Muazzin Peribadi Mummy...

Farah Waheda Wahid
7

Bila dia berminat dengan bacaan surah-surah Al-Quran, bila dia berminat dengan rancangan-rancangan keagamaan... Alhamdulillah, sejuk terasa perut Mummy "uolss"... Lagipun itu syarat bakal pak mentua Ash sebelum menghantar rombongan meminang... #ehhh... ha ha ha...

Gitewlahhh ceritanya... errr... ok ok gurau-gurau... Macam mana pun begitulah gelagat Ash bila dia terdengar azan berkumandang... tangan automatik di telinga dan mulut mengikut-ikut kumandang azan dengan lafaz tutur bicara bahasa dia yang tersendiri... Selepas itu, sibuk cari sejadah kanak-kanak yang Atuk Ash belikan dari Jalan Masjid India dulu. Tau-tau dah sujud jer... Ha ha ha... iftitah tak ada, rukuk tak ada terus sujud... Inilah dia muazzin peribadi Mummy yer?

Sedikit perkongsian untuk semua dari artikel di SINI

Cara Azan yang dilakukan oleh Muazzin (Bilal)


Tarikh: 
 Apr 07, 2011

Riwayat: 
 Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Kategori: 
 Ibadah

Hadith: 

Daripada Abu Juhaifah r.a. katanya, Aku telah melihat Bilal sedang Azan dan aku memerhatikan mulutnya, kepalanya kekanan dan kekiri dan dua jarinya didalam telinganya. Diriwayatkan oleh Ahmad dan Tarmizi, beliau menganggap hadith ini panjang. Hadith yang diriwayatkan oleh ibnu majah pula menyebut, meletakkan dua jarinya kedalam dua telinganya Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud menyebut (Bilal) telah memalingkan tengkuknya ketika menyebut Haiya alassolah kekanan dan kekiri, tanpa berpusing badannya. Asal hadith ini didalam soheh al-Bukhari dan soheh muslim.Dan daripada Abu Mahzurah r.a. bahawa Nabi s.a.w. perkenan suaranya lalu diajarkan Azan kepadanya.

Huraian Hadith: 
1. Setiap umat Islam dikehendaki mengambil berat didalam melakukan amal ibadatnya termasuklah ibadat sembahyang.


2. Sunat bagi tukang azan meletakkan dua jarinya kedalam dua telinganya supaya suaranya lebih nyaring.

3. Sunat juga ia memalingkan kepalanya kekanan dan kekiri ketika menyebut Haiyya alassolah dan Haiyya alalfalah

4. Makruh bagi tukang azan memalingkan badannya sekali ketika sedang berazan.

5. Harus bagi imam memberi upah kepada tukang azan dari wang Baitul Mal atau dari ahli mukim atau dari pihak yang berkuasa. Kerana khidmatnya memanggil orang untuk melakukan solat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua... Hurmm... nampak gayanya kenalah Mummy beri upah pada Muazzin peribadi ni yer tak? Dengan seikhlas hati... mungkin juga sebagai salah satu bentuk galakkan... Tidak semestinya dalam wang ringgit Mummy kena berikan... dalam bentuk dan cara yang tersendiri selain dari duit pun bolehhh... ^_*... Pelukan erat dan kasih sayang... 

Semoga minat dan "passion" ini berterusan buat Ash... In Shaa Allah... Mudah-mudahan... Amin...

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Alhmdulillah.. mudah2 berterusan.. permulaan yg baik

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. bakal ustaz hensem ni nanti. heeee :D

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah bagus kecil2 da cemtu. jadi anak soleh ye Ash penyejuk ati mama ^^

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah..semoga jadi anak yang soleh..dai cilik ash

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..bijak Ash..comel je muzzin cilik ni :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..Tetibe rase syahdu bile tgk anak2 kite alert dgn perkara2 gini..Semoga alert selamanya...hukhuk

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !