Masa Untuk Perbaharui Passport!!!

Farah Waheda Wahid
10

Allahuakbar, macam manalah boleh terlepas pandang yang passport dah tamat tempoh pada bulan Jun 2014. Bha ha ha... elehhh... sebenarnya dah perasan tapi buat-buat tak perasan... diri sendiri yang tak berjalan ke mana-mana sepanjang tahun 2014, lepas tu mengomel buat-buat cerita pulak kan? 

Bila tak berjalan ke mana-mana lepas tu macam pandang tak pandang jer passport tu kan? Hik hik hik... Lepas tu masuk 2015, bila dah rasa ada keperluan untuk menggunakan passport, hamikkk baru teringat nak perbaharui. 

Makanya, nak berkongsi sedikitlah tentang apa yang diperlukan bila nak perbaharui passport... 3 perkara penting... 

2 Keping Gambar Passport Berlatar Belakang Putih
Latar belakang putih, bukan biru. Kalau pergi ke kedai gambar mereka tahu apa yang mereka patut buat. Lelaki digalakkan memakai baju kemeja gelap berkolar manakala wanita adalah baju formal yang sesuai.
Duit RM100 atau RM300 
Duit ini adalah untuk bayaran tempoh sah passport. RM100 untuk 2 tahun manakala RM300 untuk 5 tahun. 
Kad Pengenalan Dengan Cip Berfungsi
Kalau cip tak berfungsi tak tahu laa boleh ke tak nak buat passport. Nak selamat sila pastikan cip anda berfungsi, boleh pergi uji cip kad pengenalan anda di bank berdekatan. Sebelum ini, ada yang mengatakan perlu membawa 1 salinan kad pengenalan. Kalau nak selamat sila sediakan satu salinan kad pengenalan. Mungkin salinan kad pengenalan diperlukan bila cip kad pengenalan anda tidak berfungsi.
Sumber dari SINI
Bukan saja-saja sembang kosong berkongsi entri ni, tapi sebenarnya nak ingatkan diri sendiri... ekekeke... Dan kali ni nak jugaklah buat passport untuk Ash... ngee... 

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Bagus juga diingat-ingatkan ni. Salam Tahun Baru 2015 Farah.Moga success selalu.

    ReplyDelete
  2. nak berjalan ke mana tuu renew passport.

    ReplyDelete
  3. hahaha zaza pun pandang tak pandang jugak...
    *SELAMAT TAHUN BARU FARAH.. smoga thun ni mmberi seribu kejyaan.

    ReplyDelete
  4. Thanks 4 sharing akak.. Farah mmg nk kena renew passport jugak nie.. =D

    ReplyDelete
  5. mesti ada nak kemana-mana..ni..kan?Ash mesti tak sabar nak makan angin tu..heheh

    ReplyDelete
  6. ooo skrg xpayah bawak gambaq dah..hari tu sy g terus amik gambaq kat situ jerk..senang kan? hehehe ;p

    ReplyDelete
  7. Yela...nk kne periksa juga ni..hihi

    ReplyDelete
  8. Lya x buat passport lgi..x pernh lgi kluar negara hihi tpi akan buat juga nnt

    ReplyDelete
  9. tak renew jugak lagi. pun sbb alasan yang sama. tak berjalan ke mana hehe..

    ReplyDelete
  10. sy xde pasport lagi,,, mknanya mmg xpnh keluar dr mlaysia...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !