Home » , , , , , , » Membeli-Belah Pakaian Anak Tanpa Kehadiran Mereka...

Membeli-Belah Pakaian Anak Tanpa Kehadiran Mereka...

Sumber dari Google
Ada di antara ibu atau bapa di luar sana suka menghabiskan masa membeli-belah pakaian anak-anak dengan membawa anak-anak masing-masing... kadang-kadang bertiga, kadang-kadang berempat dan kadang-kadang pula segerombolan. Wahhh "happening" giteww pergi membeli belah beramai-ramai... mesti seronok dengan meriah kan? Farah tak rasa macam tu... sedari kecil mana-mana membeli-belah... mesti bertiga sahaja... Yerlah...dah memang Farah sorang jer punnnn, mana ada abang, mana ada kakak, mana ada adik... Makanya bertiga beranak jerlah... Atuk Ash, Nek Ma Ash dan Farah. Tapi bila dah dewasa dan dah bekerja... ahaksss, pergi sendirilah pun "uolss"... Kadang-kala berdua, kadang kala bertiga... Ikutlah keadaan dan masa...

Tetapi! Ada juga ibu atau bapa kalau membeli-belah pakaian anak-anak suka sendirian berhad. Anak tinggal, ibu atau bapa, ibu jer ker, bapa jer ker... atau ibu bapa berdua "together-gether"...tak kiralah... Katanya senang membuat pilihan dan boleh membeli-belah dengan tenang kaedahnya... Hurmmm... pilihan masing-masing... cara masing-masing...

Farah? Tak menentu... kalau hujung minggu memang bersama-sama membeli belah... Kalau jatuh pada hari biasa, itu bermakna hari bekerja... tak kira sama ada waktu rehat makan tengah hari ataupun sebelum balik tu singgah mana-mana pusat beli belah ke ataupun secara atas talian... err baju Ash ada 3 helai kot yang Farah pernah beli atas talian... Pumpkin Patch dan Polo. Bukan atas talian sangat pun, tapi lebih kepada "survey design" dan pesan pada kawan yang duduk seberang laut #ehhh "abroad" untuk beli dan poskan kepada Farah. ^_^

Persoalannya di sini... soalan tak soalanlah jugak... Apakah kita sebagai ibu bapa berjaya membeli- belah pakaian anak-anak yang bersesuaian dari segi warna, saiz (yang paling utama) dan sebagainya? Selalunya saiz lah... Hik hik hik... Ha bahagian yang ini ibu-ibu semua memang pakar ni... bapa-bapa ada yang ok ada yang tidak. Anak kan? Dah tentu-tentu hari-hari kita ulit, hari-hari kita nampak susuk tubuh anak tu, pasti kita kenal dan boleh cam saiz apakah yang bersesuaian. Ye tak? Tapi kadang-kadan tu tetap ada kekeliruan sedikit kan? Sikit jer sikit... tak banyak... muahahaha...

Bagi Farah selalunya kalau Farah berada di dalam zon masa bersendiri, Farah akan pilih satu saiz yang lebih besar dari umur Ash pada waktu dan ketika itu. Sebab? Ash ni kadang-kadang ada pakaian-pakaian yang tertentu "curi kain". Adalah dengan ini dimaklumkan, curi kain itu adalah bidalan bahasa yer bagi yang tak pernah dengar istilah ini. Contohnya, nampak jer susuk tubuh badan tu kecil, tapi bila memakai pakaian bersaiz mengikut umur anak tu jadi sempit. Ha lebih kurang gitewwlah... kadang-kala terjadi pada Ash...

Setakat ni, Alhamdulillah tak pernah gagal lagi atau membazir jer beli pakaian Ash sendiri tanpa Farah bawa Ash bersama. Semua elok-elok terletak jer pada tubuh Ash. Ngeee... Seronok juga sekali-sekala beli belah tanpa Ash... sebab keterujaan seorang ibu tu konon-konon nak buat kejutan pada anak... rasa melayang-layang di udara ajer bila dah beli, bawa balik ke rumah dan anak tersenyum menyambut kejutan untuk dia. Selalu jugaklah Farah buat pada Ash. Perasaan tu boleh buat Farah senyum sampai ke telinga. Puas hati ooo... kerja tungkus lumus lepas tu dapat bahagiakan anak. Lihat anak tersenyum keriangan. Yerlah, kerja pun namanya mencari rezeki untuk keluarga. Duit selain dari duit simpanan yer...kalau tak guna pun, lama-lama secara sedar atau tidak akan habis jugak... Jadi tak salah rasanya pejamkan mata dan berbelanja sedikit untuk anak. Betul tak betul apa Farah fikirkan ni, terpulang kepada pendapat masing-masing... Masing-masing mempunyai pandangan yang tersendiri.

*Oh ya, Tips Membeli Pakaian Bayi /Anak pernah Farah kongsikan juga... kalau-kalau ada yang mencari informasi bolehlah rujuk di entri tersebut yer. Beli pakaian anak pun ada seni tau... hik hik hik...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Membeli-Belah Pakaian Anak Tanpa Kehadiran Mereka..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, January 9, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

12 comments:

  1. Masing2 da pndpt kan.klau Lya biarla Lya yg pi bli sndiri mrlainkn Ank tu dah bujang hhehe

    ReplyDelete
  2. Lan suke bli baju Akiff bwk die skali... x pndai budget saiz wpun tiap hari peluk... hehehe...

    ReplyDelete
  3. kalau CT prefer tak bawak anak.. pengalaman bawa anak anak buah shopping was a nightmare. tak boleh bayangkan haha..

    ReplyDelete
  4. ibu nani pun selalu buat gituu dulu. heheh :D

    ReplyDelete
  5. biasanya kene bawak anak sebab selalu selalu sangat tersalah saiz sebab saiz dah betul tp upernye kecik sikit la terbesar pulak dah.. mcm kakak umur 7 tahun tp kene beli saiz 8-9 tahun..kalau beli ikut saiz kompom senteng!..

    last last mmg kene bawak dorang jugak..tp kekadang tgn gatal nak klik klik online shop..kekeke..panjang lebau plak karangannya..

    ReplyDelete
  6. Zaza pun pikir bnyak kali nak beli baju arissa takut tak muat sb arissa ni chubby orgnya... alhamdulillah bila pakaikan terletak elok je..

    ReplyDelete
  7. tak berpengalaman lagi.. tapi rasenye kalau tak bawa anak sekali mcm susah jugak nk pilih saiz kan...

    ReplyDelete
  8. hee.. kalau teman pun tak pandai badget saiz.. hihihi

    ReplyDelete
  9. selalunya utk si kakak, mmg kena bawa dia sekali kalau shopping baju2 dia..kalau abg n baby xde hal sgt. so far mmg cantik terletak je..kalau kakak tu, certain baju je yg sesuai dgn dia..so, rugi kalau shopping baju dia, tapi x bawak dia..so kalau shopping berdua2an dgn hubby, kami lbh suka pegi on weekdays, x ramai org, lbh selesa..

    ReplyDelete
  10. err..dah lama kot tak shopping nie...sebab tak minat..ehhh..canne..baju anak pun dah lama tak membeli...err..baju sekolah je kot..

    ReplyDelete
  11. Iqy sekarang pakai size 2-3tahun kak..dia pon jenis badan makan kain..huhu..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY