalu ptg ni....dh roboh ke tidak? Diana mmng tk pernh g seksyen 52 ni...tapi kalau seksyen 17 pj, Diana tau ;-))

    ReplyDelete
  4. Ooo...dah lama tak singgah kat situ Farah....

    ReplyDelete
  5. zaza pun dh lama tak mkn kat A&W ni.. jalan ss13, subang jaya pun ada satu.

    ReplyDelete
  6. A&W air je die sedap..hehee..sebab ade aiskrim

    ReplyDelete
  7. lama jugak la saya ni tak menempel kat A&w .. sayang jugak bila tempat yang banyak memori bagi ramai orang akan hilang satu masa nanti..

    ReplyDelete
  8. Lamanya tak makan A&W ni... kemain susah nak jumpa...

    ReplyDelete
  9. Eh dah roboh ke..hari2 lalu tgok ada je....blom roboh pun....

    ReplyDelete
  10. Ke sana tadi. Staff kata owner dah tukar fikiran, tak jadi roboh.

    ReplyDelete
  11. Sy x smpt nk merasa a&w.. Kt tmpat sy dulu dh tutup...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !